suria

Pesakit kanser stres berjiran dengan penjual air balang! Longgok sampah depan rumah, biar berterabur - “Bau basi amat kuat”

Sikap segelintir individu yang berniaga di kawasan perumahan boleh mengundang rasa kurang senang jiran. -Gambar hiasan/The Star

SEBAGAI anggota masyarakat yang hidup dalam kawasan kejiranan, kita sewajarnya menjaga adab dan mempunyai common sense untuk mengekalkan keharmonian.

Salah satu aspek penting dalam adab berjiran adalah tanggungjawab menjaga kebersihan, baik di rumah sendiri atau kawasan sekeliling.

Mungkin nampak remeh, namun sikap individu yang kurang mementingkan isu kebersihan sebenarnya boleh mengundang perbalahan sesama jiran tetangga.

Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap jirannya yang gemar melonggok sampah sehingga sering kali mengotori kawasan hadapan kediamannya.

sampah 1

Setiap unit rumah di taman perumahan akan disediakan tong sampah. -Gambar hiasan

"Apakah cara nak bagi sampah tak bertaburan depan rumah? Jiran buang sampah tanpa plastik, longgok sampai bertimbun-timbun, kadang-kadang jatuh ke bawah.

"(Dia) ada buat bisnes air balang. Jadi banyak kulit kelapa, lebihan cincau, boba dan lain-lain.

"Lori sampah datang ambil sampah, lepas tu ditelangkupnya (diterbalikkan) tong sampah tu di depan pintu pagar rumah saya.

"Bila saya alihkan tong sampah jiran ke sempadan pagar, bau basi kuat amat," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jiran dari neraka’! Wanita berang luar rumah jadi ‘tapak pelupusan sampah’ sampai terburai, berulat... Tegur tak jalan, terus kasi ‘notis’

ARTIKEL BERKAITAN: Belakang rumah bau busuk, jadi sarang lalat! Rupanya angkara jiran buang makanan basi, bagi alasan jamu burung makan

Menurutnya lagi, bukan itu sahaja, disebabkan sampah sarap atau bahan buangan yang tidak diikat dengan sempurna di dalam plastik, ia bertaburan dan bersepah di atas jalan,

"Sampah yang asalnya lekat pada tong sampah, jatuh ke bawah (jalan tar) depan rumah saya. Hinggakan saya kena beli pengepit nak kepit sampah jiran yang berteraburan tu.

"Kalau tong sampah jiran duduk depan pagar saya pun, jiran keluar masuk berpuluh ribu kali pun, dia buat 'dek' je. Hingga saya yang kena alihkan sendiri," kongsinya lagi.

Pesan kat jiran suruh beli guni buang sampah dalam bekas, jangan berlonggok tak ada plastik sampai terabur atas jalan.

NETIZEN

Tambahnya lagi, dia enggan bermasam muka dengan jirannya hanya disebabkan isu ini namun mengakui situasi yang berlarutan membuatkan dirinya tertekan.

"Saya dah la depression dan cancer fighter patient. Naik stres saya. Tak nak gaduh sesama jiran... cuma nak tahu boleh buat macam mana nak atasi," kongsinya lagi.

Perkongsian yang dimuat naik dalam laman grup Facebook Tukang Apa Hari Ini mengundang perhatian warga maya.

Rata-ratanya tampil dengan pandangan dan cadangan masing-masing bagi membantu individu berkenaan mengatasi masalah yang dihadapinya.

komen sampah

Cadangan yang disuarakan netizen.

"Komunikasi sangat penting dalam semua perkara. Mulakan dengan panggil jiran dan ajak bincang. InsyaAllah ada jalan penyelesaian.

"Bagitau jiran tu elok-elok yang awak sakit sekarang ni.... keadaan sampah dia yang tak terurus tu menyebabkan sakit awak bertambah serius so minta pertimbangan dia supaya jaga kebersihan sampah.

"Beli water jet tembak. Pesan kat jiran suruh beli guni buang sampah dalam bekas, jangan berlonggok tak ada plastik sampai terabur atas jalan. Water jet tu tembak je tempat sampah tu sampai bersih.

"Report Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) cakap jiran buat pencemaran bau, mengganggu ketenteraman," demikian antara cadangan netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain