suria

Merungut peniaga jual Milo O harga RM2, siap suruh orang melancong ke Thailand... netizen cop pelanggan ‘baru keluar gua’

Seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa minumannya mahal.

KETIKA ini kebanyakan harga barangan termasuk keperluan dapur harian mencatatkan peningkatan.

Ini sekali gus memberi kesan kepada isi rumah khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan B40.

Dalam situasi ini, golongan peniaga juga tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menaikkan sedikit harga jualan mereka bagi menampung kos modal yang dikeluarkan.

Bagaimanapun ada juga sesetengah peniaga yang masih mengekalkan harga lama kerana tidak mahu pelanggan mereka 'lari' meskipun untung yang diperoleh tidak seberapa.

Walaupun begitu, ada juga pelanggan yang tetap tidak berpuas hati dan menyifatkan peniaga cekik darah, sebagaimana perkongsian satu video di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Talam keladi RM10 mahal? Peniaga akur hadap KPDNHEP, ada pelanggan tak fikir kos... mengadu kuih jualannya ‘cekik darah’

ARTIKEL BERKAITAN: Kuah banjir dalam nasi kena caj 50 sen, pelanggan tak puas hati! Peniaga warung kata masak guna santan, bukan air kosong

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok pawi_86, seorang pelanggan merungut dan meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa harga minuman yang dibelinya agak mahal.

"Dunia sekarang semakin kejam. Milo O bungkus pun dah cecah RM2 sebungkus. Milo Peng (ais) bungkus pula dah cecah RM3.50 sebungkus.

HARGA BARANG

Kebanyakan harga barangan mencatatkan peningkatan ketika ini. Gambar hiasan

"Pergi Makkah balik hari!" luahnya dalam nada berbaur marah pada perkongsian video berkenaan.

Pelanggan tersebut menunjukkan minuman yang dibelinya iaitu air Milo O yang dibungkus dari sebuah restoran.

"Dah la sekarang jarang kedai tulis harga-harga makanan, harga pun dah ala-ala taraf Yahudi.

Mahal ke RM3.50? Bagi saya biasa saja tu. Ada lagi ke kedai jual air Milo RM1?

NETIZEN

"Memang patut kalau nak melancong, elok ke Thailand. Jangan ke Langkawi, apa lagi ke Terengganu," tulisnya.

Bagaimanapun pelanggan tersebut tidak menyatakan dengan jelas lokasi restoran yang dimaksudkannya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan pelanggan tersebut malah menyifatkan harga yang dikenakan terhadap minuman yang dibelinya adalah cukup berpatutan.

KOMEN MILO

Perkongsian pelanggan berkenaan mengundang kecaman netizen.

"Habis tu takkan RM1 pula?

"Baru keluar gua ke? Tak pernah beli serbuk Milo ke?

"Mahal ke RM3.50? Bagi saya biasa saja tu. Ada lagi ke kedai jual air Milo RM1? Kalau ada beritahu saya, nanti nak pergi minum," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain