suria

“Beli rumah lelong tapi dapat kilang” - Terkejut penyewa buat kediaman macam makmal sains, set tanaman hidroponik pun ada!

Rumah sewa ini didakwa digunakan sebagai markas pemprosesan ganja.

MENYEWA kediaman kepada orang luar bukannya mudah kerana setiap insan itu berbeza ragam.

Ada yang baik dan ada yang buruk, jika jatuh ke tangan yang salah pasti pelbagai bentuk kesulitan akan menanti pemilik.

Begitulah kisahnya untuk perunding hartanah ini yang tidak menyangka sebuah rumah sewa boleh ditransformasikan menjadi sarang jenayah, dipercayai untuk menghasilkan dadah jenis ganja.

Keadaan di dalam rumah sewa.

Melalui satu hantaran di Facebook, lelaki itu berkongsikan pengalamannya bersama penyewa durjana yang nyaris menyebabkan pemilik dicekup pihak berkuasa di bawah akta dadah berbahaya.

"Aduh ini macam port tanam dan proses ganja je ni.

"Penyewa sudah lari mungkin sebab mereka tahu rumah ni dah nak kena lelong. Sudah tak selamat untuk buat 'kerja' sebab ramai yang akan datang ke rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayar RM350 dapat ‘liang lahad’ ada pendingin hawa, tapi bahagi dua... Pemuda terkedu bilik sewa di Shah Alam harga cekik darah

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah la miskin, pengotor pula! Asnaf tunjuk perangai buruk, tinggal rumah sewa penuh sampah sarap... Siap block tuan rumah

"Ejen, pelelong dan wakil bank akan datang ambil gambar," kongsinya sebagai pengajaran kepada pemilik kediaman lain agar lebih berhati-hati.

Turut disertakan dalam hantaran itu adalah beberapa keping gambar memaparkan keadaan semasa rumah terbabit yang tidak ubah seperti sebuah makmal.

Dapat diperhatikan deretan kelalang dan bekas kaca menyimpan cecair tersusun rapi di serata bahagian rumah itu.

Kalau polis datang, sekali dengan kita ke lokap... ganja ada di rumah kita.

PERUNDING HARTANAH

Lebih menarik perhatian adalah sistem penurasan dan pendidihan juga siap tersedia untuk mengadun bahan.

Kelihatan tempat tanaman hidroponik diletakkan di balkoni rumah tersebut dipercayai nurseri untuk menyemai tumbuhan kanabis.

Mengukuhkan firasat lelaki tersebut adalah penemuan dua buah buku berjudul Ensiklopedia Kanabis dan The Cannabis Grow Bible mungkin sebagai sumber rujukan 'mat lalok' untuk mendalami ilmu.

Rumah sewa ini dikatakan digunakan sebagai markas pemprosesan ganja.

Keadaan di dalam tandas.

"Bahaya ni. Kita sebagai tuan rumah kena buat persetujuan secara bertulis dengan penyewa.

"Kalau polis datang, sekali dengan kita ke lokap. Ganja ada di rumah kita, penyewa sudah lari, penat nak menjawab dengan polis nanti.

"Kalau ada dokumentasi lengkap boleh la kita tunjuk dekat pihak berkuasa," katanya memberikan peringatan.

347093996_272591341834038_4731297826521237151_n

Perkakas penghasilan ganja yang disusun atur penyewa.

Lelaki itu memaklumkan di ruangan komen bahawa penyewa yang menjadikan rumah itu sebagai markas operasi haram merupakan warganegara asing.

Menjengah ke ruangan ciapan balas di Twitter, warga maya berkongsikan pendekatan mereka agar permasalahan serupa boleh dielakkan.

"Sebab itu saya tekankan pemilik ada hak untuk buat lawatan mengejut ke rumah sewa pada masa yang mereka rasa sesuai.

Bahan bacaan yang menimbulkan banyak tanda tanya.

"Saya sarankan untuk ada agent ketika nak menyewa rumah supaya pemantauan boleh dibuat. Ramai pemilik takut sangat nak bayar agent, apabila dah jadi macam ni baru nak cari agent.

"Pernah hujung tahun lepas terjadi benda yang sama, nasib baik ada agreement dengan penyata bank duit masuk. Mereka sorok dadah bawah katil.

"Ini macam beli rumah lelong tapi rupanya-rupanya dapat kilang. Tak sangka penyewa proses ganja, yang lari ni seorang ulat buku rupanya. Suka membaca buku, mesti pakai kaca mata," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain