suria

Bayi baru lahir tak boleh bin bapa kandung, ibu pasrah pilih 99 Asmaul Husna... “Bin nama Allah tak jadikan anak tu hina”

Cik Pia menceritakan mengenai nasib kurang baik bayinya baru dilahirkan.

BAGAI jatuh ditimpa tangga.

Ungkapan itu sesuai dengan situasi dialami wanita ini apabila dia terus diuji dengan pelbagai dugaan dalam rumah tangga.

Jika sebelum ini Norsufia Johari atau Cik Pia pernah mencuri tumpuan netizen dengan kisah suaminya tidak mahu mengazankan anak mereka yang baharu lahir, kini dia berdepan masalah lain.

Tangkap layar luahan Cik Pia di TikTok.

Menurut Cik Pia, selepas hampir sebulan melahirkan anak, dia masih tidak berjaya mendaftarkan nama si kecil itu gara-gara suaminya didakwa tidak memberi kerjasama.

"Anak yang lahir tanpa azan, tanpa kasih sayang bapa dan sekarang tanpa nama bapa.

"Walaupun Arumi lahir dengan cara sah... mana hati seorang bapa?" tulisnya pada video yang dikongsikan di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita meratap bersalin seorang diri, suami ‘MIA’ tanpa berita... Paling sedih anak tak diazankan bapa kandung

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tak boleh bin bapa kandung, JPN suruh pilih 99 nama Allah... Wanita ini kongsi pengalaman urus keluarga tanpa suami

Menerusi video itu Cik Pia berkongsi tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp dengan seorang individu yang dipercayai bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Perbualan itu bertujuan untuk bertanya lanjut tentang proses mendaftarkan nama anaknya, Khaireel Arrayyan Arumi.

Berdasarkan jawapan individu itu, Cik Pia perlu menyediakan beberapa dokumen penting termasuk salinan serta MyKad asal si bapa.

Perbualan antara Cik Pia dan salah seorang kakitangan JPN.

Kegagalan untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan JPN dalam tempoh 60 hari membuatkan anaknya tidak dapat dibinkan dengan bapa kandung.

Sebaliknya Khaireel Arrayyan Arumi perlu dibinkan dengan salah satu daripada 99 nama Allah.

“Sedih sangat, sedih. Apalah salah anak ini.

Pergi terus jumpa suami, bawa bapa sekali... orang lelaki akan segan kalau tak bagi kerjasama.

NETIZEN

“Ya Allah kau permudahkanlah urusan yang sulit. Semoga anak ini mendapat haknya,” luah Cik Pia di ruangan kapsyen.

Perkongsian Cik Pia itu sekali lagi mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen kerana terkenangkan pengorbanan yang terpaksa diharunginya.

“Cik Pia... pergi terus jumpa suami. Bawa bapa sekali. Orang lelaki ni akan segan dengan orang tua kalau tak bagi kerjasama.

“Tak apa kak. Atas dunia saja. Bin nama Allah tak menjadikan anak tu hina. Malah anak ini adalah penguat. Semoga kelak dia berjaya jadi manusia berguna.

“Ada juga jenis bapa macam ni nazubillahiminzalik minta dijauhkan,” komen netizen.

Tidak dapat dipastikan status terkini hubungan Cik Pia bersama suaminya itu.

Namun berdasarkan beberapa siri perkongsian di TikTok, difahamkan hubungan Cik Pia dan suaminya berdepan masalah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain