suria

Pelanggan bengang sotong goreng tepung mahal! Terbongkar ramai dah ‘pangkah’ menu ini kalau makan di restoran

Menu sotong goreng tepung yang didakwa tidak setimpal dengan harga seperti yang ditularkan pelanggan berkenaan.

BOLEH dikatakan ketika ini kebanyakan peniaga makanan tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menaikkan harga menu seiring kenaikan harga barangan.

Tidak hairanlah jika harga menu berasaskan daging atau makanan laut kini lebih mahal kerana peniaga perlu menampung kos modal yang sudah dikeluarkan.

Dalam satu perkongsian yang tular di Facebook, seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila sotong goreng tepung yang dipesan dari sebuah restoran didakwa tidak setimpal dengan harga yang ditetapkan.

"RM14 untuk sotong goreng tepung macam ni? Seriuslah korang berniaga macam ni? Dah la tepung keras kalah cekodok, sotong memang seekor je ke?

"Bukan nak minta sampai 10 ekor, tapi berbaloilah dengan harga bayar ni," tulisnya dalam perkongsian berkenaan.

Kebanyakan hidangan berasaskan makanan laut lebih mahal kerana mengikut harga pasaran semasa. -Gambar hiasan/Ong Soon Hin/The Star

Individu tersebut turut memuat naik gambar yang menunjukkan hidangan sotong goreng tepung yang dibungkus di dalam bekas polisterin.

Selain meluahkan rasa kecewa melihat menu itu, individu itu juga mendakwa satu lagi menu yang dibelinya dari restoran yang sama turut tidak menyelerakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut harga yong tau foo untuk 2 orang hampir RM100, wanita ambil pengajaran makan di mall orang kaya!

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa kau merepek ni?” - Pelanggan dikata ‘macam baru keluar gua’ sebab bengang nasi tanpa lauk dicaj RM4

"Daging pad kra pao pun 'ke laut dalam' rasa. Tolonglah, check tukang masak tu, reti masak ke buat-buat reti. Rosak nama kedai macam ni," luahnya lagi.

Berdasarkan resit, pesanan dibuat menggunakan khidmat sebuah syarikat penghantaran makanan dan difahamkan restoran terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Tak payah sibuk beli makanan mewah... kalau tak tahu range harga better makan dekat kedai biasa yang dah familiar.

NETIZEN

Perkongsian individu berkenaan mengundang perhatian warga maya yang tampil memberikan reaksi yang bercampur.

Ada di antara mereka berpendapat harga sotong goreng tepung yang dikenakan adalah munasabah seiring dengan harga makanan laut yang agak mahal ketika ini.

"Kalau beli di kedai makan haiwan yang aku elak untuk order adalah sotong, ketam dan udang. Kalau mentah pun dah mahal, inikan pula yang dah masak. Masak pula tak semenggah, mana tak padan dengan harga.

komen sotong

Netizen memberikan reaksi bercampur terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Kalau kuantiti, memang kena dengan harga. Cuma rupa saja tak berapa menawan.

"Tak payah sibuk beli makanan mewah... kalau tak tahu range harga better makan dekat kedai biasa yang dah familiar," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu ada juga segelintir netizen mencadangkan agar pengusaha restoran memperbaiki kualiti makanan yang dijual agar setanding dengan harga yang dikenakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain