suria

Meatball 50 sen sebiji di Kelantan dianggap mahal, Ikea lagi murah katanya! Peniaga terpaksa ‘sekolahkan’ pelanggan

Yayar berdepan pelanggan yang mempertikaikan harga makanan yang dijual. (Kiri) Gerai Yayar, (Kanan) Gambar Hiasan

TAHAP kesabaran setiap orang ada batasnya.

Begitu juga peniaga-peniaga makanan apabila terpaksa melayan pelanggan kurang sopan ketika berkunjung ke gerai mereka.

Terpalit dengan situasi sama, peniaga, Yayar Awang Noh, terkesan dengan sikap seorang pelanggannya yang banyak 'songeh' ketika berbelanja di gerainya.

"Maaflah ye. Siapa-siapa yang pernah datang ke gerai tahulah saya ni layan macam mana. Sangat lembut dan baik saya bagi (layanan).

Bebola daging yang dijual di Ikea, MyTown.

"Tapi tadi dengan seorang ni, memang saya laserkan (bahasakan) dengan mulut sebab saya banyak kali dah kena dengan dia ni.

"Nak lauk panas, nak kuah panas... nak suruh panaskan lauklah," ujarnya.

Yayar yang menetap di Jeli, Kelantan berkata, dia menjual bebola daging dengan harga 50 sen setiap biji.

"Hari ni dia datang. Dia tanya bang daging ada tak? Tak ada, bebola daging saja ada.

"Dia belek-belek bebola daging. Lepas tu dia cedok empat ketul dan tanya harga. Empat biji RM2 saya jawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga mahal terbongkar, pemilik dedah dah dapat green light KPDN... tak perlu marah kalau tak pernah datang - “Kami bukan kedai tomyam biasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok bil, pelanggan terbantut nak makan tengah hari! Benarlah cakap-cakap ‘ambil sotong kena pancung’

"Lepas tu dia masukkan lima biji dalam nasi. Lima biji berapa? Tanya dia lagi. RM2.50 lima biji," katanya.

Menurut Yayar, pelanggan tersebut mempertikaikan sistem pengiraan bagi harga makanan dijual.

Malah, dia turut membandingkan harga bebola daging dijual oleh Yayar dengan makanan sama di gedung perabot dan kelengkapan rumah popular, Ikea, yang terletak di MyTown, Kuala Lumpur.

"Wah 50 sen seketul ke? Mahalnya. MyTown baru berapa ringgit. Lagi besar bebola.

Okey dah tu harga. Nak murah macam mana lagi.

NETIZEN

"Okay bawa datang ke gerai saya. Awak asyik tanya daging yang mahal. Tapi harga macam ni pun bising ada hati nak makan yang mahal. Terus saya jawab macam tu. Dia berlalu dengan bayaran RM3.50 bagi bebola dan nasi," katanya lagi.

Berdasarkan gambar dimuat naik, dapat dilihat pelbagai jenis lauk pauk untuk nasi campur yang dijual oleh Yayar.

Malah, hantaran dibuat olehnya turut menjadi tular di media sosial yang mana rata-ratanya pelayar bersetuju dengan cara lelaki ini 'mengajar' pelanggan tersebut.

"Cakap dekat dia lain kali bawa bebola daging sendiri. Beli nasi saja dengan Yayar.

Komen netizen di Facebook.

"Mana nak dapat harga tu dah sekarang ni. Nasi lemak pagi (kebanyakan) pun RM5.

"Okay dah tu harga. Nak murah macam mana lagi.

"Nak murah buat sendirilah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain