suria

[V] Terdiam tahan sakit! Wanita tanggung derita jari kaki dihempap kotak, selang seminggu tersadung pula... Dua kali buat pembedahan

Kuku kedua ibu jari kaki Zeity terpaksa dibedah kerana tercedera.

GARA-GARA kuku, wanita ini terpaksa dimasukkan ke dewan pembedahan sebanyak dua kali!

Mungkin secara luarannya kecederaan pada kuku ibu jari kaki wanita ini kelihatan biasa-biasa, namun 'bisa' kesakitan yang dirasai mampu membuatkan tuan punya badan tidak lena tidur dan fobia!

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, wanita tersebut berkongsi gambar-gambar dia di hospital beserta kedua-dua ibu jari kakinya berjahit.

Ia sekali gus menimbulkan pertanyaan ramai mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Zeity, dia terpaksa menjalani pembedahan ekoran kedua-dua kuku ibu jarinya cedera akibat ditimpa kemalangan kecil.

"Pada asalnya, kuku ibu jari kaki ada masalah sikit, terutama yang sebelah kiri, ia macam tak boleh tumbuh panjang. Saya jenis tak nak pergi hospital sebab tak sakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Pressure cooker tiba-tiba meletup, seperiuk sup ‘simbah’ badan! Wanita menggigil sejuk, 3 kali mandi sebelum dibedah

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Oktober! Wanita terpelanting selepas tayar trak meletup ketika pam, sangka muka dah terbelah... “Kebas, macam terseret atas jalan

"Nak dijadikan cerita, ketika saya bantu mengemas di rumah abang sebab dia nak pindah, storage box yang sarat berisi buku terhempas atas kaki. Mungkin masa saya angkat, penutupnya tak tutup kemas.

"Memang terdiam menahan sakit bila kotak tu terhempas kena kaki. Benda berat pula tu. Pada mulanya dua-dua ibu jari kaki bengkak, tapi sebelah kiri ada luka sikit.

kuku 2

Keadaan kuku Zeity selepas dibedah.

"Berdenyut-denyut sakitnya. Bila beritahu suami, terus dia ajak ke hospital malam hari yang sama. Saya terus kena admit, dan menjalani pembedahan pada keesokan hari. Semalaman menahan sakit dan makan ubat tahan sakit sebelum dibius untuk dibedah," ujar wanita berusia 33 tahun ini.

Zeity berkata, selesai menjalani pembedahan, doktor memaklumkan kukunya tercedera dan perlu dibuang sedikit.

Selama lima hari dirawat, dia akhirnya dibenarkan pulang ke rumah.

"Balik rumah, saya terpaksa jalan bertongkat sebab tak boleh imbang badan kerana masih sakit.

kuku 1

Zeity terpaksa menggunakan tongkat selepas menjalani pembedahan.

"Baru saja luka nak sembuh, belum pun dua minggu, tiba-tiba saya tersadung pula dekat rumah. Sekali ganda rasa sakitnya.

"Kebetulan esoknya ada appointment untuk cuci luka, bila dah jadi macam ini, doktor risau benang jahitan terbuka tambahan kesakitan berdenyut-denyut.

"Sekali lagi saya masuk dewan pembedahan... namun mujurlah luka sikit saja," ujarnya sambil menambah dia dirawat selama tiga hari lagi di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Memang fobia rasanya... saya dah pernah masuk hospital sebelum ini, namun kejadian kali ini memang sangat sakit rasanya.

ZEITY

Tambah Zeity, hampir tiga minggu insiden ngeri tersebut berlalu, keadaan kuku serta ibu jari kakinya semakin pulih namun dia masih perlu menghadiri temujanji rawatan susulan untuk mencuci luka.

"Doktor beritahu kecederaan ini ambil masa lebih kurang dua bulan untuk sembuh sepenuhnya... namun kena hati-hati apabila bergerak. Doktor juga nasihatkan supaya banyakkan brisk walk.

"Memang fobia rasanya... saya dah pernah masuk hospital sebelum ini, namun kejadian kali ini memang sangat sakit rasanya. Saya lebih hati-hati takut tersadung lagi," ujarnya yang menjalankan perniagaan hijab dan lilin secara dalam talian (online) sejak 2018.

kuku 4

Zeity bersama suami, Abdul Halim Kailani Muntaha.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Zeity berkata dia sekadar berkongsi pengalaman tersebut untuk tatapan pengikutnya di laman sosial.

"Saya selalu kongsi aktiviti, bisnes dan pengalaman di media sosial. Tak sangka video ini mengundang perhatian netizen. Ramai yang kongsi pengalaman alami masalah dekat kuku, tapi berbeza-beza kes. Ada yang sebab cagu, kuku tercabut dan lain-lain.

"Dalam masa yang sama, saya nak nasihatkan juga agar hati-hati kalau angkat barang berat. Pastikan penutupnya bertutup rapat, jangan main angkat saja takut jadi macam kes saya.

kuku 3

Zeity menjalankan perniagaan dalam talian.

"Kalau cedera, jangan berlengah... terus dapatkan rawatan terutama yang ada medical card. Suami saya yang juga ejen medical card, Abdul Halim Kailani Muntaha, 33, yang bersungguh-sungguh mahu saya dirawat, bimbang kecederaan itu beri kesan buruk untuk jangka panjang.

"Tak lupa kepada pakar ortopedik, Putra Specialist Hospital Batu Pahat, Dr Muhammad Zaid Ahmad yang beri rawatan terbaik dan mengambil berat walaupun kes saya biasa-biasa," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain