suria

Pelanggan lesap selepas makan di kedai tomyam harga kayangan... 2 nasi putih RM10, ramai terkejut tengok menu!

Pelanggan melihat menu di sebuah restoran. gambar hiasan / foto: Freepik

SUDAHLAH pesan makanan sedap-sedap, tapi tiba waktu bayar pelanggan lesap.

Begitulah yang dialami seorang pengusaha restoran apabila ada pelanggannya yang tidak membayar selepas menikmati hidangan.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, restoran tomyam di Cheras, Kuala Lumpur itu didatangi tiga pelanggan.

"Kisah petang tadi, pelanggan seorang lelaki dan dua perempuan datang makan dan minum.

"Lepas makan, cabut lari. Tak bayar," menurut keterangan video.

restoran tomyam mahal blur

Sebuah restoran berkongsi kisah pelanggan tidak membayar selepas makan.

Hidangan yang dipesan tiga pelanggan berkenaan terdiri daripada nasi goreng ayam (RM15.90), kerang rebus (RM50), dua nasi putih (RM10), teh O ais (RM5.90) dan dua teh O ais limau (RM17.90), dengan harga keseluruhan RM113.50.

"Staf kita pula rasa bersalah nak bayarkan bil ni, siap minta tolak gaji nanti.

"Bukan salah staf pun, risau bos tak akan tolak gaji," menurut keterangan di ruangan kapsyen di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula 'total' RM129, rupanya harga sebenar RM75! Restoran mengaku 'salah kira', nafi sengaja naikkan bil

ARTIKEL BERKAITAN: TikToker buat review restoran, gadis pergi cuba! Makanan sedap, tapi musykil kangkung apa sampai RM22 sepinggan?

Bukannya bersimpati, rata-rata netizen bagaimanapun lebih terkejut dengan harga menu yang dikongsikan oleh restoran berkenaan.

Segelintir mereka menyifatkan dua teh O ais limau berharga RM17.90 adalah tidak munasabah.

Antara komen netizen.

"Buat air pakai air apa, mahal nau (benar).

"Teh O ais satu RM5.90, teh O ais satu RM8.95. (Ini bermakna) limau saja RM3.

"Kalau aku pun lari main harga macam ni," komen netizen.

Kita pakai beras wangi. Bukan beras biasa-biasa. Sebelum order kita dah bagi menu, sepatutnya dah aware la dengan harga kan?

RESTORAN

Selain teh o ais limau, turut dipertikaikan netizen adalah harga dua nasi putih iaitu RM10.

"Nasi putih dua RM10. Biar betul, sebab itu dia lari," tambah netizen.

Menerusi ruangan komen, restoran tersebut menjawab beras yang digunakan mereka adalah berkualiti dan bermutu tinggi.

"Sebab kita pakai beras wangi. Bukan beras biasa-biasa. Sebelum order kita dah bagi menu, sepatutnya dah aware la dengan harga kan?" katanya.

Penjelasan restoran mengenai air minuman yang didakwa mahal.

Dalam video berasingan, restoran berkenaan turut memberi penjelasan berhubung air minuman yang dijual di premis itu didakwa mahal.

"Saiz cawan 700 ml, air kaw, bekas boleh bawa balik dan cuci 10 kali pun tak rosak.

"Mahal bersebab, contoh air fresh orange kita guna dua biji oren," katanya secara ringkas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain