suria

Kecut perut tengok cikgu duduk atas motor naik rakit, redah sungai demi anak didik... Orang kampung pula jadi hero bawa ke tebing!

Seorang guru menyeberangis sungai menggunakan rakit dengan dibantu dua penduduk kampung.

DEMI amanah untuk mendidik anak bangsa, seorang guru sanggup melakukan apa sahaja walaupun nyawa sendiri menjadi taruhannya.

Bagi guru yang ditugaskan untuk mengajar di sekolah pedalaman, sudah semestinya mereka berdepan dengan cabaran yang bukan calang-calang setiap hari asalkan ilmu dapat disampaikan kepada para pelajar.

Tular di aplikasi TikTok memaparkan video seorang guru wanita bersama motosikalnya dibawa di atas rakit untuk menyeberangi sungai.

Kelihatan juga dua orang individu meredah air sungai separas peha untuk mengemudi rakit berkenaan agar selamat sampai ke seberang.

rakit 2

Video yang memaparkan seorang guru menyeberangi sungai menggunakan rakit menyentuh hati warga maya.

Sebaik sahaja sampai di seberang, kedua-dua individu berkenaan membantu guru wanita tersebut untuk turun daripada rakit dan naik ke tebing.

"Sungguh mulia tugas seorang guru... tetap semangat ibu guru," demikian kapsyen yang ditulis pada video berdurasi sekitar 1.25 saat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cikgu tak ada hak buat semua ini” - Rampas, baling dalam api! Tindakan guru bakar handphone pelajar dianggap keterlaluan

ARTIKEL BERKAITAN: Selera eksotik! Makcik bertudung, atuk pakai kopiah jual sate ular... Ramai pesan jangan suka-suka cuba makanan tepi jalan

Sehingga kini, video yang dimuat naik di TikTok @bustaman_perwira_siregar meraih melebihi 499,000 jumlah tontonan.

Berdasarkan lokasi yang dinyatakan pada video tersebut, difahamkan kejadian itu dirakam di sebuah kawasan pedalaman di Nahulu Julu, Sumatera Utara, Indonesia,

Semoga pemerintah dapat menyegerakan bantuan dan pembangunan seperti jambatan untuk kawasan macam ni.

NETIZEN

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kawasan berkenaan sememangnya tidak mempunyai jambatan atau kemudahan itu sudah rosak.

Sementara itu, ruangan komen dipenuhi dengan pujian daripada warga maya yang kagum dengan kecekalan guru wanita berkenaan yang sanggup mengharungi cabaran demi para pelajarnya.

"Yang macam ini sepatutnya layak terima anugerah guru cemerlang.

"Tinggal anak-anak di rumah demi ajar ilmu kepada anak orang lain. Keluar dari rumah belum tentu pulang. Semoga cikgu sentiasa dalam rahmat Allah.

"Besarnya pengorbanan guru di pedalaman sana. Terima kasih juga kepada orang kampung yang tolong permudah urusan guru," komen netizen.

komen rakit

Netizen memuji semangat dan kegigihan guru wanita berkenaan.

Dalam pada itu, ramai juga bersetuju supaya video berkenaan dikongsi di media sosial agar ia mendapat perhatian daripada pihak berwajib.

"Upload banyak-banyak keperitan guru yang mengajar di pedalaman. Biar menteri tengok.

"Semoga pemerintah dapat menyegerakan bantuan dan pembangunan seperti jambatan untuk kawasan macam ni," demikian antara komen warga maya daripada Malaysia dan Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain