suria

‘Rajin’ outstation... Kecurangan isteri ‘terbongkar’ ketika suami solat tahajud, rakan universiti jadi orang ketiga!

Salah satu faktor sesebuah perkahwinan runtuh adalah disebabkan faktor orang ketiga. -Gambar hiasan

PERKONGSIAN di media sosial banyak menceritakan kisah atau luahan perasaan golongan isteri yang dicurangi pasangannya.

Namun dalam satu perkongsian yang tular baru-baru ini, seorang lelaki meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila isterinya disyaki bermain kayu tiga dengan jejaka lain.

Apa yang lebih menyedihkan, si isteri tergamak membuat onar biarpun usia perkahwinan mereka baru setahun jagung.

"Dah kahwin tahun lepas bulan Februari. Baru-baru ni start bulan 12 wife aku asyik outstation, kerja busy katanya.

"Semalam aku tiba-tiba bangun pukul 3 pagi lebih macam tu sebab nak tahajud. Time aku solat, phone wife aku asyik berbunyi notifikasi spam.

curang 1

Kisah kecurangan dalam hubungan perkahwinan sering kali dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan

"Aku tergerak hati nak check. Ada nama dia save D*****. Aku speechless sekejap.

"Sepanjang aku kahwin memang tak ada masalah, nafkah semua cukup, kerja rumah semua aku buat. Wife aku hidup dia pergi dan balik kerja saja. Anak pun belum ada lagi," luah lelaki berusia 28 tahun itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji RM1,500 3 kali curang, isteri bergaji hampir RM5,000 rasa sia-sia tanggung keluarga... Mahu tukar lafaz taklik

ARTIKEL BERKAITAN: Gemuk jadi punca suami curang, wanita nekad jaga badan... Lepas setahun tinggal 57kg, terus minta cerai

Menurut lelaki yang tidak mendedahkan identiti diri itu, selepas insiden isterinya 'kantoi', dia cuba bertanya dan berbincang namun reaksi yang diterimanya begitu tidak disangka.

Mampu ke nak teruskan perkahwinan tu sampai tua dengan penuh rasa curiga? Kena fikirkan perasaan dan hati sendiri dulu sebelum merana.

NETIZEN

"Nak tahu apa dia cakap? Itu kawan lama dia time dekat universiti dulu... cakap dalam nada tengking, tinggi. So far sepanjang aku kahwin dengan wife, aku tak pernah naik suara, pukul dia bagai.

"Masa aku kenal dia before kahwin, dia memang sopan, baik orangnya. Aku memang sayang gila dekat dia sampaikan aku letak nama dia dekat sebahagian harta aku. Tapi part ini dia tak tahu.

"Aku kalau boleh tak nak cerai. Doakan aku dapat selesaikan masalah ini. Aku cuma nak luah je," kongsinya.

Luahan yang dihantar dan disiarkan di laman X @meinmokhtar itu mengundang simpati warga maya yang rata-ratanya memuji tindakan lelaki berkenaan yang matang mengendalikan masalah.

Namun begitu, ramai turut menasihatinya agar membuat keputusan yang betul sebelum terlambat.

komen curang 1

Antara komen netizen terhadap perkongsian kisah lelaki berkenaan.

"Slow-slow tukar balik nama harta tu. Memang kalau boleh tak nak cerai tapi prepare sajalah kalau apa-apa jadi.

"Dah boleh consider sebagai red flag. Mampu ke nak teruskan perkahwinan tu sampai tua dengan penuh rasa curiga? Kena fikirkan perasaan dan hati sendiri dulu sebelum merana.

"Kesiannya. Dapat suami elok, wife pula curang. Slow talk dan bagi peluang kedua. Kalau dia masih repeat, tolong blah dan cari bini baru," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain