suria

Ibu pilu tengok rakaman CCTV anak dicakar, ditindih di taska... teacher mesej ‘minta maaf, dah tuam dan sapu minyak gamat’

Aqasha dipercayai dicakar dan digigit oleh kanak-kanak lain ketika diletakkan dalam bilik tanpa pengawasan pengasuh.

SETIAP ibu bapa pastinya memiliki perasaan tawakal dan berserah apabila menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau tadika.

Pastinya mereka akan berasa bimbang memikirkan keadaan serta keselamatan anak-anak ketika berada di bawah jagaan guru, penjaga atau pengasuh.

Turut mempunyai perasaan sama, Lidiya Izam yang menghantar anaknya, Aqasha ke sebuah taska yang tidak dinyatakan nama atau lokasi dan ternyata apa yang dibimbanginya selama ini benar-benar berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa cuak terima gambar kepala anak berdarah hari pertama ke tadika... kecewa guru hanya minta maaf di WhatsApp, langsung tak tanya khabar

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali berpisah dengan isteri, lelaki ini menangis hantar anak ke tadika... mahu bina semula keluarga buat kali ketiga! - “Ini jalan terbaik”

Menerusi perkongsian di Facebook, Lidiya berkata dia telah menerima satu mesej melalui WhatsApp daripada salah seorang guru taska pada jam 2 petang, dalam kejadian 'tragis' melibatkan anaknya sekitar dua-tiga bulan lalu.

"Kesal sangat-sangat bila bagi amanah pada taska berdaftar yang mempunyai nama dan juga bagus.

"Sikap kecuaian pihak taska yang bagi saya memang tak boleh diterima pakai.

Tangkap layar perbualan guru tadika dengan Lidiya.

"Berdasarkan perbualan melalui WhatsApp pada awalnya, konon-kononnya cikgu ‘tak sempat’ nak meleraikan kanak-kanak yang mencakar Aqasha tapi hakikatnya bila tengok CCTV (kamera litar tertutup), lain pula jadinya," jelas Lidiya.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik oleh Lidiya, kelihatan beberapa anak kecil berada di dalam sebuah bilik tertutup tanpa pengawasan penjaga atau guru pada ketika itu.

Rakaman video berdurasi 31 saat itu juga menunjukkan seorang kanak-kanak sedang rakus mencakar muka Aqasha yang sedang terbaring, nampaknya seperti sedang menahan kesakitan.

Kesan calar pada wajah Aqasha ketika pulang dari taska.

Bukan itu sahaja, selepas dicakar Aqasha dilihat pula ditindih oleh kanak-kanak sama yang bersaiz besar daripadanya.

Kanak-kanak tersebut bagaimanapun menghentikan perbuatannya setelah salah seorang guru masuk ke bilik tersebut.

"Kata 'principal' taska tersebut, cikgu keluar buat susu dan cikgu lain pergi solat. Solat berjemaah ke? Solat berjemaah memang bagus tapi kenalah dengan situasinya.

"Jadi dekat situ rasa macam dimanipulasi, sebab berdasarkan WhatsApp cikgu tengah bagi kanak-kanak lain minum susu jadi saya anggap cikgu ada depan Aqasha.

"Rupa-rupanya satu cikgu pun tak ada dalam bilik,” luah Lidiya yang turut berkongsi gambar anaknya yang mempunyai kesan gigitan di pipi.

Jadi dekat situ rasa macam dimanipulasi, sebab berdasarkan WhatsApp cikgu tengah bagi kanak-kanak lain minum susu jadi saya anggap cikgu ada depan Aqasha.

LIDIYA

Setelah kejadian itu, Lidiya mendakwa bahawa dia tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak taska.

"Satu call pun saya tak dapat dari pihak taska untuk jumpa berbincang dengan saya walhal saya yang terhegeh-hegeh WhatsApp tanya keadaan.

"Patutnya saya yang emosi tapi pengetua tu pula yang emosi dan kurang beradab,” katanya.

Rakaman CCTV menunjukkan Aqasha dicakar oleh kanak-kanak lain.

Semakan mStar mendapati posting yang tular di Facebook ini telah mengundang kemarahan warga maya.

Rata-rata pelayar di media sosial turut bersimpati melihat keadaan kanak-kanak yang menjadi mangsa akibat kecuaian pengasuh..

Malah, ada juga pihak yang mempertikaikan cara pengasuh membuka pintu secara menonong tanpa menghiraukan keselamatan kanak-kanak yang mungkin berada di belakang pintu.

Posting asal di Facebook Lidiya yang tular.

"Pengajaran buat saya dan juga ibu bapa dekat luar sana. Periksa latar belakang sebelum daftar anak.

"Macam-macam dah dengar berita pasal pengasuh puaka tapi akhirnya kena dekat anak sendiri atas sebab kecuaian. Kalau lama lagi ditinggalkan dalam satu bilik, nauzubillah," kata Lidiya.

Untuk rekod, perkongsian Lidiya di Facebook turut menerima lebih 3,700 jumlah perkongsian semula oleh netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain