suria

Siswa UPSI rasa bersalah pada Melly Goeslaw, gugup menyanyi depan Tuanku Zara... Memandai-mandai tukar lirik lagu!

Zul ketika menyanyikan lagu Ada Apa Dengan Cinta pada hari pertama Istiadat Konvokesyen Upsi kali ke-23.

GELAGAT graduan gemuruh di atas pentas konvokesyen mungkin dianggap perkara biasa.

Namun, situasi berbeza berlaku pada seorang pemuda yang terpaksa menebalkan muka apabila tersalah lirik semasa membuat persembahan selingan di majlis graduasi sebuah universiti.

"Cinta itu membuang masa," sebut pemuda itu ketika menyampaikan lagu Ada Apa Dengan Cinta yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw dan Eric Erlangga.

Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan, Nuhammad Zulfeka Nasrun memberitahu, insiden memalukan itu berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak pada Sabtu lalu sempena hari pertama Istiadat Konvokesyen kali ke-23.

Anak muda berusia 21 tahun itu berkata, dia bersama seorang rakan daripada Fakulti Muzik dan Seni Persembahan membuat persembahan selingan ketika konvokesyen yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor.

ARTIKEL BERKAITAN: Tebal muka mortar board melayang, gadis bikin 'drama' di pentas konvo... Tak sangka dapat peluang ke-2 terima skrol

ARTIKEL BERKAITAN: "Eh! Mana skrol?" - 'Graduan terlajak' hairan jalan berlenggang, alasan 'nervous' ketika dipeluk ibu

"Sebenarnya sudah dua hari saya sakit tekak. Masa hari kejadian, saya memang takut tak dapat nyanyi sebab suara bunyi macam sakit dan lagu tu pula ada part kena nyanyi nada tinggi.

"Saya bertambah nervous apabila nyanyi depan Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak yang berkenan hadir menyempurnakan penganugerahan pada sesi pertama majlis istiadat.

"Apabila fikiran bercelaru dengan gemuruhnya, saya tiba-tiba tak ingat lirik lagu tapi meneruskan persembahan sehingga selesai," katanya ketika dihubungi mStar.

salah lirik depan tuanku 4

Zul meminati bidang nyanyian.

Menyanyi diiringi orkestra, pemuda yang mesra disapa Zul itu hanya menyedari tersalah lirik selepas ditegur rakan duetnya sejurus selesai persembahan.

Jelasnya, lirik tersebut sepatutnya berbunyi 'Cinta itu kita yang rasa', tetapi dinyanyikan sebagai 'Cinta itu membuang masa'.

"Saya tengok semula playback video persembahan selepas ditegur rakan duet. Sah! Saya salah lirik. Masa tu tengok beramai-ramai dengan rakan-rakan lain, mereka gelakkan saya.

"Lagu tu sebenarnya untuk orang bercinta, tapi saya tukar habis 360 darjah macam lagu orang putus cinta. Ada rakan perli cakap saya ni heart broken ke," ujar pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik di UPSI.

salah lirik depan tuanku 6

Zul (kanan) meraih tempat ketiga dalam pertandingan Idola Kecil 5.

Menafikan dia putus cinta, pemuda dari Gombak, Selangor yang juga masih bujang itu menganggap ia berpunca daripada rasa gemuruh ketika melakukan persembahan di pentas.

"Ini bukan kali pertama saya membuat persembahan selingan di majlis konvokesyen, masuk kali ketiga. Apabila risau tak dapat perform dengan baik sebab sakit tekak, Tuanku pula tengok saya menyanyi... jadi inilah yang berlaku, tersalah lirik.

Lagu tu sebenarnya untuk orang bercinta, tapi saya tukar habis 360 darjah

NUHAMMAD ZULFEKA

"Saya rasa bersalah sangat kepada Tuanku, dan sudah tentu juga kepada Melly Goeslaw yang mencipta lagu dan menyanyikan lagu Ada Apa Dengan Cinta," katanya.

Minat menyanyi sejak usia lima tahun, anak kelima daripada enam beradik itu pernah menyertai banyak pertandingan nyanyian hingga menjadi finalis program Bintang Kecil anjuran RTM pada 2009 dan menduduki tempat ketiga bagi program Idola Kecil 5 anjuran TV9 pada 2012.

salah lirik depan tuanku 1

Zul (kanan) bersama Akim Ahmad selepas menjadi juara mingguan ICSYVMY 3.

Zul juga menjadi pemenang mingguan bagi program realiti TV3 iaitu I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim ketiga dan berduet dengan penyanyi Akim Ahmad.

Menjadikan bidang nyanyian sebagai hobi dan mahu bergelar guru muzik, peminat Aina Abdul dan Ernie Zakri itu menyifatkan insiden tersilap lirik mengajarnya untuk lebih bersedia berhadapan dalam keadaan yang tidak menentu pada masa akan datang.

salah lirik depan tuanku 8

Antara trofi kemenangan yang diraih Zul dalam pertandingan nyanyian.

"Walaupun tak ramai yang sedar saya tersalah lirik tapi jika diberi peluang, saya mahu menyanyikan semula lagu ini di majlis sama bagi menebuskan kesilapan.

"Rasa bersalah sangat dengan Melly Goeslaw. Apapun, semuanya bergantung kepada pensyarah dan pihak pengurusan," kata Zul yang akan membuat persembahan selingan sehingga selesai Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-23 pada 25 Jun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain