MENJAGA hubungan baik dengan kedua-dua belah keluarga adalah antara cabaran yang sering menguji pasangan suami isteri. Mana tidaknya, karakter mentua yang gemar mengkritik dan mencerca anak menantunya sudah sinonim menghantui setiap rumah tangga. Namun, melalui satu perkongsian di laman X, seorang wanita menceritakan pengalaman bersama ibu mentuanya yang dikatakan memahami dan bertolak ansur. Banyak cabaran yang menanti selepas pasangan suami isteri selamat diijabkabulkan. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, dia kagum dengan hemah dan kesopanan ibu mentuanya ketika mengajar selok-belok di dapur tanpa mencetuskan perasaan kurang senang. "Saya pernah potong sayur untuk masak dekat rumah mentua, saya potong tebal sikit tapi tetap boleh dimakan dengan sekali suap. "Selepas selesai habis makan semua, baru mak mentua datang tegur... kalau mama, mama potong sayur setengah sikit dan senget, baru senang nak makan. ARTIKEL BERKAITAN: Kupas buah guna ‘peeler’ pun disindir, wanita serabut layan rakan sepejabat terpaling handal - “Dia tak nak menantu macam aku” ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat jamah rezeki, gadis kidal sentap mak BF maki samakan dengan najis... Petanda ibu mentua ‘red flag’ "Mak mentua tak ada pun salahkan saya, dia siap cakap... tapi kalau awak biasa potong macam tu, tak ada masalah pun, okay je. "Selepas ditegur macam tu, memang sampai sekarang saya potong sayur macam mama buat. Saya setuju cara mama tu lagi senang nak makan dan sayur pula akan betul-betul masak," ujar wanita tersebut, Tambah wanita berkenaan, dia mudah untuk menerima nasihat ibu mentuanya itu kerana nada suaranya yang lembut. Bagusnya tegur baik-baik, kita pun rasa senang hati nak menerima. WARGA MAYA "Saya bersyukur ada mak mentua macam mama, setiap kali mama tegur, saya tak pernah terasa. Cara mama tegur tu bukan dengan niat nak memalukan atau judge. "Memang niat mama nak membantu, lagi satu yang saya sangat suka dengan mama adalah kalau baju saya terketat atau jarang ke, mama akan tegur waktu saya dalam bilik berseorangan. "Supaya ipar-duai yang lain dan ayah mentua tak perasan," kata wanita itu terharu. Sebahagian ciapan balas warga maya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut berkongsi kegembiraan dengan wanita itu, menegaskan bahawa ibu mentuanya adalah contoh teladan yang baik. “Bagusnya tegur baik-baik, kita pun rasa senang hati nak menerima. Ya Allah, semoga saya pun dikurniakan mentua yang baik dan memahami. “Ibu mentua saya pun selalu ajar memasak ni, berkongsi tip sebab ibu mentua saya memang handal dalam bab masakan. Dapat mentua yang baik pun rezeki yang paling best. “Untung sangat dapat mentua yang baik. Susah ya nak dapat mentua dan ipar yang baik dengan beradab zaman sekarang," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube