suria

Ibu sedang sakit, anak tinggalkan nota dan duit depan restoran! Pemilik bungkus nasi, lauk sedekahkan kepada pelanggan

(Kiri) Kedai Pak Man Nasi Tempurung membuat tempahan seperti yang dinyatakan.

PELBAGAI cara boleh dilakukan untuk seseorang itu menyalurkan sumbangan atau sedekah.

Bagi seorang individu, dia menghulurkan derma dengan cara meninggalkan nota bersama duit berjumlah RM580 di sebuah kedai makan baru-baru ini.

Tanpa mendedahkan identiti, dia meminta supaya penerima wangnya itu mendoakan kesihatan ibunya.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk bersedekah. -Gambar hiasan

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk bersedekah. -Gambar hiasan

"Assalamualaikum Pak Man, duit ni ada RM580. Saya nak Pak Man bungkuskan nasi dan lauk RM580 bagi kepada orang.

"Saya minta doakan ibu saya sihat," tulisnya.

Kejadian ini dikongsikan pelayar Facebook Luqman Hakim yang juga merupakan pemilik premis Pak Man Nasi Tempurung di Teluk Intan Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuasa sedekah, duit RM60 ‘beranak’ selepas belanja aunty sedang lapar! Kesian... Lama tunggu nak order tak ada siapa layan

ARTIKEL BERKAITAN: Utama keluarga, saudara terdekat! Lelaki hujah konsep sedekah, boleh abai ‘agamawan’ minta derma untuk sekolah tak berdaftar

Berkongsi cerita, ujarnya, dia terkejut apabila melihat sampul yang terkandung duit dan nota di hadapan kedainya pada 3 Januari lalu.

"Hari ini 3 Januari 2024, pagi mai (datang) kedai tengok ada sampul... ada surat ni, ada duit.

"Siapakah anda, saya doakan ibumu sihat. Saya doakan kamu murah rezeki dunia ahirat," ujarnya menerusi hantaran di Facebook.

Moga ibunya cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

WARGA MAYA

Malah katanya, amanah yang diberikan itu telah dilaksanakan selain mengucapkan syukur kerana mempunyai pekerja yang jujur.

"Terima kasih beri amanah ini di kedai Pak Man Nasi Tempurung. Team dah beri orang makanan ini.

"Terima kasih kepada pekerja saya jujur, beri kepada saya surat dan duit ini," tambahnya lagi.

Warga maya turut mendoakan kesihatan ibu individu tersebut.

Warga maya turut mendoakan kesihatan ibu individu tersebut.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai maklum balas warga maya.

Kebanyakannya turut mendoakan supaya ibu kepada individu pemurah tersebut diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

"Semoga Allah permudahkan urusan insan yang baik hati dan diberi kesembuhan segera buat bonda tersayang.

"Alhamdulillah. Terima kasih hamba Allah yang sedekahkan duit untuk beri orang makan... semoga ibunya sihat-sihat selalu, dipermudahkan segalanya.

"Moga ibunya cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain