suria

“Sikit lagi nak kena gilis” - Kanak-kanak meluru depan kereta, nyaris tersembam cium jalan… netizen berang sikap cuai mak ayah 

Tangkap layar video yang dimuat naik oleh sebuah dashcam.

MALANG tidak berbau dan kecuaian ibu bapa boleh mengundang padah.

Sikap sambil lewa bukan sahaja boleh meragut nyawa anak sendiri, malah menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Menerusi satu rakaman daripada kamera papan pemuka (dashcam), menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dilanggar sebuah kereta.

Rakaman yang dimuat naik di laman di Twitter, bersama satu ciapan yang berang dengan sikap ibu bapa yang tidak mementingkan keselamatan anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Vellfire langgar lari didakwa milik anak VIP! Ahli keluarga mangsa cuma mahu keadilan, mujur saksi sempat tengok nombor plat

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Aruz kongsi detik cemas dirempuh treler... Ibu patah tulang rusuk, anak-anak pula lebam di muka

"Sumpah tak faham dengan mak bapa yang suka lepaskan anak dekat jalan raya.

"Ada anak tu jaga elok-elok. Sikit lagi nak kena gilis. Anak tu bukan anak ayam boleh main lepas macam tu je!

"Akal tuhan bagi tu gunalah elok-elok. Bila dah jadi kes update dekat Instagram dan TikTok anak syurga mama papa," tulis pengguna di Twitter tersebut.

Rakaman awal video bertarikh 26 April itu menunjukkan beberapa wanita berdiri di tengah pembahagi jalan sambil leka bersembang sebelum kanak-kanak lelaki itu dipercayai meluru menyeberangi jalan ke arah mereka.

Kanak-kanak lelaki itu berlari ke arah sekumpulan wanita.

Ketika itu sebuah kereta melalui jalan berkenaan dan tidak sempat memberhentikan kenderaan sebelum melanggar mangsa berdekatan sebuah hentian bas berhampiran dengan Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL).

Dengan kelajuan kereta 32 kilometer sejam (km/j), kereta yang dipandu terlanggar kanak-kanak tersebut.

Kejadian itu menyebabkan mangsa terjatuh namun bangun semula tanpa mengalami kecederaan dan terus berlari ke arah sekumpulan wanita di pembahagi jalan.

Cuai tetap cuai, ada anak tu tolong la jangan lepas tangan bila tepi jalan macam tu.

NETIZEN

Pemandu yang dipercayai pasangan suami isteri dan membawa anak kecil memberhentikan kereta lalu memberi 'amaran' serta nasihat kepada kumpulan wanita itu dipercayai salah seorang daripada mereka adalah ibu kanak-kanak itu.

"Kenapa lepas anak macam tu? Macam mana boleh tinggal anak macam tu kakak?

"Sorry? Jaga anak elok-elok lah!," ujar pasangan ini kepada wanita tersebut.

Video yang tular mengundang kemarahan netizen dengan rata-ratanya mempertikaikan sikap penjaga yang mengabaikan keselamatan anak terutama di tempat berisiko.

Antara komen-komen netizen di Twitter.

"Dua-dua salah tapi tu jalan raya kot. Mak bapa patut perhatikan anak. Tolong jangan cakap kat saya awak tak ada anak lagi awak tak faham.

"Jangan cakap pasal laluan bas atau teksi. Cuai tetap cuai, ada anak tu tolong la jangan lepas tangan bila tepi jalan macam tu. Kalau yang lalu tu bas? Dah tambah satu lagi tragedi ngeri lepas raya.

"Bayangkan la kita brek macam tu lepas tu anak sendiri dalam kereta terhantuk cedera demi selamatkan anak orang lain yang melintas," kata netizen yang merujuk kepada rakaman video yang kedengaran suara kanak-kanak menangis di dalam kereta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain