suria

OMG! Sedang asyik mandi tiba-tiba sedar ada lubang tepi dinding tandas awam lelaki Pantai Morib... “Bayar RM1 jadi tontonan gay boy!”

Lubang kecil yang dikesan pada dinding bilik mandi di tandas awam, didakwa di Pantai Morib.

BUKAN sahaja wanita, malah ketika ini golongan lelaki juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran golongan gila seks.

Sebelum ini kita biasa mendengar perkongsian kisah di mana wanita sering menjadi mangsa 'kaki intai' atau 'kaki skodeng' di tandas awam.

Namun terbaharu, seorang lelaki berkongsi kisah 'ngeri' apabila di hampir menjadi salah seorang mangsa individu yang gila seks.

Menerusi perkongsian di laman sosial, lelaki yang tidak mendedahkan identiti diri itu berkata, kejadian tersebut hampir berlaku baru-baru ini ketika dia beriadah di Pantai Morib, Banting, Selangor.

"Kejadian berlaku pagi tadi selepas aku mandi-manda dekat Pantai Morib, aku pun nak pergi mandi dekat tandas awam baru yang warna kuning. Kali pertama aku guna tandas tu.

posting tandas

Posting yang dikongsikan oleh seorang lelaki di media sosial.

"Lepas bayar RM1 aku pun masuk ke bilik mandi. Sedang mandi aku ternampak dinding kiri dan kanan aku ni macam terkopek. Dalam hati berkata, takkan la tandas baru buat dah terkopek catnya," tulisnya dalam perkongsian di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Menakutkan dengar wanita jerit minta tolong dalam rakaman CCTV! Dua lelaki berkeliaran dalam rumah, ada yang intai dari luar pintu

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu takut diganggu lelaki gila seks di stesen MRT, wanita gambarkan situasi ‘lebih rela diri kena gilis tren’

Menurut lelaki berkenaan, disebabkan rasa curiga, dia mengambil keputusan untuk meneliti kesan cat terkopek pada dinding dengan lebih dekat.

Namun alangkah terkejutnya lelaki ini apabila melihat lubang kecil pada dinding tandas yang digunakannya seperti sengaja digerudi, bukan terkopek.

"Terkejutnya aku apabila aku ternampak lubang seperti telah di drill (gerudi) dekat situ, kiri dan kanan pula tu. Selepas diamati, aku try berdiri keadaan betul-betul macam mandi.

"Memang sah! Lubang yang dibuat tu betul-betul dia buat 'port' baik punya untuk mengintai," kongsinya.

Memang confirm ada 'lubang baik' dia buat... betul-betul shoot ke arah alat sulit lelaki.

MANGSA

Selesai mandi dan mengenakan pakaian, lelaki tersebut tergerak hati untuk memeriksa bilik mandi dan tandas yang lain jika terdapat lubang kecil yang sama.

"Memang confirm ada 'lubang baik' dia buat. Betul-betul shoot ke arah alat sulit lelaki. Oh my God, selama ni orang tak perasan ke ada lubang mengintai dekat situ?

"Puaslah selama ni masing-masing punya kemaluan jadi tontonan percuma. Entah-entah siap dirakam. Adoi, ada pula gay yang sempat buat kerja ni ye.

"Ini baru tandas lelaki, entah-entah tandas perempuan pun sama! Korang fikir tak? Korang bayar RM0.50 atau RM1.00 untuk mandi, tapi jadi tontonan si gay boy," kongsinya lagi.

Lelaki tersebut turut meluahkan rasa hairan kerana perkara tersebut seolah-olah tidak mendapat perhatian pihak yang berkenaan kerana lubang berkenaan tidak dibaiki lebih-lebih lagi ia fasiliti baru.

morib baru

Kejadian didakwa berlaku di Pantai Morib. Gambar hiasan

"Penjaga tandas takkan tak perasan orang buat kerja tu? Ataupun korang (penjaga tandas) pun bersubahat" Dekat sini suspek yang boleh disyaki ada tiga saja.

"Sama ada si gay boy, penjaga tandas, ataupun staf Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) yang incharge sendiri dekat situ," tulisnya lagi dalam perkongsian tersebut.

Lelaki itu turut memuat naik beberapa keping gambar dinding tandas dan bilik mandi yang berlubang sebagai bukti agar pihak yang berkaitan mengambil perhatian, selain mahu mengingatkan orang lain agar lebih berwaspada sekiranya menggunakan fasiliti awam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain