suria

“Nak marah, anak orang...” - Kanak-kanak buas di majlis kenduri boleh buat jurufoto ‘angin’, mak ayah jangan buat tak nampak

Kerenah kanak-kanak menyebabkan bermacam kesulitan kepada jurufoto.

MENJADI 'raja sehari' adalah pengalaman sekali seumur hidup dan momen itu pastinya mahu diabadikan dengan sebaik mungkin.

Begitulah besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh seorang jurufoto dalam majlis perkahwinan, tiada alasan untuk melakukan kesilapan.

Namun, dalam menyempurnakan amanah tersebut, ada kalanya rintangan yang timbul boleh merumitkan keadaan.

Raafik memberikan teguran melalui satu ciapan.

Jurufoto, Ahmad Raafik Aziz, 35, berkongsi bagaimana rintangan itu hadir dalam bentuk kanak-kanak yang tidak mendengar kata.

Menurutnya, ketika sedang mengambil gambar di majlis resepsi perkahwinan, kanak-kanak tanpa pengawasan ibu bapa sering berkeliaran sehingga mengganggu fokus jurufoto.

"Benda ni memang normal bagi photographer bila shoot wedding. Bila ada majlis, mesti ada budak-budak kan. Jadi bila ada budak-budak ni kita jurufoto kena extra alert

ARTIKEL BERKAITAN: Kuda kepang meriahkan majlis kahwin, jurufoto buka cerita tetamu dirasuk selepas kemenyan diasap sebelah pelamin... pinggan jatuh berselerak - “Macam kena ribut...”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas karya ‘mata’, jurufoto terus cabar kreativiti diri... arah MV sulung tonjol main ceper, kelam-kabut buat 58 shot sehari!

"Lagi-lagi dengan budak jenis yang tak boleh duduk diam. Lari sana sini, usik benda sana sini. Ibu bapa pula tengah bersembang dengan kawan-kawan tak tengok anak.

"Kita jurufoto la yang kena tegur mereka ni tapi mereka bukan nak dengar pun. Dah jadi satu hal untuk kita," ujar Raafik ketika dihubungi mStar.

Raafik menceritakan bagaimana gangguan kanak-kanak tanpa pengawasan ibu bapa menyulitkan tugasnya sebagai seorang jurufoto untuk mengambil gambar.

Ada satu budak ni dia rosakkan semua gambar kahwin adik aku, spoil habis mood.

NETIZEN

"Budak-budak biasa la nak main, tapi yang jadi susah tu bila dia naik atas pelamin dan kacau shots kita. Pengantin tengah bersanding tu.

"Bila kita larang mereka, lagi mereka nak buat. Kita ni nak buat kerja, kalau boleh biar la tak ada gangguan. Ni belum cerita lagi yang jenis suka usik dekorasi dekat pelamin tu.

"Orang dah bayar kita untuk ambil gambar, kita mestilah nak berikan hasil yang terbaik tapi kalau ada budak kacau macam ni, susah sikit kerja kita," ujar Raafik kecewa.

Raafik juga sempat berkongsikan salah satu kisahnya apabila kanak-kanak yang terlampau buas bermain sehingga merosakkan kelengkapan fotografi yang dibawanya.

Raafik mempunyai tujuh tahun pengalaman dalam bidang fotografi.

"Budak-budak ni suka berlari dan berkejaran sana-sini sampai ada seorang ni dia langgar lighstand saya. Jatuh lighstand saya tu.

"Nasib baik tak ada kerosakan teruk. Flash masih boleh pakai lagi waktu tu. Tapi tak lama lepas tu rosak juga, sampai dah masa dia.

"Modal untuk beli yang baharu saya kena keluarkan dalam RM500 sehingga RM600 juga," keluh Raafik terhadap kerugian yang dialaminya.

Raafik menitipkan pesanan kepada ibu bapa di luar sana agar lebih peka dengan apa yang dilakukan anak-anak ketika mereka berada di luar.

Raafik berharap ibu bapa lebih peka terhadap kelakuan anak-anak.

"Nasihat saya untuk ibu bapa di luar sana tu, bukan tak boleh bawa anak pergi majlis atau kenduri ni. Kami tak larang pun cuma kalau boleh bagi extra perhatian sikit dekat anak-anak tu.

"Lagi-lagi yang memang jenis tak boleh duduk diam. Bukan sahaja waktu dekat majlis, kalau kita pergi rumah orang pun kita kena behave sikit.

"Pantau anak-anak tu. Kita mudahkan urusan orang, orang akan mudahkan urusan kita," ujar Raafik mengakhiri bicara.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya rata-rata sependapat dengan teguran yang diberikan Raafik.

Seorang jurufoto lain juga sempat berkongsikan gambar peralatannya yang rosak dek kerana kerenah kanak-kanak.

Peralatan fotografi rosak angkara kanak-kanak yang dikongsikan seorang netizen.

"Aduh pedihnya," kata jurufoto itu 'ringkas' dalam kapsyen gambar yang disertakannya.

Pelayar juga berkongsikan pengalaman mereka melibatkan kanak-kanak merosakkan majlis perkahwinan dengan membuat kacau-bilau.

"Ada satu budak ni dia rosakkan semua gambar kahwin adik aku, spoil habis mood.

"Memang ramai mak ayah tengok je anak-anak main lightstand kita. Duduk pegang-pegang alihkan. Nak marah tu anak orang, nanti kita pula yang kena marah.

"Jangan nak bagi ayat cliche kau tak ada anak boleh la cakap macam tu. Anak sendiri, pandai la jaga," ujar sebilangan warga maya seperti hilang sabar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain