suria

Suami alim, solat tak tinggal tapi isteri berkerjaya makan hati! Kahwin 21 tahun, duit gaji 5K tetap kena ‘control’

Seorang wanita berkongsi luahan mengenai suaminya. -Gambar hiasan

RUMAH tangga yang dibina lebih dua dekad juga tak lepas daripada diuji dengan masalah dalaman antara suami isteri.

Isteri mungkin nampak bahagia dan taat pada suami, namun hakikatnya makan hati berulam jantung.

Hakikat yang pahit untuk ditelan, namun itulah kehidupan yang diharungi seorang isteri setelah hampir 21 tahun bernikah.

Menerusi satu luahan, wanita itu bersyukur kerana dikurniakan tujuh cahaya mata dan mempunyai pekerjaan yang dibanggakan.

Kasih sayang antara suami isteri kunci hubungan rumah tangga. -Gambar hiasan

Malah, si suami juga seorang yang mempunyai latar belakang agama yang baik di mata semua orang.

"Aku wanita berkerjaya. Suami aku solat tak tinggal, mengaji dan kuat agama," katanya.

Bagaimanapun dari sisi lain, wanita itu meluahkan mengenai sikap suami yang terlalu mengongkong dirinya terutama hal kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘tak lekat’ di rumah, tiap-tiap malam lepak dengan kawan... Isteri macam tunggul, asyik ditinggal jaga bayi 6 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mahu dilayan macam bayi, kedekut pula! Isteri nak cerai, tak tertanggung beban jadi kuli rumah tangga

"Duit gaji aku dia yang control. Semua benda dia bayar guna gaji aku. Aku tak pernah nak reward diri aku. Usahkan seutas rantai cincin emas pun aku tak ada.

"Dulu ada tapi faham-fahamlah. Gaji aku hampir RM5,000," ujarnya.

Setiap perbelanjaan dikawal oleh suami. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, mereka berdua bekerja di tempat sama dan suaminya pernah mencuba bermacam-macam bisnes tetapi semuanya lingkup.

Walaupun berkerjaya, dia mengakui dirinya tidak bijak seperti yang disangka kerana setiap perbelanjaan, meskipun menggunakan gaji sendiri dikawal oleh suami.

Hebat bersabar akak ni. Kalau kena kat aku, jangan katakan 21 tahun, dua hari pun aku dah mengamuk.

NETIZEN

"Aku berkerjaya tapi duit aku kena kongkong dengan suami. Aku nak beli tudung atau baju pun aku kena sorok dekat timbunan baju kotor.

"Kadang-kadang aku lambat bagi belanja dekat mak... maafkan aku mak. Padahal aku bagi duit bulanan pada mak tak la banyak.

"Itu pun suami yang transfer. Aku takut nak melawan. Aku rasa patut ke aku doa kematian suami," luahnya di Facebook.

Wanita meluahkan apa yang terpendam dalam hati. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasibnya dan memintadia bersabar serta mendoakan agar suami dlembutkan hati.

Pada masa sama, mereka juga kagum dengan ketabahan dan kesabaran wanita itu yang ditanggunng sejak bertahun-tahun.

"21 tahun akak bersabar dan akak bertahan. Hebatnya akak ini. Mana ya akak beli kesabaran itu? Kalau saya, rasa tak mampu nak bertahan lama-lama macam akak. Semoga Allah permudah segala urusan akak dunia akhirat, amin.

"Hebat bersabar akak ni. Kalau kena kat aku, jangan katakan 21 tahun, dua hari pun aku dah mengamuk.

"Berdoa dan terus berdoa moga ada jalan terbaik. Bersangka baik saja, ada hikmah di sebaliknya. Kerana sayang ku turutkan segalanya, susah nak ubah kalau dah jadi kebiasaan," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain