suria

Orang tengok atas bawah, pelik ‘mak buyung’ masuk kelas diploma - “Tampal kad kahwin dekat dahi baru faham kot”

Wanita ini berjaya menamatkan pengajian diploma walaupun dalam keadaan sarat mengandung.

MENEMUI jodoh dan menimang cahaya mata bersama pastinya satu fasa kehidupan yang ditunggu-tunggu setiap insan.

Bergantung pada suratan takdir, ada yang ditulis rezeki untuk mempunyai anak di awal usia dan ada juga yang dilewatkan kerana sesuatu yang lebih baik sedang menanti.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita berkongsi liku-liku lembaran hidupnya apabila dia ditakdirkan berbadan dua ketika sedang menuntut di peringkat diploma.

Wanita ini walaupun hamil tekun menjalani pengajiannya di institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Bercerita lanjut kepada mStar, Nur Shafiqah Herlyana, 21, atau senang disapa Yana berkata dia diijabkabulkan dengan suaminya ketika di semester empat pengajian.

Menurut Yana yang merupakan graduan jurusan Diploma Bangunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak itu, dia disahkan mengandung ketika sedang memasuki semester akhir.

"Saya masuk belajar pada awal tahun 2020, waktu itu tengah penularan wabak Covid-19, jadi kami semua belajar secara online je dekat rumah tanpa perlu bersemuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak suruh gugur kandungan! Wanita ini dipandang hina gara-gara bunting pelamin... Ramai tuduh hamil anak luar nikah

ARTIKEL BERKAITAN: “Awak makan asid folik tak?” - Ibu kaget dengar soalan jururawat, ‘berperang’ dengan perasaan tengok anak sumbing

"Pada mulanya ingat yang kami dah tak akan masuk belajar ke kampus secara fizikal, sebab tu saya okey je nak berkahwin. Tapi kemudiannya kami dipanggil juga masuk kampus pada semester akhir.

"Sewaktu semester lima saya ikuti latihan industri di Johor Bahru sebab dekat dengan rumah saya dan suami. Semester keenam masuk semula belajar di kampus, saya long-distance dengan suami.

"Anak saya ni nama Nayra, sekarang berusia tiga bulan, saya dengan suami tak rancang pun sebenarnya untuk dapatkan dia tapi Alhamdulillah rezeki kami.," kata Yana.

Snaptik.app_72994397699461808655

Yana bersama rakan kuliahnya.

Menceritakan pengalaman sarat mengandung ketika bergelar seorang pelajar, Yana berkata dia bersyukur kerana tidak berdepan banyak kesulitan dan segalanya berjalan lancar.

"Alhamdulillah saya tak hadapi apa-apa komplikasi daripada segi kesihatan sepanjang kandungkan anak, saya belajar seperti student biasa, tiada apa yang berbeza.

"Saya menyewa rumah dengan kawan-kawan di luar kampus. Syukur saya boleh drive dan kuat nak bergerak ke mana-mana dengan sendiri.

Saya rasa terharu ada sahabat sejati pada zaman belajar yang setia susah senang.

NUR SHAFIQAH HERLYANA

"Waktu hujung semester enam, saya siap ulang-alik lagi dengan suami dari Johor ke Seri Iskandar semata-mata untuk jawab final exam, ada dua paper waktu tu," kata Yana yang sudah menamatkan pengajian pada Ogos lalu.

Mengimbas momen paling diingati ketika dia perlu membahagikan tanggungjawab sebagai seorang bakal ibu dan pelajar, Yana menceritakan situasi cemas yang menimpanya pada satu malam.

"Ketika tu kandungan dah berusia 30 minggu, tiba-tiba saya rasa sesak nafas waktu tengah tidur dalam bilik, kejadian dalam pukul 3 pagi.

Yana dan suami bersama anak yang diberikan nama Nayra Eryssa.

"Saya tak nak bangunkan rakan serumah, saya terus call suami beritahu macam mana nak buat. Suami pun ikut panik, dia tak fikir panjang, dia call balik rakan serumah saya minta tolong.

"Kawan-kawan saya pun apa lagi, terus meluru masuk ke bilik, bawa saya pergi klinik. Dekat sana saya buat nebulizer, tapi tak surut juga sesak nafas ni, jadi mereka angkut saya ke hospital.

"Suami pula terus ambil bas dari Johor pergi ke Seri Iskandar. Daripada kejadian ni, saya rasa terharu ada sahabat sejati pada zaman belajar yang setia susah senang," ujar Yana yang merupakan anak kelahiran Ayer Hitam, Johor.

Yana bersama rakan-rakan yang membantunya mengharungi pengajian diploma.

Tambah Yana lagi, kehamilannya hanya diketahui oleh pensyarah selepas kejadian tersebut.

"Waktu saya sedang dirawat tu, pensyarah semua datang nak tengok keadaan saya, mereka baru tahu yang saya tengah mengandung.

"Syukur sekali lagi saya rasakan sebab mereka berikan sokongan moral yang baik, tak ada nak cakap ayat sinis seperti itulah siapa suruh kahwin atau muda lagi kamu ni nak beranak.

Yana diberikan rawatan awal di klinik kerana rasa sesak nafas.

"Rakan sekuliah saya pun menerima saya dengan baik walaupun keadaan saya yang hamil," kata Yana yang kini berkerja sebagai seorang pembantu projek di Johor Bahru.

Menceritakan serba sedikit tentang suaminya, Yana berkata dia hanya mengenali lelaki itu selama setahun sebelum melangsungkan perkahwinan.

"Suami saya berumur 25 tahun, saya kenal dia melalui Instagram. Sepanjang proses nak mengenali tu, kami boleh dikatakan sekufu.

Yana turut menyumbang dalam menyempurnakan tugasan kursus bersama rakan yang lain.

"Lepas tu bapa mentua saya terus cadangkan untuk kami ikat tali perkahwinan, dan ajakan tu disambut baik keluarga saya. Kami selesaikan semua dan bernikah dalam masa tiga bulan je.

"Kami tak ada buat perancangan yang rapi dan hanya bersederhana, syukur Alhamdulillah dipermudahkan semuanya.

"Dan sekarang kami dikurniakan Nayra, inilah keluarga kecil kami," kata Yana menutup bicara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain