suria

[V] Hampir 12 tahun tinggal di Makkah, wanita jelaskan kenapa air zam-zam tak payau macam dulu... bukan juga keluar dari paip rumah!

Masnira berkongsi kisah mengenai air zam zam. foto IG Masnira Ramli

BAGI jemaah yang menunaikan ibadah umrah atau haji di Tanah Suci, 'buah tangan' wajib yang dibawa pulang ke Malaysia sudah tentunya air zam-zam.

Air zam zam merupakan penghulu bagi segala air dan sebaik-baik air di atas muka bumi ini.

Tidak pernah putus-putus mengalir, jemaah dapat menikmati air zam zam secara percuma pada bila-bila masa kerana ia ditempatkan di segenap pelosok dan ruang di dalam Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

masnira kaabah

Masnira bersama suami dan tiga anaknya di Masjidilharam.

Pasti ramai yang berbisik di dalam hati, bertuahnya rakyat dan penduduk yang tinggal di Tanah Suci kerana boleh menikmati air zam-zam tanpa had.

Mungkin juga ada yang beranggapan, mereka mengambil air zam-zam di masjid seperti yang dilakukan oleh jemaah haji dan umrah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selama ini teguk apa? Ramai tertipu beli air zam zam palsu di laman e-dagang... Baru tahu hanya jemaah haji dan umrah boleh bawa balik

ARTIKEL BERKAITAN: Kaabah, Hajarul Aswad, air zam-zam.... kali ini semuanya berbeza! Jururawat Malaysia ‘insan terpilih’, antara terawal buat umrah norma baharu

Namun begitu, menerusi perkongsian di TikTok, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Makkah berkongsi cara bagaimana rakyat dan penduduk di negara tersebut mendapatkan air zam-zam.

Menurut Masnira Ramli yang sudah hampir 12 tahun menetap di Makkah, bagi semua kegunaan peribadi, mereka yang menetap di negara berkenaan perlu membeli air zam-zam di kilang yang terletak di Kudai, Makkah.

Dalam video berdurasi 2.30 minit itu, Masnira berkongsi beberapa langkah untuk membuat pembelian air zam-zam secara layan diri (self service).

masnira 4

Masnira berkongsi langkah-langkah pembelian air zam zam di kilang.

"Mula-mula masukkan nombor pengenalan diri (ID) kerana hanya mereka yang menetap di Makkah dan rakyat Arab Saudi sahaja yang boleh membeli air zam-zam dekat sini.

"Apabila sudah memasukkan nombor ID, pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Selepas membuat pembayaran, bawa resit pembayaran ke tempat pengambilan air zam-zam.

"Kemudian ambil troli terlebih dahulu sebab bilangan botol air zam-zam mengikut isi rumah. Apabila dah scan resit, air zam-zam akan keluar dari tempat khas. Canggih dan mudah, kan?," kongsinya.

masnira 2

Air zam zam boleh dinikmati secara percuma di Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Tambah Masnira yang juga seorang penulis buku, suaminya telah mendaftarkan lima orang isi rumah, justeru untuk sekali pembelian, mereka boleh membeli sebanyak 20 botol air zam-zam.

Dalam video yang sama, Masnira turut menjawab soalan yang dilontarkan netizen mengenai rasa air zam zam ketika ini yang dikatakan berlainan berbanding dahulu.

"Kalau ingat masa dulu, mak atau nenek pergi umrah, bila mereka suruh minum air zam-zam, kita tak nak sebab rasanya tak sedap. Rasanya payau macam minum air yang direct dari telaga.

"Sebenarnya, air zam zam sekarang telah disuling terlebih dahulu dan ditapis di kilang khas yang ada dekat Masjidilharam.

Selama ini saya ingat orang yang duduk di Makkah, paip rumah mereka keluar air zam-zam. Salah sangkaan saya.

NETIZEN

"Kemudian dibahagi kepada tiga bahagian iaitu pertama untuk kegunaan jemaah di Masjidilharam; kedua dipam terus ke kilang di Kudai dan dibotolkan untuk kegunaan rakyat tempatan serta yang menetap di Arab Saudi; ketiga ia dipam terus ke dalam lori untuk dibawa ke Madinah.

"Jangan minta saya belikan dan pos, sebab tak boleh... salah di sisi undang-undang untuk jual air zam-zam atau pos ke negara lain," terangnya.

Sehingga kini, video berkenaan meraih sehingga melebihi 960,000 jumlah tontonan selain dibanjiri ribuan komen netizen.

masnira 3

Masnira dan keluarganya sudah hampir 12 tahun menetap di Makkah.

"Baru tahu! Patutlah baru-baru ni masa buat umrah, minum air zam-zam tak payau macam dulu.

"Selama ini saya ingat orang yang duduk di Makkah, paip rumah mereka keluar air zam-zam. Salah sangkaan saya.

"Rindunya bila tengok video ni. Banyakkan berkongsi video di Tanah Suci ya," demikian antara komen netizen.

Selain cara pembelian air zam-zam, Masnira juga tidak lokek membuat perkongsian di laman sosialnya mengenai pengalaman menetap di Makkah dan pelbagai tip bermanfaat, khususnya buat mereka yang mahu menziarahi Tanah Suci.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain