suria

Gara-gara idea ‘bernas’ isteri, suami dan 2 anak ‘dibawa lari’ kereta api! Nak tolong tak boleh, cuma mampu ketawa dari luar

Farah gagal menahan ketawa selepas suami dan dua anaknya 'dilarikan' dalam kejadian pada Jumaat lalu.

SEORANG wanita berdepan kejadian lucu apabila suami dan dua anaknya 'dilarikan' oleh kereta api secara tidak sengaja pada Jumaat malam.

"Tak tahu nak cakap apa, hantar mentua dekat stesen kereta api. Suami aku angkat barang loading ke atas, tiba-tiba suami dengan anak aku ternaik sama kereta api. Ala bengongnya.

"Nasib baiklah kunci kereta ada dengan aku. Masalah sekarang aku nak bawa kereta macam mana guys? Aku dengan dia (bayi) je," ujar Siti Farah Hana Abdullah, 29, menerusi video di TikTok.

farah5

Mentua Farah datang ke Kelantan selepas dia melahirkan anak bongsunya dua bulan lalu.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Farah berkata kejadian berlaku ketika mereka sekeluarga menghantar mentuanya di Stesen Keretapi Wakaf Bharu, Kelantan.

"Mentua saya dari Sabah. Dia dah dua minggu datang rumah saya. Kemudian, dia naik tren ke Johor untuk ke rumah kakak ipar saya. Kami tak tahu peraturan kereta api sekarang, first time naik di stesen itu.

"Barang mentua banyak. Saya minta suami tolong angkat sampai dalam tren. Suami tanya boleh naik ke? Saya kata dulu pernah hantar adik-beradik saya naik tren di stesen lain. Dulu boleh je masuk hantar sampai dalam tren.

Saya tengok lampu dah hijau, tren mula jalan perlahan-lahan. Suami dan dua anak saya tak turun-turun.

SITI FARAH HANA ABDULLAH

"Jadi suami pun naiklah bersama dua anak kami. Saya kata, boleh la anak yang dua orang tu merasa naik tren, mereka belum pernah rasa lagi. Saya pula tunggu di luar sambil jaga anak bongsu yang berumur dua bulan," imbasnya.

Menurut wanita itu, dia kemudiannya menyedari lampu hijau di landasan sedang menyala, menandakan kereta api itu akan memulakan perjalanan pada bila-bila masa sahaja.

Namun kata wanita yang menetap di Jeli itu, dia mula runsing memandangkan kelibat suami serta dua anaknya masih belum kelihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak susah jika OKU berkerusi roda nak melancong... Bekas atlet paralimpik buat solo trip dari Ipoh ke Bangkok naik train

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bawa kucing naik KTM tak sangka tren di Kelantan ada ‘aircond’, terbayang kereta api lama - “Ingatkan old school macam Thailand”

"Saya tengok lampu dah hijau, tren mula jalan perlahan-lahan. Suami dan dua anak saya tak turun-turun. Rupanya mereka tak sempat turun. Mereka ambil masa lama mencari tempat duduk mentua dalam tren.

"Kereta api pun dah bergerak. Akhirnya mereka bertiga terpaksa turun di stesen berikutnya di Pasir Mas," ujarnya dalam nada berseloroh.

Menurut Farah, dia pada mulanya merancang untuk memandu sendiri bagi menjemput mereka bertiga, namun berdepan kesukaran kerana perlu memegang bayinya yang baru lahir.

"Saya memang nak pergi ambil. Ada seorang makcik nak bantu. Dia nak tolong pegang bayi supaya saya boleh memandu. Tapi mujurlah ada kawan suami di Pasir Mas. Kawan dia yang tolong hantar semula," ujar isteri kepada anggota polis itu.

farah6

Anak sulung dan anak kedua Farah yang turut menaiki tren secara tidak sengaja pada malam tersebut.

Farah turut berkongsi video kejadian melucukan itu menerusi TikTok sehingga ia meraih lebih setengah juta tontonan dan dihujani pelbagai komen netizen.

"Kena tunggu stesen seterusnyalah. Best suami dan anak-anak tu dapat jalan-jalan free.

"Loading barang tak boleh lama-lama. Kena cepat-cepat kalau tak memang dengan orang angkat barang tu jalan sekali.

"Allahuakhbar. Moga dipermudah urusan sis. Maaf saya tergelak," tulis beberapa netizen.

Menurut Farah, dia sendiri tidak menyangka video tersebut akan tular, malah dirinya juga terhibur membaca komen-komen jenaka netizen berhubung kejadian itu.

farah7

Farah merupakan pembekal sushi di sekitar Kelantan.

"Adik saya bagi cadangan suruh masukkan dalam TikTok. Tak sangka view mencanak tinggi. Habis semua orang tergelak. Yang komen puji muka baby saya montel pun ada.

"Selain itu, ada juga yang komen kecam, mereka kata saya cakap Kelantan, saya membebel dan sebagainya. Tapi saya buat tak tahu saja," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Farah dan suami Mohamad Zaidi Marjuki, 30, mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Farah merupakan pembekal sushi di negeri Kelantan yang telah memulakan bisnes sendiri sejak tahun 2016.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain