suria

[VIDEO] Geramnya tengok! Tular video wanita rambut pink ‘kerjakan’ budak dengan batang penyapu

Video seorang kanak-kanak dipukul dengan penyapu tular pada Jumaat pagi.

RAKAMAN tular memaparkan seorang kanak-kanak yang didera seorang wanita mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Menerusi video yang dikongsi menerusi TikTok dan Instagram pada Jumaat pagi, wanita itu bertindak memukul kanak-kanak perempuan berkenaan dengan sebatang penyapu.

Wanita itu turut meletakkan batang penyapu ke leher kanak-kanak itu atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

Aksi wanita itu disaksikan oleh seorang lagi wanita yang duduk bersama kanak-kanak berkenaan di meja makan sebuah kediaman.

"Tolong gunakan kuasa viral netizen bantu Aqil. Justice for Alia, shame on you," tulis pemilik akaun The Aqil 7.

Menurut Aqil, dia merupakan pemilik video itu dan kini sedang berada di balai polis untuk tindakan selanjutnya.

"Saya yang rakam video tu sendiri untuk bahan bukti laporan polis. Alhamdulillah polis bagi kerjasama dengan baik untuk pihak Alia.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Bainun paksa Bella makan nasi goreng banyak cili - Saksi

ARTIKEL BERKAITAN: Bella beri ‘mini love’, hadir ke mahkamah

"Saya akan jelaskan lebih lanjut lepas semua reda sebab sekarang saya dekat balai dan masih dalam siasatan.

"Saya harap sokongan anda semua dan doakan untuk kami berjuang demi Alia," ujar Aqil di Instagram Story.

Menerusi komen di posting Instagram, Aqil berkata wanita itu merupakan ibu angkat kepada Alia yang baru sahaja menjaganya dalam tempoh kurang setahun.

dera2

Kesan lebam pada kaki kanak-kanak itu.

Video itu meraih lebih 200,000 tontonan di TikTok dan turut dihujani pelbagai komen netizen di Instagram.

"Kenapa tak ada yang tolong weh. Tak ada ke yang berani selamatkan budak tu?

"Kurang ajarlah perempuan ni. Ingat duit boleh buat segalanya. Tolong la yang ada kuasa ambil tindakan.

"Kau sabar la orang tua, melingkup kat dalam kena balasan nanti," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain