suria

Kecoh ular masuk kedai, tunjuk degil susah nak tangkap! Abang bomba terus cekup guna tangan, semudah pegang hos air

Aksi anggota bomba yang membuatkan ramai tergamam.

HAIWAN berbisa dan melata seperti ular yang dilihat berada di rumah atau mana-mana ruang diduduki manusia boleh mencetuskan situasi cemas.

Orang awam tidak digalakkan untuk menangkap atau mengendalikan pemindahan haiwan berbisa ini kerana boleh menyebabkan kecederaan, malah mampu meragut nyawa.

Kebiasaannya pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan dipanggil ke tempat kejadian untuk membuat tangkapan.

Anggota bomba tangkas melakukan tugas mereka.

Melalui satu video tular di TikTok, aksi seorang anggota bomba membuatkan ramai tercengang kerana dilihat selamba menangkap ular menggunakan tangannya.

Menerusi video tersebut, ular sawa batik itu kelihatan duduk di atas palang siling sebuah restoran manakala meja makan di bawahnya sudah dikosongkan pelanggan.

Pada mulanya, seorang anggota bomba mara ke hadapan dengan membawa penyepit besi untuk membataskan pergerakan ular tersebut dan memudahkan proses tangkapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah leka bancuh susu anak, ular sawa muncul depan singki! Pukul 1 pagi bomba sampai, tapi balik tangan kosong

ARTIKEL BERKAITAN: Ular sawa muncul dari bonet, menjalar depan cermin... Suami isteri cuba bertenang dalam kereta, 15 minit cari balai bomba

Namun begitu, ular tersebut nampak 'degil' dan badannya meliuk lentuk cuba melarikan diri menyebabkan sukar anggota bomba tersebut mahu menagkapnya.

Enggan berlengah masa, seorang lagi anggota bomba bertindak pantas berdiri di atas meja dan menggunakan tangannya untuk menarik turun kepala ular itu.

Kecekapan anggota bomba berkenaan yang seolah-olah tidak gentar dengan bahaya ular membuatkan rata-rata warganet kagum.

Tak dapat bayang kalau tengah khusyuk makan, tiba-tiba ular ni jatuh atas kepala.

WARGA MAYA

"Macam tu je dia pegang ular tu, semudah pegang hos air nak siram pokok, hati abang bomba ni memang keras.

"Nampaknya abang bomba ni dah berhadapan dengan pelbagai jenis ular sepanjang karier dia, ular dekat kedai ni dia boleh tepis macam tu je.

"Respect dekat semua anggota bomba, mereka memang hati kental, sanggup hadap pelbagai jenis bahaya sebab nak berkhidmat untuk masyarakat.

"Harap owner kedai ni belanja semua abang bomba tu makan sedap," kata sebahagian warga maya.

Warga maya menzahirkan kekaguman.

Tidak kurang juga ada warga maya yang sempat berjenaka tentang mengapa ular itu dilihat berada di atas bumbung kedai.

"Dia tak nak turun tu sebab tengah merajuk, tak ada yang nak tanya dia dah makan ke belum.

"Jangan kacau ular tu, dia tengah melepak sebenarnya ambil angin.

"Tak dapat bayang kalau tengah khusyuk makan, tiba-tiba ular ni jatuh atas kepala," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain