suria

Tekak asyik nak makan ‘fast food’, air tin pengubat dahaga... Gadis ini menyesal tak sudah, buah pinggang mengecut, haid tak putus

Alisya terkejut apabila dimaklumkan buah pinggang tiada.

MELIHAT daripada luaran, siapa sangka gadis yang aktif bersukan ini adalah penghidap penyakit kronik.

Namun begitulah yang dialami Nuralisya Aqila Yusran yang baru berusia 21 tahun, namun sudah 'kehilangan' buah pinggang kanan selain disahkan mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui gejala anda ada masalah kolestrol, tekanan darah dan kandungan gula tinggi... bahaya jika dibiarkan!

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba boleh hafal surah al-Baqarah, mampu angkat sofa walau tak makan... ibu buntu 3 tahun ikhtiar penyakit anak kekal misteri

Bercerita kepada mStar, anak jati Segamat, Johor itu berkata, masalah buah pinggang itu diketahui selepas melakukan pemeriksaan kesihatan wanita berkaitan haid.

"Pada pertengahan 2020 saya buat pemeriksaan sebab period saya tidak berhenti selama sebulan. Saya rasa pelik dan terus ke poliklinik dan doktor berikan ubat untuk berhentikan darah.

"Selepas beberapa bulan makan ubat, saya dapati ia tidak memberi sebarang kesan. Jadi dalam tempoh itu, saya ulang-alik ke poliklinik untuk pemeriksaan lanjut dan selepas dua bulan doktor bagi surat untuk saya rujuk pakar sakit puan di Hospital Segamat, Johor," katanya.

Tambah wanita yang aktif bersukan ini lagi, dia sangat terkejut apabila doktor di Hospital Segamat memaklumkan dia tidak mempunyai buah pinggang di sebelah kanan.

Walaupun aktif, Alisya mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.

Walaupun aktif, Alisya mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.

"Temujanji pertama ada buat scan dan doktor maklumkan yang saya tiada buah pinggang sebelah kanan. Kemudian datang beberapa orang lagi doktor untuk buat pemeriksaan termasuk ultrasound dan keputusannya tetap sama, saya tidak ada buah pinggang.

"Akhirnya, saya diminta untuk buat MRI di Hospital Muar. Keputusan MRI menyatakan saya ada buah pinggang tetapi ia sudah tidak berfungsi kerana sudah kecut," ujarnya.

Jelas pelajar jurusan perakaunan Politeknik Muadzam Shah di Pahang itu lagi, hasil keputusan MRI yang dilakukan Mac tahun lalu menunjukkan buah pinggangnya hanya bersaiz lima sentimeter sedangkan ukuran normal adalah 12 hingga 13 sentimeter.

Belajar di Politeknik Muadzam Shah.

Belajar di Politeknik Muadzam Shah.

Namun dia bersyukur kerana buah pinggang kirinya masih berfungsi dengan baik.

Bercerita lanjut Nuralisya berkata masalah yang dihadapi itu berkemungkinan berpunca daripada tabiat pemakanannya sendiri yang gemar menikmati makanan segera sewaktu melakukan kerja sambilan sekitar tahun 2018 hingga 2021.

Dalam tempoh seminggu tu, tiga hingga empat hari saya akan makan mi segera pula... air bikarbonat pula hari-hari.

NURALISYA AQILA

"Saya ni suka sangat makan fastfood, hari-hari saya makan sebab lepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya kerja sambilan di restoran makanan segera.

"Dalam tempoh seminggu tu, tiga hingga empat hari saya akan makan mi segera pula... air bikarbonat pula hari-hari," luahnya.

Hiking antara aktiviti yang sering dilakukan.

Hiking antara aktiviti yang sering dilakukan.

Kini Nuralisya menyesal dengan amalan pemakanannya itu dan sedang berusaha menurunkan tahap kolesterol dalam darah selain perlu hadir ke hospital setiap tiga bulan bagi memantau kondisi buah pinggang kiri.

Bagi memastikan wanita seusianya tidak mengalami situasi yang sama, dia menasihatkan supaya pemeriksaan kesihatan dilakukan secara berkala selain mengurangkan pengambilan makanan segera yang boleh mengakibatkan tahap kolesterol dalam darah tinggi.

Terdahulu video perkongsiannya berhubung masalah kesihatan mendapat perhatian ramai dan ditonton lebih 1.5 juta pelayar di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain