suria

Beli nasi kerabu lauk ikan, solok lada harga RM10! Pelanggan anggap sedekah, tak kisahlah mahal atau murah

Ini nasi kerabu yang didakwa wanita berkenaan berharga RM10. Foto: Facebook Saya Orang Jitra

HARGA dalam lingkungan RM10 untuk sebungkus sarapan mungkin boleh dikatakan agak mahal sekiranya ia dijual di gerai atau restoran.

Namun itulah harga sebungkus nasi kerabu yang dibeli oleh seorang wanita, sebagaimana perkongsiannya di Facebook.

"RM10 okay ka? Saja tanya sebab lama tak beli nasi kerabu," tulis wanita tersebut dalam hantaran yang dibuat di grup Saya Orang Jitra (SOJ).

Wanita tersebut turut memuat naik sekeping gambar nasi kerabu yang dibelinya itu untuk dinilai warga maya.

Menerusi gambar tersebut, dapat dilihat nasi kerabu berwarna biru pucat dilengkapi sambal kelapa goreng, budu dan sayur-sayuran seperti taugeh dan daun-daun ulam yang dipotong halus.

Selain itu, wanita tersebut turut mengambil lauk sampingan iaitu seekor ikan kembung goreng bersaiz biasa dan juga satu solok lada.

nasi kerabu 2

Nasi kerabu merupakan menu yang popular di pantai timur Semenanjung Malaysia. Foto: Raymond Ooi/The Star

"Tak ada tambah apa-apa pun. Ambil lauk solok dengan ikan ja," jawabnya di ruangan komen, menjawab pertanyaan seorang netizen.

Bagaimanapun, majoriti warga maya berpandangan harga RM10 yang dikenakan untuk makanan tersebut seperti tidak sepadan dan agak mahal.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu bawa bekal, gadis terkejut beli nasi lemak biasa tapi harga kayangan! Batal niat nak tanya selepas tengok tauke marah pekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Brokoli harga ‘kayangan’! Pelanggan dakwa tak masuk akal, ada yang minta jangan pertikai lokasi T20 berbelanja

"Mahalnya... beli macam ni di Terengganu baru RM6-RM7 saja.

"Mahal tu... mungkin ikan kembung gred A dia guna.

"Kalau dengan ikan, RM5 hingga RM6 saja selalu beli. Tambah telur masin jadi RM7. Ini mahal nak mampus, beli di mana?

"Ikan temenung (kembung) Pangkor ke? Kalau Pangkor, ikan kadang mahal... sekilo RM23. Masa murah RM13 sekilo," demikian antara komen dan pandangan netizen.

Tip, kalau rasa mahal dan tak berbaloi, jangan beli. Bila dah beli, makan... jadi 'tahi viral' pun tak berguna.

NETIZEN

Namun ada pula yang berpendapat harga yang dikenakan sememangnya relevan mengambil kira harga barangan semasa yang mencatatkan peningkatan.

Malah mereka turut membuat kira-kira setiap item di dalam nasi kerabu tersebut yang keseluruhannya wajar berharga RM10.

"Nasi kerabu kosong RM5, solok lada RM2, ikan goreng RM3. Dia kira macam tu kot.

"Ada solok lada memang harganya macam tu. Ikan pun mahal sekarang ni. Ikan macam ni pun sekilo RM18.

"Renyah buat nasi kerabu ni... banyak barang kena buat. Jangan tengok harga saja, kena baca skil masak juga. Ingat senang nak buat nasi kerabu.

"Buat sendiri, taubat lahom tak dapat harga tu. Tip, kalau rasa mahal dan tak berbaloi, jangan beli. Bila dah beli, makan... jadi 'tahi viral' pun tak berguna.

komen nasi kerabu

Pelbagai reaksi warga maya terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Dah beli makanan, tak payah bubuh gambar buat tanya harga. Kalau rasa mahal, tak payah beli... tak payahlah nak cuba-cuba viralkan," komen segelintir netizen.

Bagaimanapun wanita berkenaan berkata, perkongsian tersebut sama sekali tidak berniat untuk sengaja diviralkan bagi tujuan negatif, sebaliknya dia hanya sekadar bertanya pandangan warga maya.

"Kira sedekah saja... saja nak tanya pendapat SOJ (Saya Orang Jitra)," tulisnya pada ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain