suria

Tragis, 3 hari hilang kucing ditemui mati dalam kereta! Pemilik dedah kronologi pembunuhan kejam, diseksa dahulu sebelum hantar pulang

Wanita ini menceritakan kisah bagaimana kucingnya mati dipercayai dibunuh dengan kejam.

LULUH hati seorang wanita apabila mengetahui kucing kesayangan yang hilang selama tiga hari mati dalam keadaan tragis.

Menerusi penceritaannya di media sosial, kucing parsi yang diberi nama Zorro itu dipercayai mati dibunuh dengan kejam oleh individu dikenalinya.

Berdasarkan keterangan bertulis pada video yang dimuat naik, kucingnya diseksa terlebih dahulu sebelum dibuang ke dalam but keretanya.

Kronologi kejadian mengenai bagaimana haiwan peliharaannya itu dibunuh turut dikongsikan di ruangan komen video di TikTok.

"Zorro hilang Isnin. Saya tengok dalam kereta masa dia hilang tu tak ada. Pada hari Selasa kami naiki kereta tu pun Zorro tiada.

Zorro dipelihara oleh wanita ini sejak kecil lagi.

"Pada hari Rabu kami jumpa Zorro dalam kereta tu dah mati. Lepas tu adik cakap dia terlupa nak lock (kunci) kereta sebab masa buka pintu kereta tu memang tak lock," katanya.

Dia turut menjelaskan bagaimana keadaan kucingnya ketika ditemukan.

"Kami hantar kereta untuk dicuci di car wash. Pekerja tu cakap but penuh dengan darah dan saya syak tu Zorro yang hilang.

"Kami jangkakan pembunuh tu letak kucing kami dalam but dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sebab Zorro sempat lagi lompat dari but ke tempat duduk pemandu.

"Dia punya kesan tapak kaki pun penuh dekat bahagian cermin macam (meronta) meminta tolong. Kami jumpa Zorro dekat bawah tempat duduk pemandu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita meraung 2 ekor kucing mati serentak! Seekor dalam perut ular sawa, satu lagi kena belit... Masih trauma dekati sangkar si bulus

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku urus kucing mati ikut ‘cara Islam’, penyedia servis dikecam tunggang agama! RM3,800 lengkap kafan, baca doa dan batu nisan

Katanya lagi, dia percaya tujuan 'pembunuh' kucingnya ini bertindak begitu zalim kerana mahu memberi amaran kepadanya.

Walaupun mengesyaki siapa pelakunya, namun dia enggan mendedahkan identiti atau membuat laporan kerana tiada sebarang bukti kukuh bahawa dia membunuh Zorro.

"Kami dapat rasa pembunuh tu bagi warning dekat kami. Ada orang nampak Zorro dicuri. Kami datang rumah orang tu untuk cari Zorro tapi tak jumpa. Maybe dia sorokkan kucing kami.

"Esoknya tiba-tiba jumpa bangkai Zorro. Kepala Zorro berdarah macam kena pukul dan ekor dia putus. Bulu pun hilang serta separuh badan berdarah.

Saya tak boleh bab-bab anak bulus ni sebab ada lima ekor dekat rumah. Haritu salah seekor hilang pun dah meraung.

NETIZEN

"Memang nak buat (laporan) tapi tak ada bukti. Silap kami tak pasang CCTV (kamera litar tertutup). Saya rasa dia dibunuh sebab malam tu kami datang masuk rumah dia (pelaku) cari Zorro," dakwanya lagi mengenai kejadian menimpa kucingnya.

Bersedih dengan apa yang berlaku, dia mendoakan agar pembunuh menerima balasan setimpal atas apa yang dilakukan terhadap Zorro.

Perkongsian yang dibuat mengundang rasa marah netizen setelah video itu tular di TikTok.

Malah, ada juga netizen yang turut meluahkan rasa simpati mereka terhadap wanita ini setelah mengetahui kisah menyentuh jiwa tersebut.

Komen netizen pada video.

"Kenapa kejam sangat. Saya turut bersimpati dengan kehilangan awak. Tunggu kakak (tuan) dekat sana nanti).

"Tolonglah sumbat dalam penjara si pelaku tu. Saya tak boleh bab-bab anak bulus ni sebab ada lima ekor dekat rumah. Haritu salah seekor hilang pun dah meraung.

"Hilang separuh nyawa sebab anggap macam anak dah tu," komen netizen pada video asal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain