suria

Rider baca al-Quran ketika tunggu di lampu isyarat bikin ramai malu, rakan dedah sikap sebenarnya

Seorang penghantar makanan fokus membaca al-Quran di persimpangan lampu isyarat.

RAMADAN merupakan bulan yang ditunggu-tunggu dalam melipatgandakan amalan dan ibadat.

Ini termasuklah membaca al-Quran bagi mendapatkan keberkatan pada bulan Ramadan.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang penghantar makanan yang mencuri masa ketika mencari rezeki dengan membaca al-Quran di jalanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider duduk tepi jalan baca al-Quran sambil tunggu 'order', ada pula hamba Allah murah hati belanja berbuka sepanjang Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Baca Quran dalam restoran fast food ketika kelas mengajinya ada masalah, satu persatu kebaikan rider ini terbongkar

Pemuda berkenaan melakukannya ketika sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat.

Tanpa memaklumkan lokasi dan hari kejadian, ia dirakam seorang pengguna jalan raya lain dalam sebuah kereta yang turut menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Setia menggalas beg makanan, penghantar makanan itu berkemungkinan dalam perjalanan untuk menghantar tempahan kepada pelanggan.

rider mengaji 2

Tangkap layar video yang dirakamkan dari sebuah kereta.

Apa yang pasti adalah tumpuan diberikan sepenuhnya semasa membaca al-Quran yang diletakkan di atas meter motosikalnya.

Dengan sebelah tangan memegang 'handle' motosikal, pemuda berkenaan yang sedang berpanas dilihat terkumat-kamit membaca surah.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok muzasayangg, ruangan komen dihujani pujian netizen dan kesungguhan penghantar makanan itu ternyata memberi inspirasi.

komen rider mengaji total 1 B

Antara komen netizen.

"Subhanallah, satu dalam sejuta."

"Malunya aku duduk di rumah kurang baca al-Quran. Abang ni berpanas dalam bulan puasa mencari nafkah sentiasa membaca al-Quran."

Alhamdulillah setiap tunggu order makanan siap, dia akan baca al-Quran. Terbaik

RAKAN

"Malunya... abang Grab dalam panas boleh mengaji, sedangkan saya bekerja dalam aircond pun berkira-kira."

"Saya perlahan-perlahan kayuh follow abang Grab rider ni. Alhamdulillah dapat sehari empat muka surat pun dah cukup baik," antara komen netizen.

komen rider mengaji total 2

Netizen mendoakan penghantar makanan berkenaan.

Malah, antara lain mendoakan agar pemuda tersebut dimurahkan rezekinya.

"Masya-Allah, mewahkan rezeki dia. Naikkan martabat dia di sisi Allah."

"Mampu menitis air mata betapa mulia insan ni. Semoga dipermudahkan insan mencari rezeki dan dilindungi," menurut antara netizen yang mendoakannya.

komen rider mengaji total 3

Pendedahan mengenai sikap sebenar sahabatnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna TikTok mengakui penghantar makanan yang dirakamkan membaca al-Quran itu merupakan rakannya.

Menurutnya, amalan membaca al-Quran merupakan kebiasaan yang dilakukan pemuda itu selama ini setiap kali mempunyai masa yang terluang ketika bertugas.

"Ni sahabat Grabfood saya. Alhamdulillah setiap kali tunggu order makanan siap, dia akan baca al-Quran. Terbaik," ujarnya menerusi perkongsian video yang meraih lebih 180,000 tontonan di aplikasi popular itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain