suria

Nampak ceria sebenarnya simpan kisah sedih, guru buka cerita kena kurung ibu sakit mental sebelum pergi sekolah

Setiap individu mempunyai ujian hidup tersendiri. -Gambar hiasan The Star

DUGAAN bagi setiap individu adalah berbeza mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Mereka yang pernah melalui episod gelap semasa kecil pasti ingin mencari bahagia yang diimpikan apabila menjengah usia dewasa.

Begitu juga dengan pemuda ini yang mahu mengubah kehidupannya selepas zaman kanak-kanaknya diselubungi peristiwa sedih dan menyayat hati.

Berkongsi cerita, ujarnya, dia mempunyai seorang ibu yang mengalami masalah mental sehingga perlu dikurung di bawah rumah.

Zaman kanak-kanak adalah paling bahagia. -Gambar hiasan The Star

Zaman kanak-kanak adalah paling bahagia. -Gambar hiasan The Star

"Mak gila... jadi sebelum pergi sekolah, kena kunci mak di area bawah rumah barulah boleh pergi ke sekolah.

"Pernah sekali terlupa nak kunci rumah lepas pergi sekolah. Jadi terpaksa berlari balik dari sekolah sambil menangis-nangis sebab takut mak hilang," ujarnya memulakan cerita.

Meskipun menjalani kehidupan yang sangat sukar dan penuh derita, lelaki ini yang kini bertugas sebagai guru menganggapnya sebagai satu pengalaman hidup.

Malah dia memilih untuk menjadi seorang yang sentiasa gembira dan menjalani kehidupan dengan baik pada masa sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sedang sakit, anak tinggalkan nota dan duit depan restoran! Pemilik bungkus nasi, lauk sedekahkan kepada pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini korbankan kerja dan impian demi jaga ibu sakit di kampung, tapi bapa pergi dulu selepas buat 3 permintaan - “Terakhir ayah minta tidur sebelah mak”

"Disebabkan pernah hidup sukar, saya berjanji dengan diri sendiri untuk tak mahu lagi bersedih... cukuplah dah sedih semasa kecil.

"Jadi saya mahu happy je sekarang ni," tambahnya.

Kisahnya itu kemudian dikongsikan oleh seorang wanita di laman X.

Menurutnya, guru lelaki tersebut bukan sahaja seorang yang periang malah sentiasa hadir ke sekolah dengan aura positif.

Kadang-kadang kita jadi gembira bukan sebab perjalanan hidup kita teratur.

WARGA MAYA

"Dia ni selalu nampak gembira sehingga orang tertanya-tanya apa rahsianya," ciapnya ringkas.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Mereka yang mempunyai kehidupan seperti guru lelaki tersebut turut berkongsi impian yang sama.

"Saya dah sampai fasa yang sama baru-baru ni... hampir lima tahun grieving, otak pun hantar signal cukup! Dah tak ada ruang untuk kesedihan.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

"Pengawal sekolah pun tegur kata aku ni selalu senyum. Siap dapat anugerah paling ceria... mereka tak tahu kita baru pandai senyum. I love my life so much now.

"Perkara sama yang saya lalui sekarang. Tak dapat apa-apa pun apabila bersedih dan kalau sedih lagi banyak perkara akan buat kita nak menangis," ujar beberapa pelayar yang pernah mengalami 'zaman kegelapan'.

Dalam pada itu, beberapa warga maya turut memberi kata-kata sokongan dan positif terhadap guru tersebut selain memujinya sebagai anak yang baik.

"Semoga cikgu tersebut yang merupakan anak soleh terus gembira dan bahagia sampai syurga... semoga ibunya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang tinggi darjatnya di dalam syurga.

"Bagus untuk dia... semoga dia diberikan kebahagiaan yang berpanjangan, insyaAllah.

"Kadang-kadang kita jadi gembira bukan sebab perjalanan hidup kita teratur tetapi disebabkan ranjau dan duri yang pernah diharungi," ujar beberapa warga maya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain