suria

Padah tak bawa ‘ahli keluarga’ beraya di kampung, wanita terpaksa hadap rumah macam crime scene... lantai tiba-tiba ada corak

Suria dan keluarga terkejut melihat keadaan rumah.

MACAM crime scene!

Demikian gambaran yang diberikan oleh sebuah keluarga selepas melihat rumah yang ditinggalkan selama beberapa hari dipenuhi kesan 'darah'.

Malah keadaan dapur yang bersepah dengan beberapa perkakas plastik membuatkan kawasan tersebut kelihatan seperti lokasi pembunuhan, semuanya gara-gara si bulus.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing kerumun depan CCTV, pantang dengar suara tuan memanggil... Pencinta si bulus bagi idea sebelum balik raya

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik jangan lupa, kucing pun nak pakai baju raya!

Bercerita kepada mStar, Suria Fatin Sidek berkata, sebelum pulang ke kampung di Kuantan, Pahang, dia sudah menyediakan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi untuk empat kucing peliharaannya.

Namun tanpa disangka-sangka, keadaan rumah menjadi bersepah dan dipenuhi kesan pewarna makanan gara-gara kenakalan kucing yang dipanggil Abu.

Mengakui amat terkejut melihat keadaan rumah seperti itu, Suria Fatin berkata dia baru pertama kali meninggalkan kucingnya bersendirian dalam tempoh lama ekoran kesuntukan masa.

"Kita pun kelam kabut nak uruskan diri masing-masing dan persiapan menyambut 1 Syawal selepas pengumuman mengenai raya secara mengejut.

"Tempat boarding kucing pun banyak yang penuh, jadi memang decide tinggalkan mereka semua di rumah saja.

Keluarga Abu.

Keluarga Abu.

"Lagipun hanya tiga hari beraya di kampung. Sebelum ni hanya tinggalkan tak lebih satu malam, mungkin sebab excited sikit mereka jadi macam tu.

"Kalau tinggalkan pun, selalunya ada seseorang yang menjaga mereka. Tapi sebab raya, semua balik kampung dan terpaksa minta tolong jiran untuk tengokkan," katanya ketika dihubungi.

Walaupun kepenatan belum hilang selepas baru tiba dari kampung, wanita itu terpaksa membersihkan rumah serta memandikan Abu bersama anak-anaknya.

"Perjalanan dari Kuantan ke Putrajaya kira-kira tiga jam. Memang rasa letih tapi kena mandikan Abu and the gang selepas itu bersihkan lantai yang dipenuhi pewarna makanan.

"Hanya kesan pewarna pada kaki Abu dan lain-lain masih ada dan tidak dapat dihilangkan," ujarnya yang berusia 30 tahun.

Suria tabah membersihkan kekotoran disebabkan Abu and the gang,

Suria tabah membersihkan kekotoran disebabkan Abu and the gang.

Suria Fatin yang merupakan pengurus media sosial berkata, Abu merupakan kucing berusia enam bulan yang baru dipelihara keluarganya.

"Mula bela daripada ibu Abu yang diambil kira-kira setahun lalu, daripada kenalan keluarga saya.

"Abu dan dua adik 'dia' merupakan kucing domestik yang dikacukkan dengan baka British Short Hair. Keluarga bela sebab kucing yang dipelihara sebelum ini mati kerana sudah tua," katanya.

Tambah wanita itu, dia dan keluarganya begitu menyayangi kucing, sekali gus membela haiwan itu di rumah sejak kecil.

Walaupun mereka 'nakal' dan ada macam-macam perangai, tapi kalau seekor pun tiada, rumah terasa sunyi pula.

SURIA FATIN

"Kebanyakannya dikutip atau diambil daripada kenalan. Keluarga saya tidak pernah membeli kucing.

"Kadang-kadang, ada kucing datang ke rumah minta makan, mak terus ambil bela dan jaga. Walaupun mereka 'nakal' dan ada macam-macam perangai, tapi kalau seekor pun tiada, rumah terasa sunyi pula.

"Memang kucing sudah dianggap sebagai ahli keluarga di rumah ini, maka tak boleh kalau mereka tiada," kata Suria Fatin.

Video yang dikongsikan di aplikasi TikTok meraih lebih lebih 825,000 tontonan dan turut mendapat kira-kira 86,000 tanda suka.

Suria dan keluarganya pada Hari Raya Aidilfitri 2022.

Suria dan keluarganya pada Hari Raya Aidilfitri 2022.

Rata-rata netizen meninggalkan komen lucu.

"Kami nak bukti yang Abu and the gang masih hidup selepas video ini.

"Mereka tolong buat corak pada lantai.

"Hargailah seni mereka tu.

"Raya sakan! Hijau, biru, kuning semua dia cop sama rata.

"Protes tu! Abu and the gang nak ikut balik kampung... kutip duit raya," ujar beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain