suria

Lelaki tayang body, isteri tunjuk romantik pakaikan baju! Wanita tak kisah cakap orang, anggap siapa hina suaminya turut persenda OKU

Tangkap layar video memaparkan babak romantik Alia dan suaminya sehingga dikecam warganet.

"KALAU orang tak puas hati atau mahu mengata biarlah, mulut orang kita tak boleh tutup.”

Demikian reaksi Alia Izzaty Izham susulan perkongsian video 'kontroversi' dia mencium suaminya yang sedang memakai pakaian sehingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Video berdurasi 20 saat yang tular di media sosial itu memaparkan babak romantik pasangan yang sudah hampir setahun berkahwin itu semasa memakaikan baju Melayu buat suaminya Danial Asyraf Adnan.

Alia Izzaty Izham (kanan) dan Danial Asyraf Adnan (kiri)

Alia Izzaty Izham dan Danial Asyraf Adnan.

Menerusi video itu juga, terdapat netizen yang menganggap lelaki seusia dengannya yang bekerja sendiri itu merupakan orang kelainan upaya (OKU) sehingga dia berkecil hati dengan komen tersebut.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Alia berkata video itu dirakam ketika mereka berdua sedang bersiap-siap untuk menghadiri kenduri kahwin sebelah keluarganya di Ipoh, Perak.

Bahagian awal rakaman menunjukkan lelaki itu sedang memakai seluar tanpa baju dan selepas lengkap berpakaian mereka bercium mesra sambil Alia juga kelihatan memeluk pinggangnya dari belakang.

"Waktu itu seminggu selepas raya, sebenarnya saja suka-suka pakaikan baju Melayu untuk suami sebab mahu tunjuk GRWU (Get Ready With Us), apatah lagi kami baru sahaja menjalani kehidupan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow macam nak melamar! Acah-acah macho, romantik lelaki ini buat semua cair

ARTIKEL BERKAITAN: Diam-diam masuk bilik, barulah gadis ini sedar abangnya seorang yang romantik - “Ada kanser, tapi dia tak tinggalkan...”

"Video itu dikongsikan terlebih dahulu oleh suami di TikTok, iaitu sehari selepas kenduri. Kemudian baru saya buat perkara sama (kongsi) di Instagram dan kami pun tak tahu macam mana ia boleh tersebar sampai ke Facebook.

"Memang saya tak sangka ramai orang akan tengok sebab di TikTok dan IG okay sahaja (komen), walaupun sudah lama dikongsikan, tetapi bila sampai ke FB terus viral," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Alia yang bekerja sebagai pencipta kandungan TikTok turut meluahkan rasa kesal kerana netizen melabelkan suaminya sebagai OKU, selain menganggap tuduhan itu secara tidak langsung menghina golongan berkenaan.

Alia (kiri) bersama suaminya Danial Asyraf (kanan)

Pasangan ini merakam gambar sebelum menghadiri kenduri kahwin.

"Bila terima tuduhan begitu, memang rasa sangat geram sedangkan suami saya adalah manusia normal. Seperkara lagi mereka seperti mahu mengata OKU, kasihan OKU walhal mereka tak buat salah apa-apa pun.

"Bagaimanapun, saya dan suami okay sahaja dan terima apa yang dilemparkan netizen. Cuma bila kecam kata OKU rasa tak sedap dan seperti biadab," katanya yang sudah hampir setahun melayari bahtera perkahwinan.

Ditanya penerimaan keluarga sejurus dikhabarkan video berkenaan tular, Alia yang menetap di Seri Kembangan, Selangor berkata ibu bapanya menasihati supaya memadam hantaran tersebut seterusnya mengambil sikap tidak endah terhadap komen negatif.

"Saya telah turunkan video tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka. Jadi kalau masih ada lagi yang tak suka, biarlah.

"Selepas ini saya akan lebih berhati-hati sekiranya mahu muat naik sesuatu hantaran di media sosial bagi mengelakkan perkara sama berulang. Mungkin kena tapis dulu babak-babak tidak sepatutnya," katanya yang kini sedang hamil empat bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain