suria

Pemuda ‘tertipu’ dengan imej ala gangster seorang bapa! Selepas tengok cara layan anak, isteri terus ubah persepsi... dapat agak sikap di rumah

Fairuz kagum melihat layana seorang lelaki kepada anak dan isterinya ketika berada di sebuah restoran. Foto: FB Fairuz Aziz

MEMILIH calon suami mahupun isteri bukanlah hanya perlu melihat dari luaran semata-mata.

Pada akhirnya, rupa paras yang kacak atau jelita akan pudar jua apabila tiba masanya.

Penentu kebahagiaan bagi sesebuah rumah tangga adalah sikap saling memahami, menghormati dan menerima pasangan masing-masing seadanya.

Bercakap soal memilih pasangan hidup, wanita adalah golongan yang perlu mengambil langkah lebih teliti kerana mereka bukan hanya memilih seorang suami, tetapi sebagai nakhoda rumah tangga serta bapa kepada zuriat yang bakal dilahirkan kelak.

Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang individu terpanggil untuk berkongsi pandangannya mengenai ciri lelaki yang patut dipilih oleh kaum Hawa dan dijadikan calon suami.

Menurut lelaki bernama Fairuz Aziz yang juga merupakan seorang penulis motivasi, perkongsian tersebut dibuat berdasarkan kisah benar yang terjadi di hadapan matanya sendiri.

"Tadi masa makan, ada seorang laki (ayah) muka punya garang. Baju tertulis perkataan Muay Thai. Rambut botak ala gangster.

KERUSI

Aksi lelaki tersebut benar-benar membuatkan Fairuz kagum.

"Saya nampak ada point-point positive yang saya perlu kongsikan kepada semua orang. Saya lihat, bila dengan anak-anak dan isteri, Masya-Allah lelaki ini sangat caring. Allahurabbi respect betul lelaki begini," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih bekas kekasih jadi calon suami, wanita ini akhirnya berani bertunang selepas 14 tahun kenal... Ibu pun main peranan!

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis tetap ‘piawaian’ bakal suami macam bapa! Selain pentingkan agama kena rajin ke pasar, pandai pilih ikan segar

Menurut Fairuz, daripada pemerhatiannya, lelaki tersebut benar-benar seorang bapa yang sangat penyayang dan bertanggungjawab serta seorang yang sangat memuliakan isteri.

"Untuk anak paling kecil, si ayah ambil kain kecil dan letakkan kain di leher anak tu. Orang jenis ni sangat kemas dan teratur.

"Masa isteri makan, si ayah (suami) korban masa beberapa minit untuk beri laluan isteri makan dengan tenang. Orang macam ni, bukan jenis pukul Isteri tau. Kalau isteri marah, pasti pegang tangan isteri dan tenangkan isteri.

"Habis makan, si ayah lap-lap meja dan kutip sisa nasi sebab dua anak lagi (umur tiga hingga empat tahun) makan bersepah-sepah. Orang macam ni dekat rumah mesti tak boleh tengok isteri buat kerja sorang-sorang. Tempat awam pun dah buat perkara baik ini apatah lagi di rumah.

Alhamdulillah biar muka ganas tapi perhatiannya syukur.

NETIZEN

"Habis berkemas, tolak kerusi. Allahurabbi sweetnya. Kemas, kutip, sisih dan susun ni antara tabiat orang Jepun. Tabiat yang bagus!" hurainya mengenai situasi sebuah keluarga di restoran yang turut dikunjunginya.

Menurutnya, walaupun dalam tempoh seketika, dia dapat melihat kualiti yang ada pada lelaki berkenaan.

"Jujurnya saya menjadi saksi segala kebaikan yang beliau lakukan.

"Untuk wanita di luar sana yang mencari suami, jangan hanya mencari suami yang boleh penuhkan poket kita sahaja.

"Sangat penting lelaki yang ada usaha. Sangat bagus lelaki yang ada rasa tanggungjawab. Sangat baik lelaki yang ada rasa hormat. Ya Benar, duit pun penting tapi jangan hanya pandang sudut kewangan sahaja tetapi intai-intailah juga sudut akhlak.

"Lelaki baik beriman, Alhamdulillah. Lelaki bijak kewangan, syukur. Lelaki baik beriman, bijak kewangan... syukur Alhamdulillah.

KOMEN SUAMI

Antara komen netizen terhadap perkongsian Fairuz.

"Terima Kasih menjadi lelaki yang baik. Sejak akhir-akhir ini asyik dengar banyak masalah suami (lelaki). Hari ini terbukti masih ada lelaki yang baik di dunia," kongsinya lagi.

Sehingga kini, hantarannya meraih melebihi 2,800 shares di Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama memuji lelaki hebat berkenaan, malah ada yang turut berdoa agar dikurniakan seorang suami sepertinya.

"Tahniah kepada parents atau penjaga yang didik beliau. Contoh baik untuk anak dan orang sekeliling.

"Doakan semoga satu hari nanti saya punyai suami macam ni. Amin.

"Alhamdulillah biar muka ganas tapi perhatiannya syukur," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain