suria

Barang anak selalu hilang, suami isteri buat siasatan! Tak sangka kucing kesayangan yang curi, selama ni tunjuk baik depan tuan

Lola cuba menarik kaki anak patung milik Hanan.

APA sahaja keletah kucing pasti menggembirakan hati malah mampu mengurangkan stres yang ada.

Maka tidak hairanlah apabila haiwan kesayangan nabi itu dijadikan peneman terutama mereka yang tinggal bersendirian.

Turut mempunyai kucing yang sering melakukan aksi pelik, Haslin Jahri mengakui bahawa dia tidak menyangka haiwan kesayangannya itu gemar ‘mencuri’.

Memulakan cerita tentang kucing peliharaannya, ujar wanita berusia 26 tahun itu, pada asalnya dia hanya memelihara seekor kucing yang tiba-tiba datang ke rumahnya.

“Awal Januari lalu, ibu kucing tersebut lahirkan empar ekor anak yang saya namakan sebagai Lola, Lily, Tiger dan Simba.

“Pada usia 7 bulan, kesemua anak kucing tu memang aktif dan gemar bermain... jadi tak sunyi la rumah.

“Tambahan pula, kadang-kadang ibu akan tinggal bersendirian apabila saya ke rumah mentua,” jelasnya.

Berkongsi beberapa pengalaman menarik bersama keempat-empat peliharaan tersebut, ujarnya, apa sahaja barangan anak sulungnya akan hilang jika diletakkan di atas tilam.

“Barang pertama yang hilang adalah puting. Puas dicari, rupanya berada bawah meja di dapur.

Hanan sentiasa ditemani kucing peliharaan ibunya.

Hanan sentiasa ditemani kucing peliharaan ibunya.

“Masa tu tak tahu lagi yang curi dan letakkan di dapur adalah kucing. Lagi pula kesemua kucing tu baik dan suka tidur bersama anak saya, Hanan Asyraf,” ujar Haslin ketika dihubungi mStar.

Selepas beberapa kali menjumpai barang Hanan di dapur, Haslin dan suaminya memulakan ‘siasatan’.

Kedua-dua mereka terkejut apabila mengetahui, perbuatan tersebut dilakukan oleh kucing yang dinamakan Lola dan Lily.

“Kami berdua mengetahuinya selepas tengok salah seekor daripada kucing berdiri tegak berhampiran Hanan, selalunya mereka akan terus tidur tapi kali ini berdiri tegak sambil memandang puting Hanan.

“Lola dan Lily selalu ambil barang Hanan. Paling kelakar adalah Lola tersalah gigit barang yang dia nak ambil tu seperti dalam video yang saya kongsikan.

Haslin bersama suami dan anaknya.

Haslin bersama suami dan anaknya.

“Dia nak ambil anak patung, tapi tergigit selimut Hanan... jadi dia lepaskan balik dan cuba gigit kaki patung untuk dibawa lari.

“Tapi suami saya sempat halang dan menyebabkan Lola berdiri kaku sebelah Hanan sambil memandang suami saya,” ceritanya.

Menurut pereka dalaman di Senawang, Negeri Sembilan itu lagi, kesemua anak kucingnya akan berkumpul di dapur jika salah seekor daripadanya berjaya mencuri barang milik Hanan.

“Antara yang selalu dibawa lari adalah lampin pakai buang, selimut, puting atau apa sahaja yang diletakkan bersama Hanan.

“Mereka ambil dan bawa ke dapur sebab nak main saja... bila dah puas main, barang-barang Hanan dibiarkan begitu sahaja.

Masa tu tak tahu lagi yang curi dan letakkan di dapur adalah kucing. Lagi pula kesemua kucing tu baik dan suka tidur bersama anak saya.

HASLIN

“Pernah suatu hari, saya ambil barang Hanan semasa kucing-kucing tengah bermain... mereka akan datang semula ke Hanan untuk mengambilnya.

“Jadi selepas dari itu, saya biarkan kucing bermain sampai puas. Kemudian baru kutip dan basuh untuk digunakan semula,” luahnya yang turut pelik dengan kelakuan anak-anak kucing tersebut berikutan kesemua mereka sudah mempunyai barang permainan sendiri.

Bercerita lanjut, ujar anak sulung daripada tiga beradik itu lagi, suaminya pernah menyatakan bahawa Hanan digemari kucing sama ada yang dipelihara di rumah mahupun kucing jalanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah tak bawa ‘ahli keluarga’ beraya di kampung, wanita terpaksa hadap rumah macam crime scene... lantai tiba-tiba ada corak

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing huni banglo mewah 2 tingkat, ramai minta buat ‘house tour’! Pemilik rancang buat renovation lagi selepas berhabis puluhan ribu ringgit

Ia berikutan kucing yang diberi makan di pejabatnya sentiasa berbeza setiap hari semenjak dia disahkan hamil.

“Di pejabat memang ada dua ekor kucing yang sentiasa diberi makan, dari kecil sampai dah besar.

Tiger gemar menemani Hanan tidur di ruang tamu.

Tiger gemar menemani Hanan tidur di ruang tamu.

“Kucing-kucing ni suka peluk, cium dan urut perut saya semasa tengah mengandungkan Hanan.

“Kalau kucing jalanan pula, memang setiap hari akan ada yang datang makan dan setiap hari juga kucing yang berbeza-beza maksudnya yang datang semalam... tak akan datang hari ni.

“Tapi masa tu saya tak rasa apa-apa yang pelik. Cuma maklumkan pada suami yang ada kucing lain pula datang makan... sebab itu suami cakap kucing suka pada Hanan,” katanya.

Malah katanya, kucing peliharaan di rumah juga suka berada bersama anaknya dan akan mencium kepala Hanan setiap hari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain