suria

[V] Lain diajar, lain dibuat! Bahasa isyarat tak menjadi, graduan tanya pro canselor “dah makan ke belum?” atas pentas konvo

Iffah tersilap ketika membuat ucapan terima kasih menggunakan bahasa isyarat.

LAIN yang diajar, lain yang dibuat.

Begitulah kisah lucu melibatkan seorang graduan yang melakukan kesilapan ketika menggunakan bahasa isyarat dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 24 November lalu.

Menurut Nur Afifah Mohd Khairuddin, 24, para graduan perlu mengucapkan terima kasih menggunakan bahasa isyarat, namun dia tersilap menunjukkan isyarat tangan seolah-olah bertanya "dah makan ke belum?" ketika berada di pentas konvokesyen.

"Semua graduan kena buat bahasa isyarat ucap terima kasih dekat pro canselor. Tapi disebabkan saya nervous sikit kat atas pentas tu, habis salah bahasa isyarat saya.

"Masa dah masuk dewan tu baru mereka bagi taklimat untuk buat isyarat tu. Caranya senang sebenarnya untuk buat, tapi saya nervous, sebab tu jadi macam tak tentu arah.

"Saya jadi nervous sebab saya pakai kasut cerah, sepatutnya warna gelap. Ada yang tak lepas, ada yang kena tukar kasut. Tu yang saya seram sikit, tapi lepas je naik pentas," dedahnya.

Caranya senang sebenarnya untuk buat, tapi saya nervous, sebab tu jadi macam tak tentu arah.

NUR AFIFAH MOHD KHAIRUDDIN

Senang disapa Iffah, dia bagaimanapun terhibur dengan diri sendiri apabila tersilap membuat isyarat, malah kejadian spontan itu turut disedari beberapa rakannya.

"Lepas saya buat salah isyarat atas pentas tu, saya macam, aduh, kenapa salah buat? Ada juga kawan-kawan kat bawah yang perasan. Kami pun gelak dengan kejadian tu," ujar graduan bidang kejuruteraan sivil itu.

Menurut Iffah lagi, sedutan video kejadian turut dikongsi ke laman Twitter untuk disimpan sebagai kenangan, namun dia terkejut dengan reaksi diberikan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ibu tak dapat hadir majlis konvo, wanita ini sendirian di UK! Momen VC sambil menangis buat ramai sebak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami punya ‘effort’ lain macam, buat sendiri jambangan belon demi konvokesyen isteri... Siap ada ibu bapa nak beli sekuntum!

Selain meraih lebih 300,000 tontonan, ramai netizen turut meninggalkan komen ucapan tahniah dan mengakui terhibur dengan aksi spontannya ketika menerima ijazah.

"Istiadat konvokesyen turut disiarkan dalam YouTube live. Jadi saya saja nak post di TikTok, untuk simpan sebagai kenangan. Nanti boleh tengok balik.

"Video saya yang sebelum ini view sendu saja. Tiba-tiba banyak notification masuk, memang saya terkejut. Lepas tu baca semua komen, netizen kata lawak dan kelakar.

iffah2

Iffah merupakan graduan bidang kejuruteraan sivil.

"Alhamdulillah, semua komen okay. Tiada komen yang negatif. Yang ucap tahniah pun ada," ujar Iffah yang turut ditemani ahli keluarga dalam majlis bersejarah itu.

Mengenai pengalamannya sepanjang bergelar mahasiswi, Iffah berkata bidang pengajiannya memberi cabaran tersendiri, namun dia bersyukur akhirnya dapat mengenggam segulung ijazah.

"Tempoh pengajian saya selama empat tahun. Sepatutnya dah graduasi tahun lepas, tapi ditunda disebabkan pandemik Covid-19. Perasaan saya sangat gembira, Alhamdulillah dah tamat belajar.

iffah3

Iffah turut ditemani ahli keluarga ketika hari bersejarah itu.

"Bidang ini agak mencabar juga sebenarnya. Tapi mana-mana bidang pun ada cabaran. Saya harap dapat jadi manusia yang berjaya dalam bidang ni," ujar anak sulung daripada lima beradik itu.

Menetap di Perak, Iffah kini bekerja sebagai pembantu jurutera, namun dia juga menyimpan hasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi suatu masa nanti.

Akhir bicara, Iffah sempat menitipkan pesan kepada para pelajar bidang itu agar sentiasa cekal, berani dan mempunyai minat tinggi jika mahu pergi jauh.

"Kalau nak masuk bidang ni kena cekal dan berani la. Minat juga penting kalau nak masuk bidang ni. Mana-mana bidang pun kena ada minat.

"Mental dan fizikal juga kena kuat sebab nanti kena buat kerja lab dan kerja tengah panas," ujar Iffah lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain