suria

Dapat ‘hadiah’ order burger lewat malam, berdekah gelak masa buka bungkusan - “Buatan orang ni bang, mungkin bomoh intern”

Seorang pelanggan menerima burger bersama 'topping' stapler.

MAKANAN seperti burger jalanan selalunya menjadi pilihan ramai terutama pada waktu petang dan malam.

Bukan sahaja kerana harganya murah dan sedap, ia juga merupakan salah satu makanan yang mudah dibeli di mana-mana dan yang penting mengenyangkan.

Jika kita lapar pada waktu malam misalnya, burger jalanan pasti yang pertama akan terlintas dalam kepala kerana kebanyakan gerai akan dibuka sehingga lewat malam.

Namun, ada kisah mencuit hati yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok mengenai burger jalanan yang dibeli dari sebuah gerai yang tidak dinyatakan lokasi.

Mana tidaknya, burger yang dibeli mempunyai 'topping istimewa’ dan mungkin juga ia 'hadiah' yang diberikan penjual apabila pelanggan membuat pembelian.

Menerusi video dikongsikan, dapat didengar pelanggan membuka bungkusan tersebut sambil ketawa selepas mendapati terdapat satu stapler di atas roti ban burger yang dipesan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih jatuh cinta dengan burger tepi jalan... Selamba duduk atas simen makan panas-panas, siap bagi rating 9/10!

ARTIKEL BERKAITAN: Lapar tengah malam, pemuda beli burger... buka bungkusan sekali pandang nampak macam rojak!

“Beli burger dapat free gift. Itulah order malam-malam buta lagi.

“Kasihan brother (peniaga) tu lepas ni dia nak stapler pesanan pelanggan melalui GrabFood kena beli baharu,” tulisnya pada video tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan dibuat oleh pelayar berkenaan kejadian itu.

Stapler tersebut dipercayai digunakan peniaga untuk mengepil resit pembayaran pada makanan dihantar.

Kemungkinan besar peniaga tersebut tidak sengaja meletakkan stapler itu sewaktu membungkus burger yang dipesan pelanggan.

Dipercayai stapler tersebut digunakan untuk mengepil resit pembayaran pada plastik untuk rujukan penghantar makanan.

“Hati-hati ya kalau makan,” kata salah seorang rakannya di dalam video.

Ni buatan orang ni bang. Mungkin bomoh intern.

NETIZEN

Video berkenaan mencuri tumpuan netizen apabila mendapat lebih 22,000 tanda suka dengan 500 lebih komen setelah disiarkan.

“Ni buatan orang ni bang. Mungkin bomoh intern.

“Kena pulangkan balik. Owner tu cari.

Komen netizen di TikTok.

“Diaorang dah tak main sup bunjut dah sekarang ni,” komen netizen pada video.

Mungkin juga peniaga tersebut tidak perasan yang dia meletakkan stapler itu bersama burger kerana waktu sudah lewat malam dan dia keletihan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain