suria

Gen Z mengadu mak ayah sibuk main telefon, tak fokus anak-anak nak luah perasaan... Siap ‘mengumpat’ malukan zuriat sendiri!

Antara luahan generasi Z selepas diajukan tentang perasaan mereka.

ACAP kali kita mendengar keluhan ibu bapa tentang masalah ketagihan gajet termasuk penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak.

Malah ia dikatakan semakin membimbangkan berikutan terdapat beberapa kes keganasan berlaku seperti kejadian sekitar tahun 2020 di Jelebu, Negeri Sembilan yang mana seorang anak sanggup menikam bapanya selepas ditegur bermain telefon bimbit.

Bagaimanapun, perkongsian seorang pelayar Facebook yang dikenali sebagai Nasiha Ismail baru-baru ini membuatkan masyarakat khususnya ibu bapa terkejut dengan luahan golongan anak-anak.

"Sebelum lelap mata, scroll TikTok... naik kat FYP, seorang wanita bertanya pendapat kepada anak-anak generasi Z kerana nak tahu isi hati mereka sebab dia pun ada anak.

Persoalan yang diajukan seorang wanita kerana ingin mengetahui fikiran anak remaja.

Persoalan yang diajukan seorang wanita kerana ingin mengetahui fikiran anak remaja.

"Soalannya 'apa yang melukakan hati sebagai anak'. Melihatkan komen... terus rasa sentap, sedih semua ada," katanya menerusi posting Facebook.

Kata Nasiha dia terkejut apabila rata-rata yang meninggalkan komen memberitahu mereka diabaikan ibu bapa yang leka bermain telefon bimbit.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi sambil mengasuh bayi, budak 3 tahun sempat tukar lirik sindir ibu kerap main phone

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tiba-tiba juling, ada masa bola mata hitam ‘hilang’! Ibu menyesal beri si kecil main phone demi mudahkan kerja

Lebih menyedihkan apabila kebanyakan luahan tersebut dilakukan sendiri oleh golongan remaja yang melalui fasa kesukaran bersama keluarga.

"Apabila nak bercerita dengan mak, tapi mak main telefon.

"Sakit sangat kak. Perit didewasakan oleh keadaan, terpaksa tersenyum.

Posting asal yang dibuat oleh Nasiha berdasarkan perkongsian di TikTok.

Posting asal yang dibuat oleh Nasiha berdasarkan perkongsian di TikTok.

"Mak ayah tak pernah minta maaf apabila perkara tu jelas-jelas salah mereka.

"Unappreciated, unheard and unsupported," demikian antara luahan dalam tangkap laya yang dimuat naik Nasiha.

Selain itu, ada juga yang meluahkan kekecewaan mendakwa ibu bapa mereka gemar 'mengumpat' atau menceritakan keburukan anak-anak dan sering membandingkannya dengan saudara mara yang lain mahupun anak jiran tetangga.

Dah memang hidup anak memberontak, buat la apa pun semua depa rasa betul.

NETIZEN

"Jangan cakap yang buruk-buruk tentang anak dekat kawan, jiran, sepupu atau makcik bawang.

"Telling all my embarassing stuff to my aunties to downgrade me.

Telefon dikatakan menjadi punca komunukasi antara ahli keluarga tidak dapat dilakukan. - Gambar hiasan

Telefon dikatakan menjadi punca komunukasi antara ahli keluarga tidak dapat dilakukan. - Gambar hiasan

"Membandingkan masalah yang anak lalui dengan masalah yang parents lalui," ujar beberapa remaja lagi.

Dalam pada itu, ada juga yang menyatakan bahawa diri mereka dikongkong dan ibu bapa tidak pernah memberi penjelasan jika sesuatu perkara tidak boleh dilakukan.

Terdahulu, posting yang dibuat Nasiha di Facebook miliknya menjadi tular sehingga dikongsikan lebih 25,000 pelayar.

Rata-ratanya menzahirkan kebimbangan jika mereka secara tidak sedar melakukan perbuatan yang boleh melukakan hati anak-anak.

"Sedih dan risau kalau suatu masa nanti kita terbuat yang sama... dan anak fikir (perkara) yang sama.

"Budak-budak selalu mengadu macam ni terutama sekali apabila mereka dapat keputusan kurang daripada sepupu atau anak-anak jiran.

Rata-ratanyanya menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan ibu bapa masing-masing

Rata-ratanyanya menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan ibu bapa masing-masing.

"Kita pun sedih kalau orang bercakap dengan kita tak bersungguh-sungguh... budak pun sama," ujar beberapa netizen.

Bagaimanapun terdapat warganet yang menyatakan luahan negatif tersebut disebabkan golongan remaja sedang melalui fasa 'memberontak'.

"Tanya anak memanglah penuh 'wall' sis tu dengan ayat dan luahan negatif. Dah memang hidup anak memberontak, buat la apa pun semua depa (mereka) rasa betul.

"Pokok pangkal tugas anak-anak hormat, taat pada agama dan ibu bapa serta mengaji (belajar) bagi pandai.

"Susah juga nak cakap. Dulu kita kecil-kecil dimarah terima saja, jarang nak salahkan mak ayah sebab tahu apa yang mereka buat demi kebaikan kita... sekarang tak sama," jelas beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain