suria

Suami penyayang, lengkap kriteria idaman wanita... tapi kisah hitam menghantui, isteri masih trauma pernah dicurangi

Wanita ini masih belum mampu memaafkan suaminya yang pernah curang. -Gambar hiasan

KISAH silam bukan mudah dilupakan, apatah lagi peristiwa hitam itu melibatkan orang tersayang.

Mungkin di mulut sudah memaafkan, tetapi isi hati tiada siapa yang tahu.

Begitulah yang dilalui seorang wanita yang kini mendirikan rumah tangga dan mempunyai suami yang penyayang.

Namun, dirinya masih menyimpan dendam kerana pasangannya itu pernah berlaku curang sebelum berkahwin.

Ciapan asal di laman Twitter.

Menurut wanita itu, temberang kekasihnya kantoi curang lima bulan sebelum berkahwin, tetapi pernikahan tetap diteruskan dengan harapan si dia insaf dan menjadi lebih bertanggungjawab apabila bergelar suami.

"Lepas teman lelaki saya kantoi curang, dia push untuk kami kahwin juga dan sebab saya masih sayang, saya pun setuju. Tapi jauh di sudut hati, saya masih terasa dengan pengkhianatan dia dan belum sempat healing.

"Kami pun berkahwin dan dia jadi suami yang perfect. Dia terlampau baik, macam apa yang semua perempuan idamkan. Saya sepatutnya bersyukur tapi saya tak tahu la.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 6 bulan kahwin, suami gaji RM3,000 pasang perempuan lain... Siap 'angkut' naik Genting Highland guna kereta isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sakit kanser sedia untuk 'pergi', suami asyik hilang tengah malam! Luluh dapat tahu penyondol itu adik kandung sendiri

"Keluarga mentua pun sangat baik dan pemurah, tak berkira langsung dengan saya dalam segala hal. Sekarang saya tengah mengandung tujuh bulan.

"Suami jaga semua, dia cakap saya tak perlu bekerja, biar dia seorang yang cari nafkah. Kerja rumah suami yang selesaikan, kemas dan masak semua. Kalau sakit badan, saya diurut sampai tertidur, saya dilayan seperti ratu," kata wanita itu.

Meskipun layanan suami tiada cacat celanya, wanita itu mengakui dirinya masih tidak dapat menerima hakikat bahawa pasangannya itu pernah curang.

Kena curang memang boleh menyebabkan trauma yang serius, pergi jumpa pakar terapi untuk bantu diri anda sebelum terlambat.

WARGA MAYA

"Saya masih rasa tak gembira. Sedih dicurangi tu masih ada. Saya akan menangis selalu. Sampai tahap meroyan, suami akan pujuk dan merayu untuk dimaafkan.

"Kalau ikut sebetulnya, saya patut maafkan suami sebab benda tu pun berlaku sebelum kahwin. Tapi rupanya tak boleh. Hati saya hancur dan tak boleh nak dicantumkan semula, tak kisah la sebaik mana pun dia sekarang.

"Kadang sampai termasuk mimpi, tambahan emosi hamil ni memang tak stabil. Saya pula ada anxiety. Saya macam ada satu perasaan menyesal, yang saya tak patut terima semula suami selepas dia curang.

"Saya patut tinggalkan dia je dan move on. Saya bersyukur dengan kasih sayang yang dia bagi tapi saya trauma, selalu beremosi, tak senang duduk dan cepat cemburu memikirkan apa yang suami pernah buat," luah wanita itu.

Wanita itu kemudian meluahkan dirinya buntu apa yang patut dilakukannya kerana suaminya kini ikhlas mencintainya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Sebaik mana pun orang tu, kalau hati dah hancur, tak akan boleh dipulihkan semula.

"Sejuta maaf keluar dari mulut, kalau dah hancur, tak akan dapat lupa. Tolong beritahu saya macam nak melepaskan perasaan sedih ni.

"Saya sayangkan suami saya cuma sakit tu terlalu dalam," kata wanita itu menutup luahan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengesyorkan wanita itu untuk berjumpa dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan nasihat profesional.

"Tolong pergi terapi. Anda kena rewire semula cara anda berfikir. Belajar untuk memaafkan, semuanya bermula dengan diri sendiri. Pergi terapi bukan sebab kita tak betul, tapi untuk kita dapatkan bantuan.

"Tiada manusia yang sempurna untuk tidak pernah melakukan kesilapan, cuba berfikir jangan terlalu sempit sangat.

"Kena curang memang boleh menyebabkan trauma yang serius, pergi jumpa pakar terapi untuk bantu diri anda sebelum terlambat," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain