suria

Pukul 2 pagi masih tunggu pelanggan, gigih cari rezeki halal... Ramai sebak dapat tahu warga emas berpanas dalam maskot kucing

Seorang wanita warga emas merupakan insan di sebalik maskot comel itu.

DI sebalik maskot yang kelihatan ceria, tersembunyi seribu satu kisah yang mungkin tidak diketahui sesiapa.

Meskipun usianya sudah lanjut, wanita ini tetap cekal mencari rezeki sebagai maskot yang menjadi penyeri warga kota.

Kisah wanita itu menjadi perhatian selepas seorang pemuda dikenali sebagai Roslan Salleh membuat pendedahan mengenainya di Facebook, baru-baru ini.

maskot0043

Maskot itu setia menunggu pelanggan demi mencari sesuap rezeki.

"Memang warga kota sekarang sangat merasakan kepayahan untuk menjalani kehidupan di kota sebesar Kuala Lumpur. Apatah lagi sekiranya ada banyak tanggungan yang harus kita hadapi.

"Di sebalik keriangan orang ramai bergambar bersama watak kartun yang mewarnai suasana di kawasan persekitaran Bazaar Malam Wangsa Maju ini, saya terkejut melihat salah satu watak kartun itu.

"Dia merupakan seorang warga emas sekitar baya ibu saya dan mungkin seusia ibu ayah anda," ujarnya.

Nampak juga raut wajah berusia ini keletihan tetapi apa kan daya, mungkin ini sahaja cara untuk menjana pendapatan yang halal.

ROSLAN SALLEH

Menurut Roslan, dia kagum melihat kesungguhan wanita itu dan berdoa agar Allah melimpahkan rezeki buatnya.

"Melihat kesungguhannya saya teruja, apatah lagi diusia ini beliau sepatutnya sudah berehat dan berada di rumah sahaja.

"Nampak juga raut wajah berusia ini keletihan tetapi apakan daya, mungkin ini sahaja cara untuk menjana pendapatan yang halal.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... ‘Makcik baju merah’ minta maaf, janji tak menyelit lagi... Kes interframe gambar kahwin akhirnya selesai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Makcik nasi lemak lega ada seorang pemuda boleh nampak dan sudi singgah gerainya, esoknya terbukti ‘sihir kalah dengan kuasa viral’

"Apapun moga Allah permudahkan urusan makcik ini, dilimpahkan rezeki seluasnya, diberikan rahmat Allah dan kesihatan yang baik selalu," ujarnya lagi.

Menerusi posting di Facebook, Roslan turut berkongsi foto wanita itu yang sedang duduk menunggu pelanggan di tepi jalan, sekitar pukul 2 pagi.

maskot002

Ramai netizen menitipkan doa agar wanita itu dimurahkan rezeki.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa sayu akan keperitan hidup wanita itu sehingga dia terpaksa bekerja sebagai maskot.

"Nampak letih mukanya. Kasihan makcik tu terus kuat mencari rezeki. Semoga Allah permudahkan urusan dia.

"Allahurabbi Ya Allah. Allahuakbarrr Ya Allah. Moga makcik ni terus tabah dan kuat serta diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain