suria

Tweet gurauan bawa tuah, bos Mydin murah hati ‘sponsor’ baju raya... Pemuda ini mahu kongsi rezeki dengan mualaf

Ciapan gurauan beserta foto yang disunting Zulfadhli yang dimuat naik di Twitter mengundang perhatian Mydin.

SIAPA sangka, ciapan yang dibuat dalam nada gurauan akhirnya menghadirkan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Semuanya gara-gara ciapan pemuda ini berkongsi kisahnya sebagai salah seorang pelanggan setia Mydin yang sering membeli busana raya dari pasar raya besar berkenaan.

"Aku dari kecil memang beli dekat Mydin atau Kamdar. Kualiti not bad kena dengan harga aku suka. Kain memang tahan lama, aku punya baju masa tingkatan empat sampai sekarang masih ok dan boleh pakai," demikian ciapan pemuda berkenaan di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya halalkan” - Bos Mydin ikhlas demi kelangsungan hidup mangsa banjir

ARTIKEL BERKAITAN: Makin panas! Live Kak Long bukan sahaja jadi bahan gurauan tapi bikin ramai kecut perut... Mydin siap letak amaran ‘No Entry’!

"Come on Mydin, kami sekeluarga full set dari songkok, baju, sampin semua dari @MydinMalaysia. Tahun ni sponsor lah kami sekeluarga," tulisnya dalam ciapan berasingan, dalam nada berseloroh.

Bak kata pepatah 'rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari', ciapannya meraih perhatian Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin.

MYDIN BARU 2

Ciapan gurauan Zulfadhli yang mendapat perhatian pihak Mydin.

Malah beberapa hari kemudian, pemuda berkenaan dihubungi oleh pihak Mydin menerusi Direct Message (DM) di Twitter, menyatakan bos besar mereka mahu menaja 10 set baju raya untuk pemuda berkenaan.

Ketika dihubungi mStar, pemuda bernama Zulfadhli Zin berkata, dia begitu terharu apabila bos Mydin itu bukan sahaja meninggalkan komen pada ciapannya malah bermurah hati menaja baju raya untuk keluarganya.

"Semuanya bermula apabila seorang kawan bertanya nak beli baju raya dekat mana. Saya reply dengan satu gambar di mana saya memakai baju Melayu yang dibeli di Mydin.

MYDIN BARU 3

Zulfadhli dan adik beradiknya sudah terbiasa dengan baju raya yang dibeli dari Mydin.

"Saya tulis baju yang dibeli ketika tingkatan empat masih okay sampai sekarang dan ada yang tak percaya. Saya sertakan pula gambar memakai baju Melayu yang sama ketika raya 2020.

"Bermula dari situ ramai netizen respon termasuk admin Mydin. Admin Mydin tulis 'tahun ni dah boleh kot beli baru'. Kemudian Datuk Ameer pula komen 'Syukur Alhamdulillah'. Walaupun sepatah tapi bermakna.

"Selepas itu saya muat naik gambar raya sekeluarga pada tahun 2020 yang disunting (edit) sebab ramai adik-beradik tak dapat pulang kampung, dengan disertakan kapsyen 'Tahun ni sponsor lah kami sekeluarga' sambil tag @MydinMalaysia.

Saya daripada famili yang besar. Adik-beradik ramai iaitu 10 orang, saya anak kelima. Jadi bapa akan selalu bawa kami beli baju raya di Mydin.

ZULFADHLI ZIN

"Tak sangka mereka respon siap nak sponsor betul-betul," cerita pemuda berusia 28 tahun ini.

Bagaimanapun pemuda ini berkata, dia mengambil keputusan untuk menyampaikan pemberian daripada Mydin itu kepada individu mualaf yang kurang berkemampuan di kawasannya.

"Baju-baju ini akan disampaikan kepada mualaf yang susah di sekitar Johor Bahru. Pemberian ini akan disusun melibatkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Hidayah Centre Foundation Johor.

"Hidayah Centre ni banyak membantu golongan mualaf. Memandangkan saya juga bekerja dengan sebuah pertubuhan dakwah dan kebajikan iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) negeri Johor, memang kami selalu turun padang berkolaborasi dengan NGO lain sampaikan sumbangan.

MYDIN BARU 4

Zulfadhli merupakan salah seorang pelanggan setia Mydin.

"Ikram Johor sendiri setiap tahun ada program berkala seperti 'back to school', program ketika ramadan, bantuan bencana alam dan sebagainya.

"Kalau Ramadan, program wajib kami adalah Bingkisan Ramadan. Program ini Ikram akan sumbang makanan asas kepada famili yang memerlukan di setiap kawasan di Johor. Untuk beli barangan sumbangan, Mydin salah satu pasar raya pilihan," ujarnya lagi.

Bercerita pula kisahnya sebagai pelanggan setia Mydin, Zulfadhli berkata, boleh dikatakan hampir setiap tahun baju raya dia dan adik beradiknya akan dibeli di pasar raya berkenaan sejak kecil.

"Saya daripada famili yang besar. Adik-beradik ramai iaitu 10 orang, saya anak kelima. Jadi bapa akan selalu bawa kami beli baju raya di Mydin. Adik-beradik ramai jadi bapa tak mampu nak beli yang mahal-mahal.

MYDIN BARU 1

Sumbangan daripada Ikram Johor sempena Ramadan.

"Sampailah sekarang saya masih lagi cari baju Melayu di Mydin. Kenapa suka, pertama harganya berpatutan. Kualiti memang tahan. Memang berbaloilah kualiti baju dengan harga yang ditawarkan.

"Memang itu pun niat Mydin untuk beri orang yang kurang berkemampuan merasa pakai baju raya dengan harga murah dan kualiti yang bagus. Tahan lama pula tu. Ramai juga cakap benda sama di ruangan komen. Ada yang komen sebelum kahwin dia beli di Mydin, dah kahwin pun masih pilih Mydin.

"Akhir kata, dalam kita sibuk buat persiapan raya, janganlah lupa tengok orang sekeliling kita. Kita ni sibuk beli baju raya, tapi ada orang nak makan pun susah. Sama-sama kita jadi masyarakat yang cakna," akhirinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain