suria

Belek-belek gambar mandi air terjun, terpandang muka jembalang! Pemuda seram sejuk ‘benda’ ikut balik - “Nampak batang hidung dia”

Seorang lelaki berkongsi foto-foto menunjukkan kelibat asing didakwa makhluk halus.

SUKA atau tidak kita harus percaya tentang kewujudan alam ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Ketika sempadan antara kedua-dua alam ini bertembung, maka tercetusnya aktiviti paranormal yang menentang hukum logik.

Begitulah kisahnya untuk lelaki ini bersama rakan-rakannya yang ditemukan dengan sosok misteri ketika bermandi-manda di sebuah air terjun di Semenyih, Selangor.

Penampakan jembalang dalam gambar di air terjun.

Melalui satu video tular di TikTok, lelaki itu mengepilkan beberapa keping gambar menunjukkan sosok asing di sebalik deruan air terjun.

"Paling seram pernah dilalui, masa mandi air terjun dengan member, tengah syok mandi tak perasan ada tetamu tak diundang ikut serta.

"Apabila balik, malam tu baru perasan yang 'dia' ada ikut," kata lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh kelibat dalam foto 5 sekawan di sungai, mungkinkah ada kaitan kejadian wanita berkebaya merah 4 tahun lalu?

ARTIKEL BERKAITAN: Cabut dan main batu nisan, jumpa nenek bongkok antara pengalaman ‘berjiran’ dengan kubur usia hampir 200 tahun - “Apa nak takut, semua orang dalam tu dah mati”

Lelaki itu mendakwa jembalang tersebut adalah hantu air yang bertapa di tempat itu.

Warga maya bagaimanapun sedikit sangsi dengan dakwaan lelaki itu kerana menganggap 'wajah' tersebut hanyalah ilusi optik dan ia sebenarnya adalah sebongkah batu.

"Okay guys, itu batu, the end.

Ada banyak ekor dalam gambar ini, yang atas tu pun ada dua ekor.

WARGA MAYA

"Itu batu la, kau ni pun, nak cari sangat ke benda-benda mistik ni," ujar warga maya penuh skeptikal.

Lelaki itu bagaimanapun yakin dengan apa yang ditemukan dan membentangkan hujah untuk mempertahankan dakwaannya.

"Ini yang betul-betul ya, tak ada edit langsung, ini gambar asal. Kalau zoom tengok dekat pun boleh nampak muka, batang hidung dia. Itu memang muka.

"Siapa yang ragu-ragu boleh pergi ke sana ambil video dan tag saya. Memang tak ada batu dalam arus air tu," kata lelaki itu yakin.

Penampakan tersebut hanya disedari apabila pemuda itu sudah meninggalkan kawasan air terjun.

Selain itu, warga maya yang mendakwa mempunyai penglihatan 'mata ketiga' mengatakan mereka melihat banyak 'kelibat' dalam gambar itu.

"Ada banyak ekor dalam gambar ini, yang atas tu pun ada dua ekor.

"Itulah orang dah cakap, kalau nak mandi dalam hutan, jangan berseronok sangat, jaga adab dan pertuturan, nanti mendapat.

"Aku dah banyak kali mandi sini, setakat ini tak ada apa, cuma kena pandai jaga diri je," kata warga maya.

Warga maya lain pula sempat berjenaka dengan kehadiran jembalang tersebut yang menimbulkan banyak tanda tanya.

Sebahagian komen warga maya.

"Ini musim panas bang, sebab tu dia pun nak ikut berendam dan sejukkan badan.

"Nampak muka dah pucat, dah lama sangat kot dia berendam. Suruh dia keluar cepat.

"Itu member dia tengah tadah air dekat bawah air terjun, nak healing, sanggup kau panggil dia hantu, lupa member ke?

"Macam tahu-tahu je nak ambil gambar, terus posing dekat situ ya hantu ni," ujar warga maya sinis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain