suria

“Keputusan terbaik saya” - Kamen Rider Kabuto temui cinta sejati, angan-angan sejak darjah 6 jadi realiti

Harizal dan isteri berkahwin pada 26 Mac manakala photoshoot ini diadakan pada 17 Julai. Foto: Fkzpictures.

IMPIAN jadi realiti.

Begitulah kisah pemuda ini yang merealisasikan hasrat merakam potret perkahwinan sambil memakai kostum watak adiwira popular Jepun iaitu Kamen Rider Kabuto.

Menurut Muhammad Harizal Hafeez Hassanal, dia dan isteri Mahirah Sarah Mansor dinikahkan pada 26 Mac lalu, namun photoshoot tersebut baru sahaja diadakan pada 17 Julai ketika majlis bertandang pihak lelaki di sebuah hotel di Seremban, Negeri Sembilan.

harizal2

Harizal meminati watak adiwira itu sejak kecil lagi. Foto: Fkzpictures.

"Kostum itu dipakai ketika sesi outdoor photoshoot, ia merupakan pakaian kedua selepas persalinan songket. Sebenarnya memang dah lama simpan idea tu. Ingat nak buat ketika sanding belah perempuan tapi macam tak larat pula, so tak jadi.

"Lepas tu menyesal sikit sebab tak pakai. Gambar ni masa sanding belah lelaki. Memang dah bawa siap-siap letak kat dalam bilik hotel, pakai tak pakai lain cerita. Lepas outdoor photoshoot songket tu memang dah penat habis dah.

"Terfikir juga larat ke aku pakai ni nanti, dah la susah bernafas dalam helmet tu. Tapi dengan segala tenaga dan semangat yang ada, kuatkan diri tukar ke kostum Kamen Rider juga. Dan ia merupakan keputusan terbaik saya pernah buat," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebenarnya sampai terlupa hari apa” - Lama sangat di rumah, lelaki ini ‘bertukar’ jadi Kamen Rider

ARTIKEL BERKAITAN: Adegan 4 superhero sekat raja sehari meriahkan majlis kahwin, cuaca baik tapi aura pengantin 'tenggelam'! - “Atas pelamin pun penuh tetamu”

Senang disapa Harizal, pengurus projek itu berkata dia membeli kostum berkenaan pada harga sekitar RM6,000 ke RM7,000 pada tahun lalu.

Jelasnya, ia merupakan impian sejak zaman kanak-kanak dan mengambil masa lebih 13 tahun sebelum berkemampuan untuk memilikinya.

"Tujuan beli kostum ni sebab memang minat dengan Kamen Rider Kabuto sejak kecil. Dulu tengok cerita Kamen Rider Kabuto dekat NTV7, dari situ dah pasang niat nak beli kostum Kamen Rider Kabuto.

harizal3

Pasangan ini berkenalan ketika zaman sekolah. Foto: Fkzpictures.

"Tapi harga masa tu memang tak mampu sebab kecil lagi baru darjah enam. 13 tahun tunggu, akhirnya dapat juga kostum Kamen Rider Kabuto pada tahun lepas. Impian yang dibawa dari zaman kanak kanak.

"Sekarang saya ada tiga kostum Kamen Rider, keseluruhan ada dalam 10 kostum dalam simpanan," ujar Harizal yang menetap di ibu negara.

Selain sokongan keluarga, Harizal berkata isterinya juga memahami obsesinya terhadap watak adiwira itu, malah dia tidak menolak kemungkinan anak-anaknya juga akan mewarisi minat yang sama.

Kenal isteri dari zaman sekolah lagi. Tapi lepas sekolah dah lost contact dan berjumpa semula pada 2018 atau 2019 macam tu.

HARIZAL

"Isteri memang tahu saya suka Kamen Rider. Dia memang terima dengan idea saya sebab bila lagi boleh buat photoshoot kahwin kan? Dia banyak bagi semangat masa photoshoot bila saya penat. Waktu photoshoot tu dah petang jadi dah mendung sikit, tak adalah panas terik tapi masih berpeluh juga.

"Keluarga pun dari kecil dah tahu saya minat benda macam ni. Biasanya abang dan adik sayalah yang selalu tolong ambil gambar masa saya pakai kostum Kamen Rider. Anak tu tengoklah nanti macam mana minat mereka. Minat tak boleh dipaksa. Kalau minat, bolehlah turunkan semua harta koleksi saya," ujarnya berseloroh.

Bercerita mengenai perkenalan mereka, Harizal dan isteri, masing-masing berusia 26 tahun merupakan rakan satu sekolah yang pernah terputus hubungan sebelum kembali rapat sekitar tahun 2018.

harizal5

Pasangan sama cantik sama padan ini disatukan sebagai suami isteri pada Mac lalu.

"Kenal isteri dari zaman sekolah lagi. Tapi lepas sekolah dah lost contact dan berjumpa semula pada 2018 atau 2019 macam tu, di situ bermula kisah cinta kita.

"Jumpa balik sebab kami sambung belajar berdekatan. Awal-awal tu macam biasa la reply Instagram Story lepas tu ajak keluar makan. Bercinta selepas jumpa, time zaman sekolah kawan biasa je tak ada apa pun," ujarnya lagi.

Potret unik pasangan itu yang dikongsi ke laman Twitter turut dihujani dengan pujian netizen.

Untuk rekod, Harizal pernah mendapat liputan mStar pada tahun 2020 selepas video dia memperagakan kostum Kamen Rider tular di media sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain