suria

Siswa USIM buat macam-macam kerja cari duit poket, paling untung bisnes kaligrafi... Alang-alang badan cantik siap jadi model!

Aizat menjadikan seni khat sebagai sumber pendapatannya.

DI mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Kisah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini yang rajin mencari wang poket sejak zaman sekolah wajar menjadi inspirasi kepada orang ramai khususnya golongan muda.

Selain berkecimpung sebagai model, Aizat Lukman, 21, turut aktif mengambil tempahan seni khat atau kaligrafi bermula pada harga serendah RM5 sehingga RM5,000.

Aizat bersyukur dapat mencari duit sendiri pada usia muda.

Aizat bersyukur dapat mencari duit sendiri pada usia muda.

Bercerita kepada mStar, Aizat yang lahir di Kedah dan membesar di Kelantan mengakui minatnya terhadap seni itu bermula ketika dia mengikuti pengajian seni khat di bangku sekolah.

"Saya terjebak masa sekolah menengah. Ketika subjek seni khat, saya tengok ada sahabat saya yang sangat menonjol, sebab dia belajar daripada abangnya. Masa tu saya pun rasa nak belajar dengan mendalam.

"Selain belajar dengan cikgu dalam kelas, saya juga belajar dengan sahabat saya. Prosesnya ambil masa selama tiga tahun untuk menguasai seni khat. Tapi sejujurnya pembelajaran itu tak pernah habis, kita sentiasa belajar benda baru hari-hari.

Sejujurnya saya ni sejenis manusia yang sentiasa suka mencuba benda baharu.

AIZAT LUKMAN

"Saya mula jual masa tingkatan empat. Tapi selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bisnes makin rancak. Ada yang saya buat dalam bentuk kertas A4, bookmark dan juga atas kanvas. Bermula harga serendah RM5, saya juga pernah terima tempahan sampai harga RM2,000 dan RM5,000," ujarnya.

Menurut pelajar bidang bahasa Inggeris Perdadangan itu, dia bersyukur apabila usaha yang dilakukannya mampu menyara kehidupan di kampus, sekali gus menjadikannya anak yang berdikari sejak usia muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar dari semenanjung akui dah jatuh cinta, rindu dengan suasana kampus dan langit Sarawak - “Dulu Unimas pilihan ke-10 saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia ‘oppa’ UiTM berjemur tengah panas, tugasan bunyi hon catat rekod tinggi! Ada juga sanggup henti kereta nak bertegur

"Saya bersyukur boleh cari duit tepi dengan cara sendiri. Sebagai pelajar, kita memang memerlukan duit tepi untuk tampung kos kehidupan di kampus. Misalnya nak kena beli top up untuk telefon, nak isi minyak kenderaan lagi.

"Kalau sekadar nak harap duit yang diberi. Memang tak cukup. Sebab tu kena ada duit tepi, barulah tak pening," ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Aizat menerima pelbagai tempahan bermula harga murah sehingga mencecah ribuan ringit.

Aizat menerima tempahan khat pelbagai saiz bermula harga murah sehingga mencecah ribuan ringit.

Bercerita mengenai kerjaya bidang peragaan, Aizat berkata dia bermula secara suka-suka atas permintaan yang ada sehingga pernah terikat dengan sebuah agensi sebelum ini.

"Saya buat modelling sebab ada permintaan. Dapat job untuk shoot baju kurta, baju Melayu dan sebagainya. Selepas itu saya juga masuk bawah satu agensi. Tapi enam bulan kemudian, saya keluar agensi tersebut.

Anak muda ini turut aktif berkecimpung dalam dunia peragaan.

Anak muda ini turut aktif berkecimpung dalam dunia peragaan.

"Saya pilih untuk keluar sebab dah sambung belajar. Tapi saya tak pernah berhenti, sebaliknya sekarang saya buat freelance saja kerana kekangan masa dengan tugasan akademik.

"Pada masa sama, saya juga terima tawaran untuk buat reviu baju, produk dan sebagainya," ujar Aizat yang kini sedang mengikuti tahun pertama pengajian di peringkat Ijazah.

aizat7

Antara tempahan yang pernah dibuat Aizat sebelum ini.

Selain itu, Aizat juga turut aktif dalam bidang kecergasan dan mula berjinak-jinak dengan sukan calisthenic sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini.

Malah, Aizat juga berbakat dalam seni suara beatbox dan turut aktif membuat persembahan jika mempunyai kelapangan masa.

Aizat aktif dalam sukan calisthenic sejak PKP.

Aizat aktif dalam sukan calisthenic sejak PKP.

"Sejujurnya saya ni sejenis manusia yang sentiasa suka mencuba benda baharu. Contohnya saya cuba kaligrafi masa belajar di sekolah dulu.

"Kemudian masa PKP saya mula main sukan calisthenic. Beatbox ni pula saya explore dalam tiga ke empat tahun lepas.

"Sebenarnya agak serius juga dalam beatbox ni sebab saya terlalu kagum dan nak belajar. Saya bermula dengan zero, belajar beatbox di YouTube saja," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain