suria

Teman lelaki tak minat kerja makan gaji, seronok main Forex! Wanita ini mula risau, bakal imam hanya nak jadi ‘driver’ isteri lepas kahwin

Wanita berkenaan berkali-kali membangkitkan isu kerja namun jawapan yang diterima tetap menghampakan. Gambar hiasan

MENCARI pasangan untuk dijadikan teman sehidup semati bukanlah mudah.

Pelbagai aspek perlu dititikberatkan antaranya latar belakang keluarga serta ciri-ciri penting yang menunjukkan seseorang itu sudah bersedia untuk menggalas komitmen dalam menuju kehidupan berumah tangga.

Lebih-lebih lagi buat kaum Adam yang bakal bergelar ketua keluarga kelak, tanggungjawab yang tergalas di bahu mereka begitu berat kerana perlu menyediakan keperluan isteri serta anak-anak.

Kita biasa mendengar ramai lelaki yang sanggup melakukan dua kerja bagi mengukuhkan ekonomi sebagai persediaan berkeluarga.

Bagaimanapun, lain pula kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini mengenai teman lelakinya.

"Pasangan saya suruh saya bekerja macam-macam selepas tamat belajar kelak. Tapi bila saya tanya dia pula, dia kata 'saya jaga awak je, hantar dan ambil awak dari tempat kerja selepas kahwin'.

game

Selain bermain Forex, teman lelakinya juga suka menghabiskan masa dengan bermain game. Gambar hiasan

"Patutkah saya ambil serius ataupun ia hanya gurauan? Setiap kali saya tanya pasal kerja, dia akan kata percaya pada rezeki sedangkan saya tengok dia hampir setahun tak ada effort cari kerja.

"Nak kata dia sambung study tak pun, dia habiskan masa sepanjang hari main game atau buat Forex sahaja.

"Forex pun banyak rugi... lepas tu dia kata saving makin kurang sebab buat forex selalu rugi," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sayu suami bangun tidur lewat hanya tahu buka tudung saji sepanjang PKP, tak larat membebel... nak tuntut di akhirat - “Dengan geng game online boleh gelak-gelak”

ARTIKEL BERKAITAN: Tegur baik-baik tak jalan, suami menyesal kahwin isteri pemalas tahap melampau... Biar anak-anak lapar, tak mandi sampai malam!

Bukan setakat tidak mempunyai usaha untuk mencari kerja, teman lelakinya juga didakwa mempunyai sikap buruk iaitu panas baran, sehingga membuatkan dia ragu-ragu untuk meneruskan hubungan.

"Dulu parents dia kata suruh support apa dia buat, tapi sampai sekarang saya tak nampak apa dia buat. Saya pernah tegur tapi dia kata saya macam menghina dia masa dia tiada kerja.

"(Dan) kata (saya) tak dapat terima keadaan dia macam tu... lepas tu menangis. Apa perlu saya buat?

Jangan fikir sayang, sanggup terima apa saja. Fikir pasal masa depan.

NETIZEN

"Dia juga jenis baran, pernah sekali dia marahkan saya, dia tekan minyak biar kereta laju.

"Saya pula yang kena tenangkan dia. Parents dia pernah pesan 'jangan cabar dan buat dia marah'. Habis sampai bila saya kena sabar?," luah wanita yang enggan dikenali itu menerusi mesej yang dikongsikan di laman Twitter @confesstweetmy.

Perkongsian kisah wanita tersebut meraih lebih 800 ulang kicau, selain menyaksikan rata-rata warga maya menyarankan agar dia berfikir lebih panjang bagi mengelak menyesal kemudian hari.

"Jika sesuatu hubungan tu ada keraguan, ambil langkah yang perlu. Kita dikurniakan akal fikiran untuk bertindak dengan bijak. Cinta itu mungkin buta, tapi kita tak buta. Ingat ye perkahwinan adalah komitmen seumur hidup.

komen bf

Rata-rata netizen menyarankan supaya wanita berkenaan 'mengundur diri'.

"Semua points yang redflag sudah di kenal pasti dan dirungkaikan. Jangan fikir sayang, sanggup terima apa saja. Fikir pasal masa depan. Ini ke orang yang kau nak jadikan sebagai ayah untuk anak-anak nanti?

"Pendapat aku, putus sajalah. Sebabnya parents dia pernah pesan supaya jangan cabar dan buat dia marah. Tak kuasa aku nak jaga anak orang kalau macam ni punya perangai," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain