suria

Dekat FB bersepah gambar pakai ‘scrub’, rupanya doktor palsu! Isteri nekad fail cerai, 3 tahun ditipu hidup-hidup!

Wanita tersebut nekad memfailkan cerai kerana tidak dapat menerima penipuan suaminya. Gambar hiasan

KEJUJURAN dan sikap berterus terang adalah antara perkara yang penting dalam sesebuah perkahwinan.

Tidak dapat dibayangkan betapa teruknya kesakitan yang dialami oleh seseorang apabila ditipu pasangannya sepanjang bergelar suami isteri, apatah lagi ia melibatkan isu yang penting.

Namun itulah nasib malang yang menimpa wanita ini di mana suami yang dikahwininya selama lebih tiga tahun lalu menipu mengenai latar belakang kerjayanya.

"Masa kami dikenalkan, saya diberitahu bahawa dia adalah seorang doktor. Dekat Facebook pun bersepah gambar pakai scrub bagai. Tapi dari masa kahwin sampai hari ini, tiga tahun lebih, dia tak pernah kerja.

"Dan rupanya tak habiskan ijazah perubatan dia lagi sampai hari ini. Rupanya selama ni pun dia kerja freelance tapi pakai ijazah perubatan palsu yang dia beli online dari China.

doc 1

Wanita tersebut tertipu dengan suaminya yang berpura-pura bekerja sebagai doktor selama lebih tiga tahun. Gambar hiasan

"Saya jumpa semua sijil palsu dan komunikasi menerusi WhatsApp dengan orang China tu semua," luah wanita tersebut.

Wanita yang tidak mendedahkan identiti itu berkata, perkahwinannya dengan suami adalah perkahwinan yang diatur pihak lain (arrange marriege).

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik sangat... Pengantin lelaki sorok muka atas pelamin, anak buah tak sedap hati! Rupanya masuk jerat scammer!

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 6 bulan kahwin, suami gaji RM3,000 pasang perempuan lain... Siap ‘angkut’ naik Genting Highland guna kereta isteri

Namun ujarnya, sebelum berkahwin, dia pernah menyiasat latar belakang lelaki berkenaan malah pernah beberapa kali menghantarnya ke hospital sekali gus dia tidak mengesyaki sebarang penipuan.

"Pernah jumpa nurses tegur dia 'doktor' tapi rupanya masih pelajar perubatan. Pendaftaran dengan Malaysian Medical Council (MMC) pun katanya pending sebab peperiksaan United States Medical Licensing Examination (USMLE) dan sebagainya.

"Saya dah cuba sedaya upaya untuk siasat tapi itulah benda nak jadi," kongsinya lagi.

Bahaya zaman sekarang ni. Jadi doktor pun boleh tipu. Sebelum kahwin kena check payslip pasangan dulu ni.

NETIZEN

Tambahnya, disebabkan tidak dapat menerima penipuan berkenaan apatah lagi selama bertahun-tahun, dia nekad untuk memfailkan penceraian.

"Bagi saya, perkahwinan adalah ibarat satu team dan jika pasangan saya menipu tentang benda asas seperti pekerjaan, tiada maknanya lagi perkahwinan ini.

"Saya okay kalau dia mengaku dia bukan doktor, sebab bukannya kahwin kerana dia doktor atau wang... Alhamdulillah saya juga pekerja profesional. Cuma bila kantoi sijil tipu, susah untuk dihadam.

"Yang gelakkan, saya doakan perkara ini tak jadi kepada orang lain sebab sakitnya dan trauma kerana tertanya-tanya apa lagi yang dia tipu kita yang belum diketahui.

"Yang tegur angau nak kahwin doktor, tak ada masalah pun. Masalahnya adalah seorang lelaki tak bekerja dan menipu, berpura-pura jadi pengamal perubatan," luahnya lagi.

Malah wanita berkenaan juga bersungguh-sungguh bertanyakan warga maya mengenai saluran yang tepat untuknya membuat laporan mengenai penipuan suaminya itu agar tiada pihak lain turut teraniaya memandangkan dia bukanlah doktor yang bertauliah.

Luahan wanita tersebut yang dikongsikan di akaun Twitter @twtmalaywedding sehingga kini meraih 556 ulang kicau (retweet).

komen

Antara komen netizen yang turut bersimpati dengan nasib wanita berkenaan.

Di halaman komen, rata-rata warga maya memberi peringatan mengenai betapa pentingnya mengenali dan menyiasat latar belakang pasangan sebelum berkahwin untuk mengelakkan perkara seumpamanya terjadi, lebih-lebih lagi bagi perkahwinan yang diatur pihak lain.

"Wanita, sebelum kahwin, buat background check dulu tambah-tambah nak kahwin dengan strangers. Come on lah, mesti seorang dalam kawan-kawan kita tu pakar penyiasat.

"Bahaya zaman sekarang ni. Jadi doktor pun boleh tipu. Sebelum kahwin kena check payslip pasangan dulu ni.

"Yang tengah berkenalan dengan doktor, sebelum kahwin tu boleh check dia dekat portal MMC. Dekat situ siap ada nama penuh, nombor pendaftaran dengan universiti yang dia graduate.

"Boleh bawa mahkamah terus ni, penganiayaan manusia ni," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain