suria

Pemilik homestay dituduh samakan penyewa dengan ayam sebab beri beras murah, hina makanan sedekah

Pemilik homestay kecewa pelanggan mempertikaikan kualiti makanan yang disedekah. -Gambar hiasan (kanan)

PEMILIK sebuah inap desa (homestay) meluahkan rasa kecewa apabila pelanggannya merungut dan mempertikaikan barangan serta makanan disediakan untuk mereka.

Dalam satu hantaran dibuat di Facebook, pemilik menunjukkan tangkap layar perbualannya dengan pelanggan tersebut yang membuat pertanyaan untuk menempah homestay miliknya yang terletak di Melaka untuk satu malam.

Katanya, dia begitu terkejut membaca maklum balas pelanggan itu apabila makanan yang disediakan secara percuma 'dihina' sebagai berkualiti lebih rendah, tidak setimpal dengan bayaran RM250 untuk satu malam.

Tangkap layar perbualan di WhatsApp dikongsikan pemilik homestay.

"Homestay awak guna beras apa ini? Kami masak tak seleralah nak makan nasi macam ini. Telur gred C ke D ini? Kami ramai, telur 12 biji je ke?

"Orang bayar RM250 bukan sikit. Bagilah beras elok. Lain kali bagi beras wangi atau paling low class pun beras basmathi. Bukan beras macam tu nak bagi orang makan," jelasnya.

Tegas pemilik inap desa itu, dia telah menyediakan barangan cukup lengkap untuk sesiapa yang menginap termasuklah makanan sampingan seperti roti dan barang masakan lain dengan niat sedekah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kotor, perabot ‘hilang’! Sewa 1 malam, tetamu lenjan homestay cukup-cukup... Owner tanya, jawapannya menyakitkan hati

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu serba salah nak check in homestay! Ada katil hospital, siling lopong... Orang terakhir tinggal di situ dah meninggal

Namun ternyata kebaikan yang dilakukan ini seolah-olah tidak dihargai apabila pelanggan menganggap tuan rumah seperti menyamakan mereka dengan ayam kerana menyediakan barangan didakwa rendah kualiti.

"Ingat kami ni ayam ke nak bagi makan beras macam tu? Sudahlah kicap sos pun cap J*l*n je. Ada lagi satu kicap mentah apa entah dari China agaknya.

"Dah macam duduk homestay bajet. Rumah cantik dah tapi beras telur entah apa-apa awak bagi makan," tulisnya kepada tuan rumah.

Eh baik tak payah bagi. Selama saya duduk homestay tak pernah owner bagi bahan mentah.

NETIZEN

Dengan ayat yang sopan, tuan rumah tetap menjelaskan bahawa bayaran RM250 bagi satu malam adalah berpatutan kerana homestay itu mempunyai empat bilik tidur dilengkapi penghawa dingin.

“Harga kami RM250 je semalam cik... Empat bilik semua berhawa dingin, peralatan dan bahan memasak semua kami bagi percuma.

“'Homestay' lain tiada sediakan rasanya beras, telur, garam, roti semua itu cik. Kami sediakan sebab niat nak sedekah dan mudahkan urusan pelanggan. Maaflah kalau tak sesuai dengan tekak,” balasnya.

Komen netizen pada hantaran dibuat.

Hantaran dibuat ternyata mengundang kemarahan netizen.

Apatah lagi apabila pelanggan tersebut mempertikaikan pemberian sedekah tuan rumah tersebut kepadanya.

"Tak apalah nanti kami check-in sebagai sokongan. Tak apa! Tak jadi macam ni, banyak lagi rezeki masuk untuk awak.

"Aku rasa guest ni tak pernah masuk homestay dia punya lagak tu mengalahkan VVIP (Very very Importan Person). Patutnya ucapkan terima kasih bukan condemn owner.

"Eh baik tak payah bagi. Selama saya duduk homestay tak pernah owner bagi bahan mentah. Tak bersyukur punya orang," komen netizen pada hantaran dibuat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain