suria

Jadi rider sambil gigih jual air botol di stesen minyak, selepas ‘diselidik’ rupanya cari duit lebih nak nikah lagi 3 bulan

Mohd Fadli berkongsi kisah kegigihan seorang penghantar makanan. foto FB Mohd Fadli Salleh

KINI semakin ramai yang melakukan dua atau tiga kerja pada satu masa demi kelangsungan hidup.

Ini termasuklah mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Menerusi satu perkongsian, seorang guru bercerita pengalamannya didekati oleh seorang penghantar makanan ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak.

"Petang semalam, aku berhenti isi minyak kat Shell. Tak sempat turun lagi seorang rider Grab datang mendekati. Bang, nak air tak? Ada empat botol je lagi ni.

"Air apa?. Dia buka beg Grab tu dan tunjuk empat botol air yang beku. Air mangga dan coklat," tulis Mohd Fadli Salleh di Facebook miliknya.

rider jual air 6

Mohd Fadli sebelum ini pernah berkongsi kisah mengenai kegigihan seorang penghantar makanan. -gambar hiasan

Dengan rasa ingin tahu, Mohd Fadli terus bertanya berapa harga sebotol minuman yang dijual pemuda itu.

"RM7 je bang. Kalau ambil tiga, saya bagi RM20 je. Nak habiskan terus dah ni," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan hulur RM100, rider gelabah cari duit baki masa hujan lebat... Tak sangka ada habuan tengah malam! "Rezeki kau dik rajin kerja"

Menurut guru tersebut, dia membeli kesemua baki empat botol air yang dijual oleh pemuda berkenaan.

"Terima kasih bang support saya," ujar penghantar makanan itu lagi.

Perbualan mereka diteruskan, yang mana Mohd Fadli akhirnya mengetahui tentang latar belakang pemuda itu yang menyebabkannya perlu berusaha untuk mencari pendapatan tambahan ketika ini.

"Dik. Kau dah kahwin? Belum bang. Tiga bulan lagi. Itu saya gigih kerja demi menghalalkan si dia.

"Baguslah. Bawa motor elok-elok tu," ujar Mohd Fadli memetik perbualannya bersama pemuda tersebut.

rider jual air 8

Penghantar makanan itu bakal bergelar suami dalam tempoh tiga bulan. -gambar hiasan

Susulan pertemuan itu, Mohd Fadli kagum dengan kegigihan penghantar makanan yang sanggup mencari wang lebih dan menyifatkan bakal isteri adalah wanita bertuah.

"Beruntung perempuan yang dapat laki macam ni. Gigih usaha demi nak menghalalkan kamu. Hari ini mungkin dia cuma rider GrabFood.

"10 tahun lagi tak mustahil dia terkenal dan berjaya kalau lihat pada semangat dan kegigihannya," tambahnya.

Beruntung perempuan yang dapat laki macam ni. Gigih usaha demi nak menghalalkan kamu.

MOHD FADLI SALLEH

Sehubungan itu, Mohd Fadli menasihati orang ramai agar menerima kesusahan yang dialami oleh pasangan masing-masing.

"Bersabarlah saat pasanganmu tengah susah. Selagi mana dia bertanggungjawab, gigih dan usaha, teruslah setia bersama.

"InsyaAllah suatu masa, suatu ketika yang tepat sedikit demi sedikit Allah beri kejayaan dan kemewahan. Terus kental anak muda!" tulis Mohd Fadli di Facebook.

rider jual air 7

Posting Mohd Fadli di Facebook.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji kegigihan ditunjukkan penghantar makanan tersebut walaupun belum bergelar suami.

"Lelaki kalau ada sifat rajin dalam diri, insyaAllah memang senang la bini dia walaupun dia rakyat marhaen biasa-biasa je.

"Lelaki yang rajin macam ni memang spesis rare. Berusaha mencari rezeki halal. Semoga dia bukan kaki game. InsyaAllah terus maju dik.

"Hebat insan ni. Semoga dilimpahkan rezeki dan dipermudah urusan," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain