suria

Wartawan rasa terpukul, tak sedar buat liputan kes 5 beranak maut kemalangan rupanya rakan sendiri! Arwah pernah minta ‘masuk paper’

Muhammad Rosli bersama isteri dan tiga anaknya terkorban selepas kereta mereka bertembung dengan treler di Kilometer 36 Jalan Kuantan-Segamat, pada 28 Jun lalu. Foto: JBPM Pahang/Facebook

KISAH tragis mengenai lima beranak yang maut dalam satu kemalangan membabitkan kereta dan treler, dua hari lalu, nyata mengundang sebak rata-rata rakyat negara ini.

Dalam kejadian pada petang 28 Jun itu, Muhammad Rosli Ibrahim, 33, bersama isteri, Nor Afikah Abdullah Sani, 35, dan tiga anak, Nur Safwa Irdina, 7, Nur Sofea Rajda, 6, dan Muhammad Rizqi yang berusia setahun enam bulan, terkorban selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 36 Jalan Kuantan-Segamat, Gambang, Pahang.

Membaca berita-berita yang memaparkan temuramah bersama ahli keluarga si mati, membuatkan rata-ratanya mengalirkan mata seolah-olah turut sama merasai keperitan kehilangan insan tersayang.

wartawan 2

Keadaan kereta yang dinaiki lima sekeluarga remuk teruk.

Selain ahli keluarga, seorang wartawan yang membuat liputan mengenai kisah tragis lima beranak tersebut turut terkesan lebih-lebih lagi dirinya mengenali Allahyarham Muhammad Rosli.

Berkongsi coretan luahan rasa sedih di Facebook, Wat Kamal Abas berkata dia benar-benar rasa 'terpukul' kerana sama sekali tidak menyedari tugasan yang diamanahkan kepadanya membabitkan kenalannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahat, sempat video call sebelum nahas - “Ibu kelihatan gembira”

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang 5 ahli keluarga sejak usia 4 tahun, pemuda hanya sedar erti kehilangan ketika masuk sekolah - “Nenek tunjuk keratan akhbar tragedi”

Pada mulanya, wartawan berkenaan memuat naik satu hantaran di Facebook memaklumkan dia ditugaskan membuat liputan berhubung kes kematian membabitkan lima beranak yang terbabit dalam kemalangan.

"Tugasan malam ini (28 Jun) ke Taman Berkat bagi menyelusuri story lima sekeluarga maut setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di KM36 Jalan Kuantan-Segamat membabitkan kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler.

"Sampai di destinasi, mendapat info jenazah akan dibawa balik ke Kampung Labu Kubong, Lubuk Merbau Kuala Kangsar," tulisnya.

wartawan 1

Sebahagian perkongsian yang ditulis oleh Wat Kamal Abas.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, wartawan tersebut memuat naik satu hantaran terbaharu dan meluahkan rasa sedih bercampur terkilan kerana 'terlambat' menyedari tugasannya itu membabitkan arwah Muhammad Rosli.

"Innalillahi Wainna Ilahirajiun. Maafkan aku kawan kerana gagal menjadi seorang kawan yang peka dengan keadaan hinggakan pemergian engkau semalam seolah tidak diberi perhatian yang sewajarnya.

"Sedangkan aku ditugaskan untuk membuat liputan ke atas tragedi yang telah menimpamu sekeluarga, tanpa tahu bahawa orang yang ingin aku buat liputan itu adalah engkau, bro.

"Walaupun malam tadi aku sendiri yang memuat naik foto ini namun sama sekali aku tidak meneliti foto siapa sebenarnya yang aku muat naik dan ini merupakan satu tamparan paling hebat pada jiwa aku hari ini apabila yang aku muat naik itu adalah diri bro yang aku kenali," tulisnya.

Kawan, hari ini hajat dan keinginanmu untuk melihat foto dirimu disiarkan akan menjadi realiti.

WAT KAMAL ABAS

WARTAWAN

Menurut lelaki itu, dia hanya mengetahui identiti Muhammad Rosli selepas diberitahu oleh seorang rakan.

Dalam pada itu, wartawan tersebut turut mengimbas perkenalannya dengan arwah tidak berapa lama dahulu ketika membuat liputan bencana banjir.

"Buat pertama kali berjumpa dengan bro semasa di Taman Serai Perdana dilanda banjir. Aku ingat bro yang tumpangkan aku naik motosikal untuk buat tinjauan di kawasan tadahan banjir.

"Abang, kalau cerita banjir kami di sini keluar nanti bagi tahu ye, saya nak beli dan simpan untuk dijadikan kenangan.

jenazah

Jenazah lima sekeluarga tersebut selamat disemadikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Labu Kubong, Lubok Merbau, Padang Rengas.

"Saya tak ada jawapan itu hingga sekarang dan permintaan itu tidak dapat saya tunaikan.

"Kawan, hari ini hajat dan keinginanmu untuk melihat foto dirimu disiarkan akan menjadi realiti. Cumanya ketika disiarkan engkau tidak lagi dapat menatap apa yang diceritakan," tulisnya.

Perkongsiannya dibanjiri dengan ucapan takziah daripada pengikut yang rata-ratanya turut sama sebak dengan tragedi menimpa lima beranak itu.

Jenazah Allahyarham Muhammad Rosli bersama isteri dan tiga anaknya selamat disemadikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Labu Kubong, Lubok Merbau Padang Rengas, Kuala Kangsar pada malam Rabu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain