PADA zaman yang serba moden ini, boleh dikatakan sebahagian besar wanita lebih memilih untuk bekerja. Bukan disebabkan kerana mahu mengejar status sebagai wanita berkerjaya, sebaliknya mereka ingin berdikari dan mempunyai sumber pendapatan sendiri. Namun begitu, segelintir majikan atau syarikat dikatakan agak 'keberatan' untuk mengambil golongan wanita sebagai pekerja kerana faktor-faktor tertentu. Isu berkenaan hangat dibincangkan di Twitter gara-gara ciapan seorang pelayar yang mengutarakan pandangannya mengenai isu berkenaan. "Anda tahu mengapa syarikat korporat keberatan untuk mengambil wanita Melayu bekerja bukan? Kerana mereka tahu wanita-wanita ini mempunyai 'bayi lelaki' sebagai suaminya yang selalu mensabotaj dan memintanya meninggalkan segala-galanya, setelah wanita itu memberi lebih perhatian kepada pekerjaan dan si suami tidak tahan jika tidak dijaga 24/7 (24 jam sehari) seperti bayi?" demikian ciapan individu tersebut yang diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris. Pandangan tersebut ternyata mengundang perhatian warga maya, malah ada di antara mereka bersetuju dengan kenyataan berkenaan, berdasarkan pengalaman masing-masing. Ada sesetengah syarikat beranggapan wanita yang berkahwin akan menimbulkan masalah khususnya apabila hamil. -Gambar hiasan Freepik "Masa saya interview kerja pun, hiring manager tanya 'suami awak OK tak kalau kena overtime', kerja lewat malam? OK ke kalau kena pakai coverall?'. Mostly soalan suami OK ke tak je dengan kerja aku. "Mungkin ada pengalaman perempuan kahwin ni susah sikit nak buat kerja disebabkan faktor suami. "Memang terdengar daripada bos sendiri cakap. Kata malas nak hire new women employees yang dah married sebab susah for everyone. Especially yang baru kahwin sebab risau akan pregnant," demikian antara komen netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh di Twitter ‘perempuan tak sesuai bekerja’... ramai ‘celik’ selepas doktor sakit puan kongsi kisah suami isteri ada masalah kesuburan ARTIKEL BERKAITAN: Ada ijazah ‘medic’ pun tak guna, kerja kilang akhirnya... wanita rasa hidupnya gagal! Lagi stres dapat mak ayah jenis ‘control’ Sementara itu, seorang lagi individu yang turut menyertai perbincangan di laman Twitter berkenaan mendedahkan realiti yang berlaku di tempat kerjanya. Dia yang juga pernah menjadi antara individu yang bertanggungjawab meneliti resume pekerja baharu mengakui kebenaran situasi tersebut. "Company saya kerja dulu, saya tapis setiap orang yang minta kerja. Bagi calon wanita, saya nampak 'married' saja, kamu punya resume terus masuk senarai KIV. Saya tak baca pun yang bawah-bawah kamu tulis. "Sebab saya tahu bos saya akan reject permohonan kamu. Bukan Melayu saja tau. Tak kisah bangsa apa, jika saya lihat 'married', secara automatik kamu dalam senarai KIV. "Kalau tak ada orang sangat dah, barulah kami lihat semula permohonan kamu," kongsinya dalam satu bebenang di Twitter. Sangat diskriminasi. Kau kalau sekarang masih lagi kerja HR, bawa-bawalah bertaubat, buka minda, cari talents tanpa prejudis. NETIZEN Tambah individu tersebut, syarikatnya mempunyai alasan mengapa mereka begitu keberatan mengambil calon wanita berkahwin sebagai pekerja. "Beberapa kali ambil wanita yang ada anak bekerja. Setiap minggu ada je cuti. Bawa anak pergi klinik, anak sakit, ambil anak di sekolah dan lain-lain. Semuanya dilakukan ketika tempoh percubaannya selama tiga bulan. "Macam mana nak fokus kerja dan belajar benda baharu kalau asyik cuti? Bila tak cuti, barulah boleh ajar perkara baharu. Kalau kamu cepat 'tangkap', tak apa. "Tapi lambat 'tangkap' dan buat silap dalam kerja. Bukan sikit-sikit silap tapi banyak. Memang nak kena kerja di bawah pengawasan. Tak boleh biar independent. "Kami di bahagian sumber manusia kesian dekat married women yang nak kerja tapi kita juga tak sanggup nak hadap benda sama berulang kali," kongsinya. Sebahagian komen warga maya terhadap perkongsian tersebut. Ciapan individu tersebut meraih 517 ulang kicau (retweet) dengan pelbagai reaksi warga maya terhadap 'pendedahannya' itu. Sebahagian daripada mereka menyifatkan syarikat individu berkenaan terlalu mendiskriminasi wanita yang sudah berkahwin. "Kita dalam pantang pun kerja. Sampai hati discriminate married women. "Sangat diskriminasi. Kau kalau sekarang masih lagi kerja HR, bawa-bawalah bertaubat, buka minda, cari talents tanpa prejudis. Sekarang syarikat korporat pun banyak dah practice equal opportunity, kau nak amal lagi diskriminasi?" demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube