suria

Tiba-tiba lori sampah berasap, pekerja pembersihan segera simbah air... Rupanya angkara power bank!

Sebuah lori sampah berasap sehingga menyebabkan pekerja pembersihan panik.

SISA domestik bagi kebanyakan rumah akan dilupuskan melalui perkhidmatan utiliti lori sampah yang datang secara berkala bagi mengutip bahan buangan.

Sisa pepejal ini kebiasaannya terdiri daripada bahan organik seperti makanan terbuang atau bahan sintetik seperti kertas, plastik dan sebagainya.

Namun ramai yang tidak peka terhadap pantang larang berhubung barangan yang tidak seharusnya dibuang bersama sampah harian kerana boleh mengakibatkan bermacam kerosakan.

Kejadian lori sampah berasap yang dirakam di daerah Petaling, Selangor.

Melalui satu video tular di TikTok, kelihatan kepulan asap kecil daripada bahagian belakang sebuah lori sampah dipercayai daripada bahan buangan yang mudah terbakar.

"Aduh janganlah buang benda macam ni dalam sampah, bahaya boleh terbakar lori tu. Nasib baik kami perasan sebelum benda tu masuk ke dalam lori, kalau tidak habis terbakar semua.

"Cepat ambil air kita siram. Apa agaknya yang dia letak tu? Mungkin ada bara api daripada peralatan sembahyang," soal pekerja pembersihan tersebut sedikit geram.

ARTIKEL BERKAITAN: Sisa binaan humban dalam tong sampah awam, jimat duit tak payah guna tong roro! Pengutip sampah bidas owner rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran buang produk Israel, sebelum lori sampah angkut lelaki ini kutip dulu! Nak boikot biar berilmu, jangan membazir

Seorang rakannya kemudian menyimbah air ke atas timbunan sampah sebelum diperiksa dengan lebih lanjut.

"Ini macam power bank je, nampak rupa macam petak. Garing bunyi, nasib baik cepat kita sedar," ujarnya.

Bateri atau apa-apa benda elektronik jangan la buang ke dalam tong sampah, asingkan untuk kitar semula.

WARGA MAYA

Pada ruangan kapsyen, pekerja pembersihan itu memberi peringatan agar orang awam tidak membuang semua sampah dengan sewenang-wenangnya.

"Semoga jadi peringatan kepada semua supaya lebih berhati-hati.

"Asingkan barang-barang yang tak sepatutnya," kata pekerja pembersihan tersebut.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata peralatan elektronik seperti bateri perlu diasingkan untuk dikitar semula.

"Bateri atau apa-apa benda elektronik jangan la buang ke dalam tong sampah, asingkan untuk kitar semula... siap boleh dapat duit lagi.

"Jadilah manusia yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, luar negara semua dah cakna pasal benda ni, Malaysia je yang ketinggalan.

"Itu belum ambil kira botol kaca main tolak je masuk tong sampah, habis luka sampai berjahit tangan orang yang mengutipnya," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain