suria

[V] Aksi budak lelaki hayun tukul, ‘bertukang’ rosakkan kemudahan taman permainan buat bapa bimbang nak bawa anak

Seorang kanak-kanak lelaki membawa tukul dan mengetuk kemudahan di taman permainan.

TAMAN permainan sepatutnya menjadi tempat yang selamat dan seronok untuk kanak-kanak bermain.

Namun, lain pula suasana di sebuah taman permainan apabila ada bahaya menanti kanak-kanak.

Lagaknya seperti samseng, seorang budak lelaki dirakam mengetuk kuat jongkang-jongket di situ menggunakan tukul seperti sedang 'bertukang'.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak yang hanya berkaki ayam itu dilihat berulang kali mengetuk salah satu kemudahan permainan tersebut.

"Kawan pukul," kedengaran suara seorang kanak-kanak perempuan yang menyaksikan perbuatan budak lelaki berkenaan.

Jika tersilap langkah atau sedikit cuai, tukul yang dijadikan sebagai 'permainan' itu bukan sahaja membahayakan nyawanya, malah boleh mencederakan orang lain terutama kanak-kanak.

Menerusi video berdurasi 44 saat itu, kanak-kanak perempuan berkenaan hanya tercegat berdiri kerana takut menyaksikan aksi tersebut.

budak main tukul 2

Anak kepada seorang bapa takut menyaksikan aksi tersebut.

Aksi budak lelaki tersebut ternyata mengejutkan bapa kepada kanak-kanak perempuan itu yang lantas membuat rakaman di taman permainan.

"Ketuk tu tak rosak ke?" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas pipi anak usia 2 tahun tertusuk berus gigi, ingatkan trauma tapi menangis sebab lapar... ibu tak sangka dapat 'request' sebelum masuk OT

ARTIKEL BERKAITAN: Keriangan bertukar tragedi, dahi anak terbelah dihempap besi rosak di taman permainan- "Mama akan lawan kes ini"

Kanak-kanak lelaki itu hanya memandangnya tanpa menjawab persoalannya.

Tanpa rasa takut, budak tersebut meneruskan aksi menukulnya dan kali ini dilakukan pada permainan buaian, dari tiang besi hingga penyangkutnya dan tempat duduk.

Kanak-kanak lelaki itu kemudian bermain sendiri dengan berpusing di hadapan buaian sambil memegang tukul.

budak main tukul 3

Selain jongkang-jongket, kanak-kanak ini mengetuk pula buaian menggunakan tukul.

Mujur tiada kanak-kanak lain yang berada di tapak buaian ketika itu, dan anak lelaki berkenaan tidak mengalami kecederaan.

"Anak saya takut main di taman permainan sebab ada aksi macam ni," kata bapa berkenaan.

Aksi macam ni tak patut ditiru oleh budak-budak.

BAPA

Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi taman permainan dan bila rakaman dibuat.

Rakaman itu turut menunjukkan kanak-kanak lelaki yang membawa tukul itu bersendirian dan tidak diawasi oleh orang dewasa.

"Apa perlu buat untuk budak yang buat macam ni? Aksi macam ni tak patut ditiru oleh budak-budak," jelasnya menurut keterangan video.

Selain aktiviti keganasan, aksi kanak-kanak lelaki itu juga memperlihatkan tindakan vandalisme kerana merosakkan harta benda awam.

budak main tukul 4

Selain mengetuk, kanak-kanak ini bermain berpusing sambil memegang tukul.

Malah, timbul tanda tanya bagaimana kanak-kanak berkenaan boleh bersendirian di taman permainan tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga, serta membawa peralatan yang membahayakan.

"Persoalannya mana dia dapat tukul tu pun tak tahu," katanya lagi.

Video yang dimuat naik di laman TikTok itu bagaimanapun telah dipadamkan.

Pada masa sama, tidak dinyatakan apakah tindakan lelaki berkenaan terhadap kanak-kanak yang bermain dengan tukul.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain