suria

Wow, batu cincin bercahaya terkena air dianggap sakti! Lelaki dedah ada ‘penipuan mega’ di dalamnya

Lelaki ini membongkar sebab mengapa cincin batu ini boleh bercahaya apabila terkena air.

MENYARUNGKAN cincin batu di jari merupakan satu amalan dalam sebilangan masyarakat kita.

Mereka percaya cincin batu yang berwarna-warni itu bersakti dan berguna untuk tujuan perubatan selain si pemakai dikatakan boleh mendapat manfaat luar biasa

Tidak kurang juga ada yang menggunakan cincin batu ini sebagai perhiasan atau aksesori semata-mata.

Proses memotong sebentuk cincin batu yang menimbulkan banyak persoalan.

Cincin ini boleh mencecah harga ratusan ringgit kerana ia ditatahkan dengan bahan berharga seperti permata zamrud (warna hijau), batu delima (warna merah) dan mutiara (warna putih).

Namun begitu, melalui satu perkongsian di TikTok, seorang lelaki mendedahkan modus operandi penipuan dalam penjualan cincin batu ini.

Menurut lelaki itu menerusi akaun TikTok Permata Jari HQ, sedang digembar-gemburkan di pasaran mengenai cincin batu geliga yang boleh bercahaya apabila terkena air, kononnya membukitkan kesaktiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan dalam pajak gadai, wanita terkejut tebus cincin emas palsu! Ujian magnet pun tak boleh kesan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kudung tak sangka dapat sarung cincin kahwin di jari manis... Syukur ada jejaka baik hati, 3 minggu kenal terus dirisik

"Pernahkan anda melihat cincin batu geliga yang berwarna merah, apabila terkena air ia terus menyala. Hati-hati, ia bukanlah mempunyai magis seperti yang kita sangkakan.

"Ayuh kita bongkar. Mula-mula kita gergaji batu geliga ini untuk tengok apa yang ada di dalamnya. Seperti kita boleh lihat, batu ini diperbuat daripada plastik, sebab tu mudah saja nak potong guna gergaji.

"Ramai sahabat saya yang membeli cincin batu ini atas nama geliga, untuk memilikinya sanggup berbelanja hingga ratusan ringgit," kata lelaki itu kesal.

Pernah pergi melancong ke luar negara, ada yang cuba pujuk pelancong Malaysia untuk beli, katanya geliga lipan la.

WARGA MAYA

Ternyata apabila cincin batu geliga itu sudah dipotong dan berjaya dibuka, di dalamnya terkandung peranti elektronik yang membuatkannya bercahaya.

"Okay sudah nampak isinya dekat dalam, inilah rahsianya. Kalau kita tengok dekat sini, ada diletakkan bateri dan lampu. Selain tu ada juga sensor untuk mengesan kehadiran air.

"Kalau kita dekatkan dengan air, tak pasti sama ada ia akan masih bercahaya atau tidak sebab baterinya dah habis. Jadi itulah sebab cincin ini boleh bercahaya, ada bateri dan lampu," kata lelaki itu membuat pendedahan.

Komponen elektronik di dalam cincin batu ini.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya mengatakan penipuan seperti itu sudah lama berleluasa dalam jual beli cincin batu namun masih ada yang terpedaya dengannya.

"Cincin ajaib konon tapi sebenarnya bukan. Ia adalah batu yang diperbuat daripada plastik dan letak bateri di dalam. Tahun 90-an pun dah ada benda begini.

"Pernah pergi melancong ke luar negara, ada yang cuba pujuk pelancong Malaysia untuk beli, katanya geliga lipan la, memang power betul.

"Nampak seperti benar cincin batu geliga, tapi bateri pun cepat habis, nak menipu pun lemah," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain